Setelah
beberapa bulan menyepi, hari ni terasa hati terusik hendak bertanya khabar dia, my best friend .
Telefon bimbit
berwarna putih di atas meja lantas aku capai. Jari jemari pantas mencari nama
dia didalam aplikasi Whatsapp. Setelah jumpa apa yang dicari, sejenak aku pun
terfikir,
“ eh, x pe
ke kalau aku chat dia ni , sekarang dah
pukul 12 malam dah pun. Kot dia dah tidur ke, busy ke dia . Hmm, x pe la. Hantar je la, redha je kalau dia nak
balas “. Pantas jari jemari ku menaip sesuatu ,
“ Assalamualaikum, dah tidur ? ke
busy ? “
Hatiku
berdebar menunggu. Satu minit berlalu. Lantas telefon bimbit ku letakkan
semuala diatas meja.
Beep! Beep! Beep!
“Eh, ada vibrate la, dia dah balas kot “.
Terjerit kecil aku. Terpapar nama Haris di screen. Tersenyum aku sendiri sambil
mengomel , “ ha, reply pun dia ,
ingat dah lupa dah dah balas chat BFF dia ni “.
“ Waalaikumussalam Irdina, aku tak
tidur lagi. Busy sikit siapkan kerja, tapi kalau kau nak chat aku, boleh je, demi kau ,” – Haris .
“ Eleh , sangat ! padahal kau
tak sukakan aku chat kau “. Butang send ku tekan .
“ Eh, mana ada. Kau ni suka je buruk
sangka dengan aku. Lama kau tak mesej aku. Kau busy ke ? kau sihat ? “ – Haris
Aku hanya
mencebik. Tak mesej konon. Tunggu dia.
“ Eh hello ! aku hantar ok, kau yang tak reply. Remember ? 012-8676786? My
new number ? “ Sent.
“ La… Tu number kau ke? Mana Aku tau. Kalau aku tau aku dah balas “ –Haris.
Eh, mamat
ni, perasaan dia hot la tu yang tak
nak balas chat number yang dia tak
kenal. Kepala ku gelengkan sambil jari sibuk merangka chat nak dibalas .
“ Alasan poyo la. Kau nak cakap kau
hot? Tak nak balas chat number tak
kenal? Berapa juta langsung number
kau tak kenal duk chat kau ni ? By the way, aku ada something nak share
dengan kau ni. “
Beep! Beep! Beep!
Wah, cepat
juga mamat ni balas.
“ kenapa Ir? Ada masalah ke ? macam
serious je.cerita la. aku sudi
mendengar.” –Haris
“ Is, aku sedih, tertekan , kecewa,
semua la. Aku tak mampu nak tanggung semua ni sendiri Is. Aku lemah. Tak kuat.
Entah untuk berapa lama lagi aku perlu hadapi ni semua. Aku nak keluar dari
sini Is. Aku tak nak stay sini lagi “
balas ku.
“ Ir! Ir! Ir! Sabar. Are you okay ? I think it’s
the time untuk kau fikirkan hal jodoh ni. Kau kahwin la Ir. Kau boleh keluar dari situ. Aku tak sanggup tengok kau tertekan macam ni Ir.” –Haris.
Mamat ni.
Setiap kali aku mengadu. Asyik suruh aku kahwin je.
“ Jodoh ? Jodoh tak de, Bodoh ada la.
Kau fikir senang ke nak fikir hal kahwin ni, aku tak ready la. Aku bukan
perempuan yang baik. Jodoh kan cerminan diri kita. Nak dapat yang baik kena
jadi baik dulu. “ balas ku lagi.
“ Alaa, Ir, kau dah baik. You are perfect. Kau ni memilih sangat ni “ –Haris.
“ Is, Nobody is perfect okay. Aku Nampak baik sebab Allah tutup aib aku
Is. Kalau Allah buka aib aku, Wallahhualam. “ Sent.
“ Perghh ! Ayat kau Ir. Ir, You are twenty three now. Bukan makin
muda umur tu. Makin tua tau. Kalau kau tak kahwin, sampai ke sudah kau andartu.
“ –Haris.
Urghh! Dah mula
dah dia. Tunggu kau aku tarbiyahkan sikit.
“Eh aku ketuk jugak budak ni nanti.
Ketuk tak haram k, sebab tak bersentuh kulit. Aku ketuk pakai hanger. Is, dalam hidup ada perkara yang
pasti dengan tak pasti. Kahwin ? tak semua orang akan kahwin dalam dunia ni. Tapi
kematian itu pasti.Mana la tau kan. mungkin aku berjodoh dengan kematian dulu. Tak
sempat nak andartu kau”
“ Eh still haram. Sebab kau nak aniayai aku. Ayat kau Ir malam ni, dah
kenapa, baik lah ustazah “ –Haris.
“ Tak adanya nak aniaya. Do you know what ? You are so annoying. Suka kacau aku. Sebab tuh patut aku ketuk kau
pun “ balasku.
“ Eh , aku baik la. bila aku annoying ? “ –Hariz.
Aku hanya
menggeleng kepala. Dah mula dah perangai dia.
“ Ye la Is. Kau mana annoying. Kau kan baik, dah tuh, handsome plak. Pandai, macho, sado, apa lagi ? “. Tempelakku.
“ Amboi, bodek. Tapi Ir, to be honest. Kalau
kau nak bahagia, kau kahwin la Ir. “ –Haris.
Aku mengeluh
kecil. Kahwen lagi.
“ Is, kau kawan baik aku. You are my
best friend Forever. Tapi Is, aku nak bagitau kau ni. Haris dan Irdina tak
akan rapat lagi lepas kita kahwen. For
sure my husband tak akan bagi aku rapat dengan kau macam ni tau. Wife kau pun
mesti cemburu kalau kau rapat dengan perempuan lain. Lepas kita masing masing
dah kahwen, kita bukan lagi BFF. Kita hanya kawan biasa je. “ .Balasku. Sejujurnya aku
berat nak tinggalkan Is. Dia kawan terbaik yang pernah aku ada, Sentiasa
melindungi aku.
“ Ir, dah 13 tahun kita kawan. Takkan
lepas kahwen kau nak lupakan friendship kita ?
Wife aku tuh nanti, pandai la aku pujuk. Dia kena faham. Kau tuh kawan
baik aku. Kawan lama. Aku pilih dia sebab aku sayang, aku kasih dan aku
cintakan dia. Dia mesti faham. Dan kau kena explain dekat husband kau macam tu.
Jangan tinggalkan aku lepas masing masing dah kahwen. Kau tetap BFF aku. Aku perlukan
kau juga kekadang. And I always be there
for you dear. “ –Haris.
Gila mamat
ni. Lepas kahwen nak harap terus rapat macam ni. Eh dia fikir husband aku, wife
dia nk berfikiran terbuka macam dia. Nonsense. Mang tak la cerita dia. Is is.
Aku tak tahu apa bakal jadi antara kita selepas masing masing dah berumah
tangga.
***
Sedang aku terleka mengemas bilikku, aku terjumpa beberapa keping
gambar . Sambil aku belek gambar gambar tu, sekeping gambar terjatuh atas lantas
aku capai . Aku mengukir senyuman. Gambar aku dan Haris.
“ Haris! Entah apa khabarnya sekarang ye ? dah habis belajar
ke ? Masih disini atau dah merantau ? “ omel aku sendiri . Poyo la Ir. Baru dua minggu lepas kau berwhatsapp. Hari ni kau buat buat flash back macam lama tak berhubung. Bisik hati ku. Aku tersenyum sendiri.. Gambar-gambar
tersebut aku tingalkan di atas meja. Nanti baru fikir mana nak simpan gambar gambar ni.. Aku meneruskan kerja aku yang masih tertunda.
“ Assalamualaikum anak ibu. Anak ibu buat apa tu ? “ , ibu
tiba-tiba muncul di muka pintu bilik ku.
“ Waalaikumussalam ibu. Ir kemas kemas bilik Ir ni ha.
Mengisi masa lapang Ir”, jawabku ringkas.
“ Rajin anak ibu hari ni ye , Ibu temankan ye. Sambil boleh
borak dengan anak ibu ni“, ucap ibu sambil mengucap kepala ku. Aku hanya mengangguk
dan tersenyum.
. “
Ibu tak sedar anak ibu ni dah besar ye .. Rasanya ibu dah banyak benda yang ibu
dah terlepas pandang dengan anak dara ibu ni . So tell me. How’s your day? “ Ibu memulakan perbualan
sambil turut membantu aku mengemas.
“Kalau ibu nak tahu, hari-hari Ir sebelum ni tak menarik langsung. But today is
special day for me”, jawab ku sambil tersenyum.
“
I see. Tak nak share dengan ibu ke apa yang menyebabkan hari ni jadi special
sangat untuk princess ibu ni ? “, ibu
masih tekun menyusun buku buku di rak.
“Sebab hari ni ada bidadari Ir temankan Ir mengemas. Ir rindu ibu. Rindu nak
berborak dengan ibu macam ni. Dah lama rasanya ibu tak luangkan masa dengan
Ir.”, balasku seraya memeluk ibu.
Ibu terdiam. Satu kucupan didahi aku terima. Tidak semena
mena air mata ibu mengalir.
“
Kenapa ibu menangis ? Ir ada salah dengan ibu ke ? Ir minta maaf andai Ir ada
tersalah kata. Tak terlintas di hati Ir nak sakitkan hati ibu. Maafkan Ir ibu
“. Aku dah mula gelisah dengan riaksi ibu.
“
Ibu minta maaf sayang, ibu gagal jadi ibu yang baik untuk anak ibu ni.
Sampai ibu tak sedar anak ibu dah besar.
Ibu terlampau busy dengan kerja langsung lupa tanggujawab sebagai seorang ibu. Ir tak salah. Ibu yang salah.
Maafkan ibu sayang “, ibu menarik ku dan memelukku erat. Air mataku mengalir.
Ya. Sungguh aku rindu saat bersama ibu. Ibu terlampau sibuk dengan kerja. Tapi
aku tak pernah menyalahkan ibu.
“ Ala, Ir tak kisah pun. Ir sayang ibu. Ir tak pernah salahkan
ibu. Ir faham ibu busy. Selain Ir comel, bijak, Ir jugak seorang yang
memahami “, ucap aku sambil mengangkat
kening sebelah.
Ibu ketawa.
“ Anak ibu ni memang jenis kuat perasan kan. Masuk bakul
angkat sendiri ke sayang ? “, ibu mencuit hidung ku. Aku hanya tersengih.
“Dah sebulan Ir buka butik pakaian muslimah tu? Ok tak
business ? ‘, ibu mengubah topic
“ Oh ya Ibu. Sangat mendapat sambutan. Thank you bu dah
hadiahkan butik tu untuk Ir. Sambutan dia lain macam sangat bu. Hingga Ir dan
Nani tak menang tangan tau bu “, sangat teruja nak berkongsi dengan ibu. Ibu
hadiahkan aku sebuah butik selepas aku tamat pengajian di USM. Nani atau Hanani
Safira ialah sahabat baik ku.
Ibu hanya tersenyum sambil meneruskan aktiviti mengemas .
“ibu tau tak semalam ada orang nak buat tempahan untuk 50
pasang baju nak disiapkan dalam masa sebulan. Dah tu customer tu sangat fussy.
Pening Ir melayan dia . Nani dah naik
hantu. Lepas tu kan bu…. “ sedang aku bersemangat mencerita. Tetiba.
“ Irdina Hayla binti Haydar . Boleh ibu tahu siapa lelaki
dalam gambar ni ? “ ibu memberikan sekeping gambar kepada ku. Aku terdiam. Tapi
berlagak slumber. Eh hello. Ni Irdina Hayla la. Tak akan cepat melatah punya.
“ Oh, ini Haris bu. Haris Amsyar. Dia kawan baik Ir. Dah 13
tahun Ir kenal dia bu. Selain Nani, dia tempat Ir kongsi semua masalah Ir.
Alhamdulillah dia amat memahami Ir. Dan dia banyak bagi nasihat dekat Ir. Ir tak
ada rasa curiga langsung dengan dia ibu. I can trust him”, ucap aku dengan.
Perghh. Dalam hati. Bup bap bup bap. Risau kemain ibu marah.
“ But don’t trust him
100% Princess . When you trust on people 100%, it may hurt you a lot dear “, ucap
ibu dengan nada yang serius.
“ Err, can you make it
clear ? I’m sorry, but I don’t
understand what do you mean ? “ balas ku . Aku bingung.
Ibu mengeluh.
“ Selalu ke Ir jumpa Haris ? “, tanya ibu.
“ Tak ada la selalu ibu. Tapi selalu berhubung melalui whatsapp je”, jawab ku jujur.
“ Ir mulakan perbualan atau dia ? “ , soal ibu lagi.
“ Selalunya Ir la. Dia jarang nak contact Ir dulu. Tapi selalu tak pernah dia tak balas chat Ir. Kenapa ibu tanya ? “, aku semakin bingung.
“ Do you love him
? “ , ibu semakin serius.
Alaa, dah kenapa ibu nak tanya soal love love ni.
“ Ma ma mana ada ibu . Ir dengan Is kawan je la. Ir sayang
dia sebagai kawan. Not more than that
“, arghh… soal ini. Entah betul atau tak aku beri jawapan pada ibu.
“ I knew this boy.
Kalau tak salah ibu, ni budak satu kelas dengan Ir dulu kan masa sekolah
menengah. Dan Ir pernah jatuh cinta dengan dia ? Am I right ? “
Ha sudah. Mana ibu tahu soal ni ?
“ Mana ibu tahu ? Yes.
You’re right. Tapi itu zaman dulu. Sekarang dah tak”, sku cuba bertenang.
Relax la Ir. Ibu
makan nasi. Bukan makan kau. Aku pura pura sibuk mengemas almari pakaian pula.
Ibu menarik ku.
“ look at my eyes and
said you doesn’t love him ? “ ibu merenung tepat mata aku dan masih
memegang tangan ku.
Aku semakin gelisah.
Tapi aku tiada pilihan.
“ Honestly bu, I’m confused with my feeling toward him.
Sometime I feel I do love him. Sometime I
feel I just love him as my friend’, akhirnya aku jujur.
Akhirnya ibu melepaskan tangan ku. Ibu mengeluh.
“ My beauty princess
Irdina, boleh ibu meminta sesuatu dari Ir ? “
Pelik . Ibu tak pernah minta apa apa dari aku . Tak ada apa
kot
“ Pelik ? Ibu tak pernah minta apa apa dari Ir. In shaa
Allah. Demi Ibu boleh “, balas ku.
“ Jauhi Haris mulai sekarang. Jangan contact dia lagi “, ibu bangun dan bergerak ke pintu.
“ But why ? Ir dah
tak boleh kawan dengan Is ? Apa salah Is ? “ ,
“ I will let you know
soon. “ balas ibu ringkas.
“ So tell me now why
? “ aku semakin gelisah. Ada apa semua ini ?
“ One day. Someday.
But not today. Don’t ask me why. Do it for me. Demi ibu. I have to go. I love you”, Ibu berlalu
pergi.
“ Ibu!!! “
Tapi tidak sekali ibu pandang aku. Ibu mencapai kunci
kereta dan terus keluar. Aku ditinggalkan dalam keadaan penuh tanda tanya. Apa
masalah ibu dengan Haris ?