n aku masih lupa nk search...
hari ni baru teringat nk cari...
elok la lgi 19 hari lagi nk xzem pun kan..
gud job nur...
t wat lgi ek...
ok, back to topic...
Uolls tau x apa itu Wilayah Iskandar??
ke x taw langsung apa tuh Wilayah Iskandar??
x pun x penah taw Wilayah Iskandar tu hape??
(ayat yg sering digunakan oleh ckg aq.. haha)
ok, Wilayah Iskandar ni terletaknya di Johor...
kawasan ni boleh dikatakan kawasan paling pesat membangun di selatan Semenanjung Malaysia di mana kehidupan, hiburan, alam persekitaran dan perniagaan bergabung untuk membentuk metropolis yang progresif dan berdaya maju. (alaa, jgn tegur bahasa tuh, aq taw bahasa aq goyah.. huhu )
Wilayah Pembangunan Iskandar meliputi kawasan seluas 2,217 km persegi (221,634 hektar) bersamaan lebih 3 kali ganda saiz Singapura dan 2 kali ganda saiz Hong Kong. Kawasan di dalam lingkungannya adalah Daerah Johor Bahru dan sebahagian daripada Daerah Pontian iaitu Mukim Jeram Batu, Mukim Sg. Karang, Mukim Serkat dan Pulau Kukup (Mukim Ayer Masin).
~salin lekat je ni, malas nk fikir huraian dia.. huhu
kalau ikut penduduk dia plak, ikut apa yang aq baca, dia kata Penduduk Iskandar Malaysia dianggarkan mempunyai penduduk seramai 1.35 juta (atau 43% daripada penduduk Johor yang berjumlah 3.17 juta pada 2005), dengan tenaga kerja membentuk kira-kira 66% daripada penduduk.
Wilayah Iskandar ni berasaskan 4 Komponen penting....
taw x apa???
haha... ( kalu ckg tanya aq pun aq cuma mampu senyum je ha.. )
ok, ni komponen2 dy....
- Penggubalan Pelan Induk Perniagaan, iaitu Rancangan Pembangunan Menyeluruh (RPM)
- Penubuhan badan kawal selia yang kukuh, iaitu Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDAI) yang akan merancang dan memudahkan kelulusan menerusi sebuah pusat hentian setempat dan menangani pembangunan sosial
- Penubuhan Pemaju Raya, iaitu South Johor Investment Corporation Berhad (SJICB) yang akan mempelopori pembangunan pemangkinan di Iskandar
- Pemberian pakej insentif untuk menggalakkan inisiatif pemangkinan
yang dekat bawah ni plak, WAWASAN ISKANDAR MALAYSIA...
ok, cuma ni ja info yang aku dapat... In Syaa Allah, nnt kalu aq jumpa Info yang baru, aq bg...
# haha, sempat ke?? 19 hari lagi je ha nk exam... ngee! wish me luck :)
No comments:
Post a Comment