Mungkin ada rahmatnya
Kita tidak bersama
Andainya diteruskan
Apakah kesudahan
Itulah ucapanmu
Dihujung pertemuan
Kuat mana diikat
Pasti akan terlucut
Andai disambung lagi
Tidak sekuat dulu
Kerana cuma aku
Yang mearik, bukan lagi tangan mu
Tak guna mendustai
Pada diri sendiri
Sedangkan rindu itu
Sering mengganggu
Salah usah dicari
Seharusnya berdua
Kita menghadapi menanganinya
Pada zahir, tidak terlihat
Ada gadis yang terbentang
Tapi batinku
Sering berkata
Biar ada batasannya
Walau tidak disini,
Cinta kita bersemi
Berkat keyakinanku
Dan doa ku pohonkan
Moga diperkenankan,
Dipertemukan, suatu masa nanti - zz
p/s : ops! sape yang tahu, tahu la.. jiwang sikit ary ni.. muahaha
Friday, 20 December 2013
Wednesday, 18 December 2013
Memburu Jannah Mu
"Kau kata nak masuk syurga. jom! "
aku terkedu.
" Lar, jom la ambil wuduk. Solat. Asar dah masuk ni. Antara ciri ciri ahli syurga, mereka tak lewatkan solat tau.
Kami duduk satu bulatan.
Sahabatku mengetuai pembacaan mathurat. Bismillahirahmanirahim….Sayu suaranya mengalunkan bacaan.
Malam itu kami bersetuju untuk memasak masakan yang agak istimewa memandangkan ada tetamu yang bakal bertandang.
Sambil memotong sayur, Sofea bercerita.
"Rasulullah
dulu kalau ada orang nak datang rumah baginda, baginda memang layan habis baik.
kita pun kena contohi baginda Rasulullah. "
"kata nak masuk syurga."
serentak kedengaran suara kami disambut dengan deraian ketawa.
Pagi itu sebelum ke kelas masing masing kami bersalaman. Sofea memeluk erat bahuku.
“ Jaga diri.Ingat pesan Allah. Ingat
pesan Rasul. Umi abah. Kata nak masuk syurga. Kena jadi anak solehah”. pesannya
sambil tersenyum memandangku.
Tiba-tiba keadaan bertukar menjadi sayu. Melihat mata Sofea bergenang.
“kenapa ni? La, habis kelas nanti kan jumpa balik” pujukku.
Sofea hanya tersenyum. Sofea mula berjalan pergi dan melambai dari jauh.
Setelah beberapa langkah, dia menoleh ke arahku dan berlari memelukku erat. Dengan mata yang bergenang dan menahan sebak, Sofea berkata,
“Ingat tau, kita masuk syurga sama-sama”.
Aku tersenyum sambil mengangguk.
” In syaa Allah, Sofea.” kataku.
Sofea meneruskan perjalannya ke kuliah. Aku turut berbuat sedemikian.
Tengah hari itu aku berasa tak sedap hati. Sebaik saja tamat kuliah ,aku bergegas pulang.
Tibanya di rumah, telefon bimbitku berbunyi. Lantasku menjawabnya.
“hello, boleh saya bercakap dengan Cik Nur” . terdengar suara seorang gadis dihujung talian
“ Ye, sedang bercakap.”
“ Cik Nur, anda diminta datang ke hospital sekarang, sahabat anda, Aisya Sofea sedang tenat"..
Telefon bimbit terlepas dari genggamanku dan selepas itu semua yang ku dengar seperti angin lalu.
Aku lihat Sofea begitu tenat. Kata jururawat di situ, Sofea dilanggar oleh sebuah lori semasa dia dalam perjalanan ke kelas. Katanya lagi pemandu lori itu mabuk.
Allahu akbar !. Lemah seluruh anggota badanku. keadaan Sofea amat kritikal ketika ini. Demi Sofea, aku kuatkan semangat.
Aku membisik dua kalimah syahadah di telingan Sofea, dan aku dapat melihat gerakan bibirnya seakan mengikut apa yang aku sebut.
Tepat jam 5 petang Sofea menghembuskan nafasnya yang terakhir. Peluh memercik di dahi sofea.
Alhamdulillah, nafasnya yang terakhir berakhir dengan kalimah suci.
Dan saat itu aku baru perasan ada mesej yg belum dibuka, dari sofea pukul 10 : 00 pagi tadi .
“Nur, ketahuilah hidup ini hanya pinjaman. Kalau
ditakdirkan aku pergi dulu, jangan pernah berputus asa dalam kehidupan.
Sambunglah perjuangan yang tersisa supaya kita semua dapat masuk syurga
bersama. Hidup ini tidak kekal, pada DIA kembali kita”
Tekakku terasa berpasir. Dada sakit menahan sebak. Walau apa pun yang terjadi, aku harus melepaskan dia pergi. Janji Allah itu pasti.
"Sofea. tunggu aku di syurga. Aku akan berusaha untuk ke sana.
~~memburu jannah-MU
Wednesday, 11 December 2013
Kalau Mencari Teman
Kisah duka ulang berulang
Hati luka cinta kecundang
Bagaikan bunga
Kembang dipuja
Layu dibuang
Bercintalah berpada-pada
Usah serah segala
Turutkan hati
Turutkan rasa
Diri sendiri akan binasa
Demi masa depanmu
Berhati-hati selalu
Kaji asal-usulnya
Jangan sampai terpedaya
Dari kau bercinta-cinta
Baiklah berumah tangga
Kalau mencari teman
Janganlah memandang luaran
Cari yang beriman
Hati luka cinta kecundang
Bagaikan bunga
Kembang dipuja
Layu dibuang
Bercintalah berpada-pada
Usah serah segala
Turutkan hati
Turutkan rasa
Diri sendiri akan binasa
Demi masa depanmu
Berhati-hati selalu
Kaji asal-usulnya
Jangan sampai terpedaya
Dari kau bercinta-cinta
Baiklah berumah tangga
Kalau mencari teman
Janganlah memandang luaran
Cari yang beriman
Subscribe to:
Posts (Atom)