Wednesday, 18 December 2013

Memburu Jannah Mu


     "Kau kata nak masuk syurga. jom! "

aku terkedu.

     " Lar, jom la ambil wuduk. Solat. Asar dah masuk ni. Antara ciri ciri ahli syurga, mereka tak lewatkan solat tau.


Aku tersenyum. Mengatur langkah menuju ke bilik air. Kedinginan wuduk terasa membasahi muka. Alhamdulillah. Asar hari ini masih sempat aku jumpa.

Kami duduk satu bulatan.

Sahabatku mengetuai pembacaan mathurat. Bismillahirahmanirahim….Sayu suaranya mengalunkan bacaan.

Malam itu kami bersetuju untuk memasak masakan yang agak istimewa memandangkan ada tetamu yang bakal bertandang.

Sambil memotong sayur, Sofea bercerita.



     "Rasulullah dulu kalau ada orang nak datang rumah baginda, baginda memang layan habis baik. kita pun kena contohi baginda Rasulullah. "


     "kata nak masuk syurga."


 serentak kedengaran suara kami disambut dengan deraian ketawa.

Pagi itu sebelum ke kelas masing masing kami bersalaman. Sofea memeluk erat bahuku.



     “ Jaga diri.Ingat pesan Allah. Ingat pesan Rasul. Umi abah. Kata nak masuk syurga. Kena jadi anak solehah”. pesannya sambil tersenyum memandangku.

Tiba-tiba keadaan bertukar menjadi sayu. Melihat mata Sofea bergenang.

     “kenapa ni? La, habis kelas nanti kan jumpa balik” pujukku.

Sofea hanya tersenyum. Sofea mula berjalan pergi dan melambai dari jauh.

Setelah beberapa langkah, dia menoleh ke arahku dan berlari memelukku erat. Dengan mata yang bergenang dan menahan sebak, Sofea berkata, 


     “Ingat tau, kita masuk syurga sama-sama”.

Aku tersenyum sambil mengangguk.


     ” In syaa Allah, Sofea.” kataku.

Sofea meneruskan perjalannya ke kuliah. Aku turut berbuat sedemikian.

Tengah hari itu aku berasa tak sedap hati. Sebaik saja tamat kuliah ,aku bergegas pulang.

Tibanya di rumah, telefon bimbitku berbunyi. Lantasku menjawabnya.

     “hello, boleh saya bercakap dengan Cik Nur” . terdengar suara seorang gadis dihujung talian

     “ Ye, sedang bercakap.”

     “ Cik Nur, anda diminta datang ke hospital sekarang, sahabat anda, Aisya Sofea sedang tenat".. 

Telefon bimbit terlepas dari genggamanku dan selepas itu semua yang ku dengar seperti angin lalu.

Aku lihat Sofea begitu tenat. Kata jururawat di situ, Sofea dilanggar oleh sebuah lori semasa dia dalam perjalanan ke kelas. Katanya lagi pemandu lori itu mabuk.

Allahu akbar !. Lemah seluruh anggota badanku. keadaan Sofea amat kritikal ketika ini. Demi Sofea, aku kuatkan semangat.

Aku membisik  dua kalimah syahadah di telingan Sofea, dan aku dapat melihat gerakan bibirnya seakan mengikut apa yang aku sebut.

Tepat jam 5 petang Sofea menghembuskan nafasnya yang terakhir. Peluh memercik di dahi sofea.

Alhamdulillah, nafasnya yang terakhir berakhir dengan kalimah suci.

Dan saat itu aku baru perasan ada mesej yg belum dibuka, dari sofea pukul 10 : 00 pagi tadi .

     “Nur, ketahuilah hidup ini hanya pinjaman. Kalau ditakdirkan aku pergi dulu, jangan pernah berputus asa dalam kehidupan. Sambunglah perjuangan yang tersisa supaya kita semua dapat masuk syurga bersama. Hidup ini tidak kekal, pada DIA kembali kita”

Tekakku terasa berpasir. Dada sakit menahan sebak. Walau apa pun yang terjadi, aku harus melepaskan dia pergi. Janji Allah itu pasti.

     "Sofea. tunggu aku di syurga. Aku akan berusaha untuk ke sana.

~~memburu jannah-MU




No comments:

Post a Comment