Friday, 26 February 2016

Murtad

( di sebuah fast food restaurant )

Nur : Jom, baca doa and makan.. Lapar sangat ni. Dah lama teringin benda ni.
Sofia : Jom.
( selepas aminkan doa)
Sofia : Tapi pelik, apa lah yang sedap sangat benda alah ni ha.
Nur : ( diam and makan, masa makan x boleh cakap, hahaha.acah )
Sofia : Nur ,
Nur : huh ?
Sofia : Ada lima perkara yang boleh buat kita murtad tanpa sedar.
Nur : ye ke? Apa tuh ? cerita sikit…
Sofia : Memang nak cerita, ramai yang mungkin dah murtad tanpa sedar. Dia sangkakan diri dia islam, padahal….
Nur : hmm. Betul juga. Cerita lah, nak dengar

Murtad Tanpa Sedar

Assalamualaikum, hai ! Hari ni nak kongsi satu topic. Sebelum tuh, maaflah andai coretan Nur kali ni ada kesilapan atau cacat celanya. Ye la, Nur x begitu arif dalam hal-hal ni. Masih belajar.huhu.
Apa yang nak kongsikan ?  ‘’ MURTAD TANPA SEDAR “. Simple je topic dia. Tapi kesan dia ? Hmmm ! Sahabat Nur yang kongsikan dekat Nur. Namanya Sofia. Seronok bersahabat dengan Sofia ni. Apa apa input yang berguna dia dapat, dia akan kongsi dengan Nur. Syukur Alhamdulillah Allah pinjamkan sahabat sebaik and sehebat Sofia. Macam kena lak lagu Sebuah Pertemuan dengan kami dua. Agagaga !
Okay, back to topic.

Apa itu MURTAD ?
Nak simple and senang faham, murtad  ni keluar dari agama islam.

Murtad terbahagi kepada.
a)      Murtad dengan sedar
b)      Murtad tanpa sedar.

Nur sentuh sikit je topic murtad dalam keadaan sedar. Macam mana dia boleh jadi murtad ? hmm, dah memang niat dia nak tinggalkan islam and nak anut agama lain. Terang terang dah niat di anak tinggalkan islam.

Soal agama ni tak boleh buat main main tau. Apa yang Nur dapat dari sahabat Nur. Nur kongsikan pada semua ye.

1) IKHTIQAD HATI ( perasaan yakin dalam hati )
# ikhtiqad yang mengkafirkan dengan disengaja. Macam mana tuh ? okay , sebagai contoh, seseorang tuh kata Allah Taala itu baharu,Aalam ini qadim, menafikan sifat 20 Allah, dan banyak lagi.

2) DENGAN PERKATAAN (mengatakan perkataan yang mengkafirkan)
#Menolak atau mengatakn hukum hudud tak sesuai, atau ada cakap2 perkataan yang boleh memutuskan iman & islam kita. Dan lain-lain.

3) DENGAN PERBUATAN (memutuskan iman &  islam dengan berbuat perbuatan yang mengkafirkan)
#contohnya, sembah berhala, sujud menghantar dahi ke bumi(sujud dan tunduk   kerana makhluk), membuang mushaf(al-quran) ke tempat najis dan lain-lain.

4) DENGAN BERBANTAH-BANTAHAN
#dia tau yang haq tapi dia enggan mengerjakan, meringan-ringankan sunnah nabi (contohnya,bersugi-mengatakan bahawa bersugi tidak releven pada masa kini, kotor dan sebagainya), dan banyak lagi.

5) DENGAN BERGURAU SENDA
#mempersendakan sesuatu dgn nama Allah macam sumpah dengan nama Allah tak tentu hala, sesuka hati dia ja nak main sumpah sumpah ni, Dia berani bersumpah dengan nama Allah untuk  mempersendakan segala perintah Allah(suruhan), atau mempersendakan apa yang Allah larang, ataupun orang tu macam dok main main dengan janji-janji Allah(contohnya, Allah bagitau dalam surat cintaNya pada kita Allah nak bagi bidadari sebagai ganjaran untuk orang yang beramal soleh,lepastu orang dok pertikai), atau dok mempersendakan janji Allah pasal siksaan Allah tentang neraka( contohnya, dia orang islam, lepastu dia tak ikut perintah Allah, tak sembahyang, tak puasa, tak ada agama dalam diri dan hati dia, dia dok kata" alaa, takpa, tak solat pun tak pa, nanti mati masuk syurga jugak,mana ada siksaan2 Allah, dia dok pertikai), ataupun dia dok persenda kawan dia nak berubah jadi baik atau nak ajak dia jadi baik( contohnya, bila kawan dia pakai tudung labuh tutup aurat, dia kata "haaa tu, bajet ustazah ustaz laa tu, padahal bukan bagus mana pun!", ataupun bila kawan dia nasihat dia, dia kata "alaaa, hang takyah nasihat orang sangat laa, hang pun 2x5"), ataupun mana-mana ibu bapa/suami yang melarang atau menghalang  anaknya/isteri menutup aurat dengan sempurna kerana Allah  contohnya juga boleh jadi batal iman dan lain-lain. 
Rujukan: kitab Tuhfatur Roghibin

Karangan syeikh muhammad Arsyad bin muhammad Al-banjari.

Itu secara ringkasnya Nur dapat dari sahabat Nur. Apa yang Nur nampak, segelintir masyarakat ( tak semua ) suka perlekehkan orang andai dia berpakai labuh dll ( yang point num 5 tu ). Pendapat Nur, tu satu dugaan untuk dia berhijrah ke arah kebaikan. Tapi orang yang perlekehkan tu ? Tanpa sedar dia boleh jadi Murtad. nauzubillah min zalik. 
sekadar kongsi :)
Tegur andai ada yang salah. 





Monday, 15 February 2016

Rahsia Sekeping Hati. Suka atau Sayang ?

Assalamualaikum.
Ha, lama nau cutinya tuh. 9 hari tuh...
erm!
Dengar lama kan ? Hehehe. Actually x sgt pun... Nama je lama cutinya tuh , Hakikatnya x...
Huwaaaa. Bizi nau2 , x sempat rest....
Kuar pagi balik malam. Sorry ya Fayara , terpaksa batalkan date kita semalam. Bukan apa, bizi sgt dengan prepareation 20.02.2016 ni. Ada apa ? Biarlah rahsia . :P
Okay, dah lama Nur x merapu kat sini.Topic hari ni? Rahsia Sekeping Hati. Suka atau Sayang ?
Wah.... Apa yang rahsianya tuh ? Hahaha.. Bukannya rahsia negara. Mai nak story sikit. Sepanjang cuti panjang yang lalu, macam macam dah jadi dekat Nur. Antaranya, Nur dah berbaik dengan sahabat Nur. Alhamdulillah, Jodoh kami untuk bersahabat masih kuat. Cuma perlu lebih berhati hati lepas. Bukan apa, x mau la pisang berbuah dua kali, X mau la seakrab dulu. Biasa biasa je. Hehe.
Dah kuar and face to face dah pun. Alhamdulillah dapat selesaikan dengan cara yang baik.
Err, yang kedua ni ?
Hurm mengenai hati, perasaan . Kalau boleh Nur tanya pendapat awak awak semua, Suka and sayang. Adakah dua perasaan yang sama atau berbeza ? Haha. Okay, pada pendapat Nur, tak sama maybe. ( Pendapat  saje tau ) . Bagi Nur, kita mudah je suka sapa sapa ni. Kebanyakan suka ni dari fizikal saja. Means, maybe dari paras rupa, perwatakkan dia, cara dia and lain lain. Sayang ?
Hurm, agak susah nak gambarkan sayang ni macam mana. Sebab selalu yang terjadi dekat diri Nur, 
hadirnya sayang tanpa diduga. Kekadang, dari suka boleh jadi sayang. Kekadang, couple sebab nak sakitkan hati orang lain, tapi lama lama tersayang betul. ( pernah jadi kat Nur ke ? Entah la tak pasti )
Dan Nur bukanlah orang yang jenis tunjuk kata Nur sayang orang tuh, Tak de lah nak 24h nak ucap i love u, i miss u. Err. Geli lah. Lebih baik tunjuk dari ucap. Bagi Nur, tunjuk lebih ikhlas, ( eh yeke ), hahaha. Tapi sebab sayang tak ucap la i lost someone i really love. alaaa... Husnuzon saja lah.
Anggap saja tak de jodoh. But, a few days ago, ada yang soal Nur, Nur suka dia kah ? Err. Tergamam ! Nur tak pasti dengan perasaan Nur sendiri. Beria ria suruh Nur ngaku. Camne nak ngaku kalau diri sendiri konfius dengan perasaan sendiri. Huuuu.
Tak pe lah . the best way is, jaga iman masing masing lah..
Andai ditakdirkan awak dengan Nur, Kita akan jumpa disatukan juga satu hari nanti. Jaga iman masing masing. Alaaa, pernah dengar ayat ni.

Ketika Zulaikha mengejar Cinta Yusuf, semakin menjauh Yusuf darinya. Namun di saat Zulaikha mengejar Cinta Allah maka kemudian datanglah Yusuf padanya.
Sama sama lah kita mengejar cinta Ilahi. :)

Thanks dah jadi BFF Nur sejak bertahun lalu.