( di sebuah
fast food restaurant )
Nur : Jom,
baca doa and makan.. Lapar sangat ni. Dah lama teringin benda ni.
Sofia : Jom.
( selepas
aminkan doa)
Sofia : Tapi
pelik, apa lah yang sedap sangat benda alah ni ha.
Nur : ( diam
and makan, masa makan x boleh cakap, hahaha.acah )
Sofia : Nur
,
Nur : huh ?
Sofia : Ada
lima perkara yang boleh buat kita murtad tanpa sedar.
Nur : ye ke?
Apa tuh ? cerita sikit…
Sofia :
Memang nak cerita, ramai yang mungkin dah murtad tanpa sedar. Dia sangkakan
diri dia islam, padahal….
Nur : hmm.
Betul juga. Cerita lah, nak dengar
Murtad Tanpa
Sedar
Assalamualaikum,
hai ! Hari ni nak kongsi satu topic. Sebelum tuh, maaflah andai coretan Nur
kali ni ada kesilapan atau cacat celanya. Ye la, Nur x begitu arif dalam
hal-hal ni. Masih belajar.huhu.
Apa yang nak
kongsikan ? ‘’ MURTAD TANPA SEDAR “.
Simple je topic dia. Tapi kesan dia ? Hmmm ! Sahabat Nur yang kongsikan dekat
Nur. Namanya Sofia. Seronok bersahabat dengan Sofia ni. Apa apa input yang
berguna dia dapat, dia akan kongsi dengan Nur. Syukur Alhamdulillah Allah
pinjamkan sahabat sebaik and sehebat Sofia. Macam kena lak lagu Sebuah
Pertemuan dengan kami dua. Agagaga !
Okay, back
to topic.
Apa itu
MURTAD ?
Nak simple
and senang faham, murtad ni keluar dari
agama islam.
Murtad
terbahagi kepada.
a)
Murtad dengan sedar
b)
Murtad tanpa sedar.
Nur sentuh
sikit je topic murtad dalam keadaan sedar. Macam mana dia boleh jadi murtad ?
hmm, dah memang niat dia nak tinggalkan islam and nak anut agama lain. Terang
terang dah niat di anak tinggalkan islam.
Soal agama ni tak boleh buat main main tau. Apa yang Nur dapat dari sahabat Nur. Nur kongsikan pada semua ye.
1) IKHTIQAD HATI ( perasaan yakin dalam hati )
# ikhtiqad yang mengkafirkan dengan disengaja. Macam mana
tuh ? okay , sebagai contoh, seseorang tuh kata Allah Taala itu baharu,Aalam
ini qadim, menafikan sifat 20 Allah, dan banyak lagi.
2) DENGAN PERKATAAN (mengatakan perkataan yang mengkafirkan)
#Menolak atau mengatakn hukum hudud tak sesuai, atau ada
cakap2 perkataan yang boleh memutuskan iman & islam kita. Dan lain-lain.
3) DENGAN PERBUATAN (memutuskan iman & islam dengan berbuat perbuatan yang
mengkafirkan)
#contohnya, sembah berhala, sujud menghantar dahi ke
bumi(sujud dan tunduk kerana makhluk),
membuang mushaf(al-quran) ke tempat najis dan lain-lain.
4) DENGAN BERBANTAH-BANTAHAN
#dia tau yang haq tapi dia enggan mengerjakan,
meringan-ringankan sunnah nabi (contohnya,bersugi-mengatakan bahawa bersugi
tidak releven pada masa kini, kotor dan sebagainya), dan banyak lagi.
5) DENGAN BERGURAU SENDA
#mempersendakan sesuatu dgn nama Allah macam sumpah dengan
nama Allah tak tentu hala, sesuka hati dia ja nak main sumpah sumpah ni, Dia
berani bersumpah dengan nama Allah untuk
mempersendakan segala perintah Allah(suruhan), atau mempersendakan apa
yang Allah larang, ataupun orang tu macam dok main main dengan janji-janji
Allah(contohnya, Allah bagitau dalam surat cintaNya pada kita Allah nak bagi
bidadari sebagai ganjaran untuk orang yang beramal soleh,lepastu orang dok
pertikai), atau dok mempersendakan janji Allah pasal siksaan Allah tentang
neraka( contohnya, dia orang islam, lepastu dia tak ikut perintah Allah, tak
sembahyang, tak puasa, tak ada agama dalam diri dan hati dia, dia dok
kata" alaa, takpa, tak solat pun tak pa, nanti mati masuk syurga
jugak,mana ada siksaan2 Allah, dia dok pertikai), ataupun dia dok persenda
kawan dia nak berubah jadi baik atau nak ajak dia jadi baik( contohnya, bila
kawan dia pakai tudung labuh tutup aurat, dia kata "haaa tu, bajet ustazah
ustaz laa tu, padahal bukan bagus mana pun!", ataupun bila kawan dia
nasihat dia, dia kata "alaaa, hang takyah nasihat orang sangat laa, hang
pun 2x5"), ataupun mana-mana ibu bapa/suami yang melarang atau menghalang anaknya/isteri menutup aurat dengan sempurna
kerana Allah contohnya juga boleh jadi
batal iman dan lain-lain.
Rujukan: kitab Tuhfatur Roghibin
Karangan syeikh muhammad Arsyad bin muhammad Al-banjari.
Itu secara ringkasnya Nur dapat dari sahabat Nur. Apa yang Nur nampak, segelintir masyarakat ( tak semua ) suka perlekehkan orang andai dia berpakai labuh dll ( yang point num 5 tu ). Pendapat Nur, tu satu dugaan untuk dia berhijrah ke arah kebaikan. Tapi orang yang perlekehkan tu ? Tanpa sedar dia boleh jadi Murtad. nauzubillah min zalik.
sekadar kongsi :)
Tegur andai ada yang salah.
No comments:
Post a Comment