Tuesday, 31 May 2016

Lepaskanlah


Kau tak pernah cuba tuk mengerti
Sejak kebelakangan ini
Diriku benar-benar dihargai
Kadangkala ku kau tak peduli
Sehingga berhari-hari kau tak dapat kuhubungi
Kau menghilang
Kini kau tak seperti dulu
Tak mahu lagi menunggu
Mengikut keselesaanmu
Dan mendengar janji palsumu
Tak perlu lagi membisu
Mengikut saja telunjukmu
Daku tahu hal diriku
Dan ku mahu kau tahu
Ku tak mahu mu
Kau sering memperkecilkan daku
Seolah-olah ku tak mampu
Untuk hidup berdikari tanpa mu
Kau mengambil kesempatan
Kerana daku sering mengalah
Diriku kau endah tak endah
Ku hanya dambakan cinta
Dari jejaka ikhlas di jiwa
Dan kau bukan orangnya
Ku dah penat mencuba dan berairmata
Daku bukannya boneka

Monday, 30 May 2016

Tak dak tajuk

Assalamualaikum
Hi hi hi

Kenapa tak dak tajuk ? Haha, I have no idea bout that. Sebenarnya boring. Makin hari makin malas nak mai kerja. Entah la. Jadi apa tak tau. Apabila perasaan malas menguasai diri, ha mula la diri tuh nak tanya soalan yang bukan bukan. Mula lah nak pertikai kenapa life orang lain macam tu, macam ni. Mula nak pertikai rezeki org tuh org ni. Ha, kan dok elok tu.Itu qada dan qadar. Malas kerja, nak expect duit masuk banyk. Hamlau. Sapa nak kasi ?

 OKay apa yang Nur dapat  katakan , Nur rasa, Nur sunyi. Nur dapat rasakan, nur dah x sehappy dlu.
Ya, Nur akui, makin meningkat usia, makin nur kehingan kawan kawan. Hee, Lumrah, sahabat, teman  adalah pinjaman sementara dariNya. Kekdang terasa hati dengan diorg . Kenapa? Entah la. Nur takut nur ni sahabat yang boring. Nur dah slow slow cuba tak luah perasaan kat sesapa. Cukup Nur dengan Allah ja tahu. Ya, mungkin sebab nur semakin meningkat dewasa. Haha. Dah 22 tahun. So, tak payah nak manja sangat dah kot.PEndam selagi termampu. Jadi kuat sikit. Kekadang rasa macam nak hilangkan diri seketika. ada dak orang nak cari ? Kah kah kah. Berangan. Sapa nak cari :P
Nur akui, kekadang nur rasa macam, Tak dak function nur hidup macam mana. tak tahu la, semua orang atur kan. Tapi sejenak Nur terfikir, Nur tak boleh pertikai itu semua. Semua dah tertulis. So kita kena lagi creative la nak truskan hidup kita. Bukan nak jadi mayat hidup. Tak ada usaha, macam mana nak berjaya.hidup kosong jadinya. Yang penting skg, hidup kena husnuzon denganNya. kekadang ni Allah nak uji. Dia baru jentik sikit. Kita nak melatah. Haih, tiada kesabaran langsung.

sebenarnya banyak lagi nak cerita. tapi, makin lama makin merapu. Update blog time otak tengah gelong, Entry dia pun jadi bangang. agagaga




Saturday, 21 May 2016

Hmmm

Assalamualaikum...
Hi hi hi

Okay, hari ni dah 21 May 2016. Masa pantas berlalu. Well. Apa yang nak dipelikkan. Waktu didunia skg semakin pendek. Dunia akhir zaman. Apa yang nak dikongsikan hari ini ? Entah lah. Nur pun tak tahu nak cakap macam mana. Sejak gaduh dengan BFF hari tuh, Nur rasa macam, errr.. Krik krik krik sebentar. Nur dah malas nak chat sapa sapa. IDK why. Dah jadi macam ni, buat Nur rasa menyesal lak amik sim internet. hahaha,  Ye la. Bukan dok guna pun. Harap dok guna bkk fb je, update barang. Tuh pun pakai robot. Auto update setiap satu jam. Padahal Nur dah malas nak main semua social sites ni. Maaf kepada kengkawan yang dok hantar chat and nur tak balas. Nur balas chat yang ada kena ngena dengan bisnes sahaja,
Nur perasan, lately Nur 'lemah'. Sofia cakap kena jaga jaga. Takut ada yang nak "kawan". Huhu. I hope jgn lah. Nur dah la tak kuat.
Mungkin sebab Nur ' Lemah ' buat nur malas nak chat dengan sapa sapa. Maybe nur perlukan masa nur sendiri. Semoga semua ni perasaan Nur sahaja. Doakan Nur cepat baik macam dulu.
Tak apa, Ni semua ujian dari ALLAH SWT. 


Friday, 20 May 2016

Suram...

Assamalualaikum,
Hi hi hi...

Harini rasa macam suram. Kenapa ? Sebab Nur gaduh lagi dengan BFF Nur. Nur sedar, antara kami makin x da persefahaman. Dia pun dah mengaku dia dah lain. Dia dulu and sekarang berbeza. Macam tuh juga dengan Nur. Entah la. Apa yang terjadi semalam, mungkin salah Nur. Entah la. Nur dah penat nak husnuzon. Kekadang rasa macam tak mau nak ada BFF dah. Sorang sorang dah kan. Nur pun bukan jenis hipokrit. Macam mana Nur kat rumah, macam tu lah Nur dengan kengkawan. Seorang sahabat yang baik, terima sahaja kebaikan atau keburukan sahabat dia. Tak perlu nak expect benda baik sahaja kan. Hurm, kita hanya manusia biasa. Tak sempurna. Setiap kebaikan, pasti ada keburukkan juga. Tapi kalau dah tak boleh terima keburukan atau kelemahan orang lain, tak tahu lah nak cakap apa.terserah lah.
Sahabat, apa apa pun awak cuba katakan, saya hanya mampu tersenyum. Hampir 6 tahun kita bersahabat, sesunggunya awak tak kenal saya yang sebenarnya. Apa yang terjadi semalam, apa yang saya katakan semalam, sering dah terjadi dalam family saya. Itu cara kami. Ya, cara kami kasar.  Saya anggap awak dah macam family. Bagi saya, awak lah kakak, awak lah adik. Dengan kejujuran yang tersurat di bibir awak semalam, saya sedar. Awak tak akan pernah dapat terima keburukan atau kelemahan saya. Itu cara saya bermesra dengan orang yang saya sayang. Maaf, saya tak sempurna. Tak ada apa yang mampu saya katakan lagi. Saya simple saja, Kalau awak rasa awak nak stay jadi sahabat saya, stay la. Kalau dah rasa boring, xpe, saya x da hak nak paksa awak untuk terus bersahabat dengan saya. Cara kita berbeza.Saya doakan awak cepat sembuh dan berjaya di dunia dan akhirat. Take care.






Thursday, 19 May 2016

Siapakah ?

Assalamualaikum...
Hi hi hi...

Okay, entry kedua untuk harini...
Sementara Bos g keluar makan, kita lepak sini kejap. Nak cerita apa ni ?
Siapakah siapa? Okay, Agak seram la sikit. Entah kenapa topic harini nak sentuh sal ' alam ghaib'.
Sebenarnya Nur dah lupa hal ni, haha
Puas jugak nak lupa cerita ni, tetiba tadi sahabat Nur terremind lak.
Dia nak tahu lebih detail. Okay la. Nur cerita even Nur rasa takut. Nak wat cmane, Lately Nur jadi seorang yang lemah semangat.
Alkisahnya begini, kawan kakak Nur, bekerja sebagai tuttttt di tempat tutttt. Kira satu tempat kerja dengan kakak Nur la dulu. Dulu kakak nur dengan dia tak rapat sangat. But now, dua dua dah pindah SP , eh boleh jadi rapat lak. Acena tuh ? hahaha
forget bout them, nak focus sal seram ni, dia suka merapu p kot lain dulu.

okay, Baru baru ni, kawan kakak Nur pernah cerita dekat kakak Nur, yang orang kampung dok nampak dia bawak sorang girl ni, dia cakap kat kakak Nur , dia tak pernah pun bawa sesapa naik kereta dia. Tu yang pelik tuh Then kakak nur kata kat dy, dulu dia pernah nampak kawan dia ni bawak perempuan masuk tempat kerja dia. Kakak Nur fikir, tu kakak dia, atau pun gf dia. Kawan dia pelik, dia cakap tak pernah bawak pun.
lepas beberapa hari lak, kawan kakak nur ni bawak kereta, then jumpa kawan dia ( errr pening x kalau nur label nama ? haha ) kawan kakak nur ni hon la dengan kawan dia tuh. tpi kawan dy buat derk je. Then balik rumah kawan along terus call tanya kawan dia asal kawan dy buat tak tahu je masa dy hon td. Tahu apa kawan dy cakap ?
kawan dia cakap camni.
" aku mang nampak kereta hang, aku tak dengar bunyi hon pn, and aku tak nampak pun hang drive kereta. nampak kereta hang kosong "
okay, tetba berdiri bulu roma. hahaha
setakat tuh je la kes kawan kakak Nur ni. Nanti ada sambungan Nur cerita balik.
Sesungguhnya skrg ni nur yang tengah takut. Dah cakap, Nur ni mang seorang yang penakut. Hahaha
Dah macam mana Nur nak rehat sorang kat first floor tuh. haha
okay caw dulu....
daaaaaa  



Perasaanh je tuh....

Assalamualaikum ...
Hi hi hi..
Berceloteh seketika dalam ni sebelum mulakan kerja...
sementara bos ada dekat kilang,main kejap blog. Cerpen Cinta Tak Bersatu terpaksa revert to draft balik sebab nak baiki bahasa balik. Selerak tatabahasa dia. Haha. Mau nangis cikgu BM nur kalau baca cerpen tuh.
 Okay, apa yang nak Nur kongsikan harini  ni.  Simple je tajuk dia
"Persaan Je Tuh "
Perasaan apa ? Okay, sejak Nur keluar dengan kengkawn Nur tempoh hari ( 10 April 2016 ) kan nur macam ada nampak satu kelibat perempuan dok senyum kat Nur masa dalam kereta. Sejak tuh Nur diselubungi rasa takut. Nur mula nak fikir bukan bukan. Sampai dekat tempat kerja pun nur rasa takut nak lepak kat first floor tuh. Pagi pagi mai kerja, letak barang kat first flor, Nur rasa seram sejuk. Rasa macam ada yang memerhati. Kalau time balik memang Nur tak naik dah atas. Usaha turunkan barang awal . Nur pun tak tahu kenapa yang Nur jadi takut sangat. Nur cuba tuk tak fikir apa apa.. Tapi still hadir je benda tuh. Siap terbayang lagi. Sekarang nak tidur waktu rehat pun macam tak berapa nak lena sangat. haish. Tak tahu lah. Nak jadi apa dengan Nur.
okay. nanti lepak lain....
Jum buat kerja dulu.


Tuesday, 10 May 2016

Degil Lagi ( Part II )

2 May 2016
Nur takde la g mana mana... just bawak maklong pusing pusing je. Day 2, x de la rasa sakit sangat. Still buleh tahan, so nothing happen.

3 May 2016
okay, 1stday Nur kerja dibulan May. semua seperti biasa. Tapi perut Nur sakit. X tau kenpa. So Nur makan la ubat yang Nur spare tuh Lepas makan ok sikit. Lepas 1 Jam makan ubat tuh, Nur rasa semua memusing. badan rasa panas lain macam. Peluh tak payah cakap la. Nur g toilet kat Ground Floor. Sebab rasa nak muntah. tapi x muntah pun. Duduk balik kat kaunter. Lepas tuh , rasa x tahan sangat. Pening lain macam. Lari naik first Floor... lama juga dalam toilet tuh. nak turun rasa x boleh. Sebab dok rasa nak muntah. rasa semua memusing. Last last muntah gak. Kuar air ja. Bos naik atas, suh nur g klinik. Nur just angguk je. Sebelum g tuh, Bos boleh lak memain tanya...

    " Nur ok ka? boleh jalan g klinik ka ? atau u mau i usung u "

ha saja pun la... Time camni sempat nak wat lawak. g check. Dr cakap gastrik ni. makan x tentu. kena elak makanan pedas tu dulu. Protein pun kurang dalam badan.yang paling penting....
Elakkan makanan bergas. okay, dapat mc satu hari.

pukul 1 tengah hari... nur pun balik la rumah bawa clara. Sepanjang jalan melelong je. Dah asyik berhenti sebab muntah . Nasib tak accident. Sampai rumah, simpan beg. Muntah lagi. Tak da apa dah lam perut. keluar air ja. lepas tuh, makan ubat, makan bubur rest jap.
banguj nak g dapur. Rasa pening lagi. Muntah plak. Ha sudah. jenuh la Nur nak baring sepanjang hari. Asal bangun, pening je muntah. Huhu.

Malam tuh nur dah rasa ok sikit. so pk, keesokkannya boleh g kerja.
tapi keesokkannya lagi teruk. pagi tuh nur dihantar ke hosp. lepak satu malam di transit ward. haha. tak sempat nak lepak ward kenanga apa2 tuh. Nur mintak balik. So lpas ni kena jga makan betul la.
Tu la, degil lagi. suh makan x nak . tu la padahnya.


Dah Besar

Assalamualaikum...
Hi hi hi,
Tak ada apa yang menarik... saja nak bercerita .
Tanggal 9 May 2016, jam 8.56 pagi, genap lah usia Nur 22 tahun. Sekejap dah 22 tahun. dah hampir 3 tahun Nur tinggalkan alam persekolahan. Rindunya tak terkata. Ramai yang tanya,
" Nur, banyak tak dapat hadiah ? "
To be honest, Nur tak mengharapkan apa2 hadiah pun. ye la . Dah besar. Nak hadiah apanya.
Lagipun Nur tak layak nak celebrate birthday pun. Yang paling layak mak nur lah. 9 bulan nur dalam perut mak nur. kehulu kehilir mak usung. thanks mak dah lahirkan adik. Adik sayang mak.
Ouh ya, thanks pada yang wish birthday semalam. Saja hide tarikh lahir di fb. Hehehe. Yang betul betul ingat hanya family . Kengkawan ? Hanya yang betul betul akrab je.
Haha, tapi macam Nur cakap. Nur tak pernah kisah pun..
thanks semua.... okay, nur nak sambng buat kerja.
nanti lepak...
daaaaa



Friday, 6 May 2016

Degil Lagi.... ( Part I )

Assalamualaikum...
Hi hi hi...
Lamanya Nur tak lepak sini, sebelum tuh. Hai bulan May. Bulan buat Nur tersenyum and kekadang rasa sedih.sebab apa ? Sebab byk tarikh tarikh bermakna..
So, nak kongsi apa? (bajet macam orang nak ambil tahu sangat tuh )
Hri ni, Nur baru dapat ke tempat kerja setelah berapa hari di serang gastrik. ha, itu la.. degil lagi, padan muka.
Alkisahnya macam ni, semuanya bermula pada 01.05.2016.
Kebiasaannya nur akan sarapan sekitar pukul 7.45-8.15 pagi, memandangkan Nur bertolak ke tempat kerja pukul 8.25 pagi. Tapi 1 May kan PH, Semua orang dalam umah Nur cuti. Konon nak g jogging. Nur plan je nak g, padahal x nak pun. Hahaha. Sebab nak keluar dgn Akak kan.
Seawal jam 5 pagi Nur jaga. dah terbiasa bangun awal. Nur bangun tuh , cuci muka g dapur tgk maklong cuci pinggan. lambat lambat Nur ucap.

Me : Maklong, adik nkg Alor setar n Perlis japgi dengan kak hana dlam pukul 11 .
Maklong : kata pusing sp je, ni knpa sampai perlis ?
Me : Alaa, x plan pun. bleh eh?
Maklong : ye la, dah, g mandi, kemas rumah, siap2, jom g market cari apa yang patut.

See? Agak dah, nak kuar kena bangun awal. Lau x jangan harap. Haha. So kemas la apa yang patut and  bawak la maklong pusing cari macam2. selak jam di tangan , dah pukul 8 lebih dah, apa tak sarapan lagi. nak beli sarapan , maklong cakap tak payah. Tunggu makcik masak nasi lemak. Huhu. Tapi perut Nur dah tak tahan, sakit dAH... sebab sampai waktu dia minta diisi. Alternatifnya, Nur beli la roti sebiji tuk alas perut. ok la skit. tunngu diorang nya nasi lemak, kul 10.00 baru nur boleh sarapan. Alahai, nak wat camne, makan je la kan.
Tapi bila dah lewat makan, perut sakit la walau dah makan kan...
Diorang semua tegur,, sakit perut nak kuar juga ke? Huhu,
pada fikiran Nur, ok je ni, japgi makan ubat sebelum kuar, ok la sakit ni.
Jam 11.35 pagi, Akak sampai depan umah, jemput Nur. masa naik kereta ruh, ok je, x de rasa pening. masuk Tol Gurun, Nur dah rasa pening lain macam, Selak dalam beg , x de panadol. x de minyak angin. Hanya mampu diam. sampai di RnR Gurun, hati jerit.. "kak hana, benti sini boleh x? nak cari panadol " . Tapi tak terkeluar. Tahan je sampai Alor Setar. Sementara nak sampai tuh, nak muntah semua ada dah... At last sampai kat rumah kenduri, terus cakap akak, " Akak, nnti boleh tak singgah seven e ke mana mana ke? nak beli panadol, kepala pening, sebab lambat breakfast. " akak just " patut la diam je, tak pa, japgi cari, kita makan dlu " . Nur hanya mampu senyum, sebab rasa pening dah kurang masa turun dari keta tadi. So lepas makan kenduri, otw nak g padang besar , singgah la di shell dulu beli panadol and air. masa tuh dh pening tahap berapa tah. tak banyak cakap, beli je terus makan. Lepas makan lali je, tdur dalam kereta sepanjang perjalanan dari AS ke padang besar. Sampai padang besar, pening terus hilang, .Pusing sana pusing sini, akak ajak makan. Makan tom yam lak tuh. Dah teringin lama dah tomyam padang besar. Tapi timing tak kena lak. Peruttak ok. Nur tengok je diorang makan tomyam. sedih kot. Tak pela. x de rezeki.
habis tuh, pusing lagi Padang Besar. Tak beli pape pun. Sebab x de mood nak shopping.
Habis pusing pusing, sebelum balik diorang ajak benti makan kan Kuala Perlis. Alahai, makan apa....
Ni makan benda bawah ni...


Ha, ni lagi la ubat muntah Nur. Bukan Nur tak makan, tapi kurang benda camni, sebab muak. Nur makan dalam 4 pcs je kot. Tu pun dah rasa loyer, Dalam hati, cepat sampai SP please. Nak muntah ni. Dalam perjalanan balik tuh, Nur lelap cam gituh je. Sebab x sedap perut. Takkan nak minta diorang benti tepi jalan kan. Tak pe la... Tahan.
Elok sampai je dirumah, terus muntah. Bukan kuar apa pun. Kosong je. Ha, amik kau. X nak makan sangat kan... Kan dah muntah.

(To Be Continued )