Hi hi hi...
Harini rasa macam suram. Kenapa ? Sebab Nur gaduh lagi dengan BFF Nur. Nur sedar, antara kami makin x da persefahaman. Dia pun dah mengaku dia dah lain. Dia dulu and sekarang berbeza. Macam tuh juga dengan Nur. Entah la. Apa yang terjadi semalam, mungkin salah Nur. Entah la. Nur dah penat nak husnuzon. Kekadang rasa macam tak mau nak ada BFF dah. Sorang sorang dah kan. Nur pun bukan jenis hipokrit. Macam mana Nur kat rumah, macam tu lah Nur dengan kengkawan. Seorang sahabat yang baik, terima sahaja kebaikan atau keburukan sahabat dia. Tak perlu nak expect benda baik sahaja kan. Hurm, kita hanya manusia biasa. Tak sempurna. Setiap kebaikan, pasti ada keburukkan juga. Tapi kalau dah tak boleh terima keburukan atau kelemahan orang lain, tak tahu lah nak cakap apa.terserah lah.
Sahabat, apa apa pun awak cuba katakan, saya hanya mampu tersenyum. Hampir 6 tahun kita bersahabat, sesunggunya awak tak kenal saya yang sebenarnya. Apa yang terjadi semalam, apa yang saya katakan semalam, sering dah terjadi dalam family saya. Itu cara kami. Ya, cara kami kasar. Saya anggap awak dah macam family. Bagi saya, awak lah kakak, awak lah adik. Dengan kejujuran yang tersurat di bibir awak semalam, saya sedar. Awak tak akan pernah dapat terima keburukan atau kelemahan saya. Itu cara saya bermesra dengan orang yang saya sayang. Maaf, saya tak sempurna. Tak ada apa yang mampu saya katakan lagi. Saya simple saja, Kalau awak rasa awak nak stay jadi sahabat saya, stay la. Kalau dah rasa boring, xpe, saya x da hak nak paksa awak untuk terus bersahabat dengan saya. Cara kita berbeza.Saya doakan awak cepat sembuh dan berjaya di dunia dan akhirat. Take care.
No comments:
Post a Comment