Wednesday, 28 December 2016

Memory 2016 Part Two

Terkilan
Kalau nak sebut pasai terkilan, memang banyak.
Tapi antara yang paling Nur terkilan,
bila satu hari Nur pergi rumah someone..
N Nur terjumpa something yang sangat Nur kenal. Nur x tahu kenapa hari jadi dia tahun tuh, Nur tergerak hati nak beli hadiah tuh untuk dia.
Bagi dia mungkin hadiah tuh murah, tapi bagi Nur, hadiah tuh agak mahal, sebab masa tuh Nur kerja kedai makan je, tolong makcik.
Seminggu dapat la rm50. Tiap tiap minggu menabung and cari yang terbaik untuk dia.
akhirnya cukup duit and beli dekat dia.
Tapi Allah nak tunjuk, tahun ni baru Nur tau, hadiah tu dia x guna,
Rasa terkilan sangat. X pe la.. Dah orang tak nak hargai kita nak buat macam mana kan.

Hilangnya Tempat Bergantung
Yang ni, hehe
nampak sangat ngade. Tak de la..
Selama ni Nur hanya ada sorang je insan yang selalu Nur kongsi semua segala masalah.
Semua hal keluarga Nur, Boleh dikatakan 70% dia tahu, Family pun kenal dia.
Siapa dia ? Tak de sape sape pun. Kak angkat Nur ja.
Kami satu sekolah dari 2007-2010.
Apa yang hilangnya?
Nur ingat masa march-april, dia agak busy.
Nur teringatkan dia sampai mimpi mimpi.
Pastu satu pagi tuh masa nak jogging, dia whatsapp, cakap nanti dia terus stay KL.
Masa tuh tak tau nak rasa apa..
haha, tanpa sedar air mata jatuh.
Cengeng gila.
Tak dela, cuma rasa dia makin jauh,

Kesihatan
Sepanjang tahun 2016 ni, memang Nur kerap sakit. Sakit biasa je.
Gastrik, demam n blablabla...
Tapi alhamdulillah bila Allah permudahkan segalanya.
Sepanjang Nur sakit, Nur x de nak susahkan family or sapa sapa...
kekadang Nur sakit pun diorang tak tau..
ahaha,
Hanya perlu rehat je terus baik semua sakit sakit tuh

urm, actually banyak lagi yang terjadi sepanjang 2016 ni, cuma malas nak ulas panjang panjang.
Tak semua kenangan perlu kita catat dan perlu diingat selalu.
Ada juga kenangan yang perlu kita lupakan,
Tak dinafikan banyak kenangan pahit sepanjang 2016.
Cuma kenangan kenangan tuh Nur tak nak ingat dah.
Biar semua tuh jadi mimpi ngeri dan anggap semuanya tak pernah terjadi.

Harapan 2017
Harapan Nur 2017 , harap sangat Nur jadi lebih kuat dari tahun sebelumnya,
Bukan lagi hati tisu, semoga Nur lebih matang dalam hadapi pelbagai masalah,
Moga beristiqomah dalam setiap perubahan yang ingin Nur lakukan.
Terima kasih kepada kengkawan yang masih sentiasa berada disisi Nur,
yang sentiasa ada untuk sambut Nur dari belakang tatkala Nur hampir jatuh.
Pada yang dah x mau stay dah tuh xpe.
Siapa la kita nak paksa paksa kan..
hehe..
Makin kita meningkat dewasa,
makin kita kenal mana kawan mana lawan.

sampai sini je Nur celoteh.
Bye.


Tuesday, 27 December 2016

Memory 2016 Part One

Assalamualaikum
Hi hi hi

" Menghitung hari,
Detik demi detik "

Eh, x payah nak menghitung hari sangat la.
Sedar tak sedar, 2016 akan melabuhkan tirai dan meninggal kan kita,
Masa pantas berlalu kan? Rasanya baru je kita ucapkan selamat tinggal tahun 2015.
Tup Tup ! Dah nak masuk 2017 dah.
Dunia akhir zaman.

Apa yang dah jadi sepanjang 2016 ?
Secara jujur Nur rasa,
2016 tahun yang paling banyak ujian yang terpaksa Nur tempuh.
Ada juga sejarah hitam yang kalau boleh Nur tak mau ingat.
Tapi adat lah, yang tak mau ingat tuh la yang selalu di ingat.
Ye dok ?
hehe

Pindah Tempat Kerja
urm, tahun 2016, tahun dimana company nur bukak kedai baharu.
So nur terpaksa urus hal kedai.
Dari situ, pelbagai cabaran nur hadapi satu persatu.
Dari tak biasa kerja dengan big bos,
Bila dah kerja kedai ni, nak tak nak kena biasakan diri kerja dengan big boss la..
Apa apa urusan pun semua nya melalui Big boss...
Ye la, Nur plak  jenis tak biasa kerja dengan lelaki.
Awkward tau.
Hari berganti minggu, minggu berganti bulan..
Akhirnya Nur dapat biasakan diri dengan tempat kerja baru ni.
Alhamdulillah walau tiada teman untuk berbicara macam dekat office tuh,
tapi Nur dah dapat sesuaikan diri dengan tempat kerja ni.
Sekitar Ogos 2016,
Big boss ada bagitau Nur yang dia akan buka satu lagi cawangan kedai di Taman Ria.
Kiranya dekat sangat la dengan office.
So, dia minta Nur carikan pekerja,
Akhirnya ada sorang budak perempuan ni,
muda 2 tahun dari Nur,
ha dia la kerja dengan Nur. Nur train dia.
sebab big boss nak hantar nur ke cawangan baru katanya.
aleh aleh, hujung bulan october,
ex officemate nur nak resign.
so Nur terpaksa balik office.
ni sekarang ni dia tengah countdown nak tinggal kan office.
Nur plak yang sedih.
huwaaa.
Nur pun nak resign la (Ek?! nak makan apa ? pasir ? )

(to be continued )








Thursday, 22 December 2016

Kisah Kita - Nieyl Feat Sabhi Sadi

Terdiam kamu tanpa bicara
Tak mengulas apa kan terjadi

Membisu aku kerana buntu
Tak dapat ku memutuskan kisah kita

Cinta telah berakhir
Kita tak mampu jadikannya cinta sebenar

Cinta telah berakhir
Kita tak mampu jadikannya cinta sebenar

Semua akan tahu segalanya
Kau dan aku ternyata cuma sebentar

Cinta telah berakhir
Kita tak mampu jadikannya cinta sebenar
Semua akan tahu segalanya
Kau dan aku ternyata cuma sebentar

Cinta telah berakhir
Kita tak mampu jadikannya cinta sebenar
Semua akan tahu segalanya
Kau dan aku ternyata cuma sebentar

Kisah kita ternyata cuma sebentar




Alyah - Sesal Separuh Nyawa

Andai pastinya ku tahu Takkan aku tinggalkanmu Namun masih keliru teringat masa lalu
Tetap tiada ku lupakan Indah setiap sentuhan Cinta yang kau tinggalkan Kekalnya berdampingan Mana harus ku hamparkan Rindu tiada kesudahan Sesal biar separuh nyawa takkan hilang Masih terasa nafasmu Lembut menusuk jiwa ku Dengan dihembus bayu Membawa khabar rindu Tapi sulit ku teruskan Engkau jauh ke hadapan Aku, tabah berjalan sembunyikan harapan Mana harus ku hamparkan Rindu tiada kesudahan Sesal biar separuh nyawa takkan hilang Separuh sayangmu di hati Separuh lagi kau bawa pergi Tiada arah jodoh kita Tuhan tentukannya Mana harus ku hamparkan Rindu tiada kesudahan Sesal biar separuh nyawa takkan hilang Mana harus ku hamparkan Rindu tiada kesudahan Sesal biar separuh nyawa takkan hilang





Tuesday, 20 December 2016

Sesal Separuh Nyawa

Assalamualaikum
Hi hi hi

“ Andai pastinya ku tahu
Takkan aku tinggalkan mu “

Gedebush !!! burung yang terbang tinggi jatuh. Kenapa ? sebab sayap dia tutup telinga dia dengar Nur nyanyi. Tak sedap langsung. Hahaha.

Okay, hanya nak berkongsi satu drama and satu novel. Tajuk dia Sesal Separuh Nyawa. Lakonan Ayda Jebat dengan Aiman Hakim Reza.
Cerita ni dah lama ditayangkan pun. Novel pun dah lama diterbitkan. Tapi Nur baru  baca n baru tengok drama dia. Sebab kes terminat dekat Ayda Jebat since dia berlakon cite Awak Sangat Nakal. Dah terminat tanpa sengaja. Haha. Semua Drama drama dia nur download and tengok balik. Semua nur rasa “ Alaa, ruginya, semua cerita dia best kot. Haha.

Dalam banyak banyak drama, Nur terjatuh cinta dengan drama Sesal Separuh Nyawa ni.
Kenapa ? Sebab banyak pengajaran yang Nur dapat.
Salah satunya, pegangan Agama. Longgarnya pegangan agama rosaklah semua hubungan.
Yang lain lain tuh kena la tgk sendiri.. hehe
Asalnya Nur download jumpa sampai episode 20 je. Dia dah la ada sampai episode 30. Mana  cari lagi 10 episode? Dah la start tengok dah. Jadi mesti kena habiskan. So Nur kuar gak kedai buku cari Novel dia . sanggup kau. Haha. dah lepas beli buku, baru nur jumpa sampai episode 30. Kau Nampak tak ? haha, xpe la. Novel lain cerita lain kan.


Sinopsis

“Awak rasa kita takkan jumpa lagi lepas ni?”- Fara “Kita dah janji kan kita akan jadi kawan sampai bila-bila?” - Razlan  

Pertemuan pertama di padang sekolah ketika berusia 12 tahun telah mengikat Fara dan Razlan dalam satu hubungan dan janji. Malangnya perhubungan baik tersebut tidak disenangi oleh Datin Mona dan Datin Liza disebabkan dendam lama yang disimpan.

Sengaja memisahkan mereka, Datin Liza telah menghantar Fara ke Melaka untuk terus menetap di sana dan ketika itulah bermulanya persahabatan baik antara Fara dan Fendi.    

Setelah sembilan tahun berlalu, Fara dan Razlan dipertemukan semula apabila mereka belajar di satu universiti yang sama di Dublin. Pertemuan yang langsung tidak Razlan sedari sehingga Fara dijadikan sebagai mangsa bulinya.
Fara yang kecewa dengan penerimaan Razlan, membuat keputusan untuk menukar pengajiannya ke Amsterdam dan belajar di sebuah universiti bersama-sama Fendi.  
“Kau masih tak nampak, eh? Kau ni buta sangat ke?”- Fara “Dah malam, gelap. Memanglah susah nak nampak.” - Razlan
“Kau memang dah lupa!” - Fara “Weiii… Ingat kau nangis-nangis ni aku kesah?” - Fara
“Aku kesah sebab ada benda yang tak boleh diganti!” - Fara  
Setelah menyedari siapa Fara sebenarnya, Razlan terus mencari. Bermula dari situ, hubungan mereka kembali bertaut sehingga membibitkan rasa cinta dan menyebabkan Melissa, adik angkat Razlan dan Fendi cemburu.
Dalam diam, berbagai-bagai usaha yang mereka lakukan untuk memastikan Fara dan Razlan berpisah.
Datin Mona dan Datin Liza yang mengetahui tentang perhubungan tersebut tetap menentang keras dan turut melakukan berbagai-bagai usaha untuk memisahkan mereka. Nekad, Fara dan Razlan membuat keputusan untuk berkahwin walaupun keluarga masing-masing membantah.  
Ketika persiapan sedang giat dilakukan dan hanya tinggal tiga hari sahaja lagi majlis pernikahan berlangsung, Razlan menghilangkan diri. Fara kecewa dan lebih mengecewakan lagi apabila dia mengetahui hilangnya Razlan adalah kerana menikahi Melissa, adik angkatnya sendiri.
Akibat luka yang Razlan tinggalkan, Fara terus hanyut dengan dunianya sendiri. Berbagai-bagai perkara yang dilakukan olehnya semakin menghancurkan diri sendiri.
Bimbang dengan keadaan Fara yang sudah tidak mampu dikawal, sekali lagi Datin Liza menghantarnya ke Melaka untuk menguruskan perniagaannya di sana.Setelah dua tahun berlalu, Razlan kembali menuntut janji.
Mampukah Fara menerima huluran tangan Razlan setelah dilukai dan disakiti? Atau dia terus menerima huluran cinta Fendi yang sentiasa ada di sisinya kala susah dan senang?







Fara kat belakang tu ha...



dating kat sekolah :P



Gaduh nak balik Malaysia 

Coverline, tapi ada yang makan hati.. haha

Melisa dan Fara