Tuesday, 20 December 2016

Sesal Separuh Nyawa

Assalamualaikum
Hi hi hi

“ Andai pastinya ku tahu
Takkan aku tinggalkan mu “

Gedebush !!! burung yang terbang tinggi jatuh. Kenapa ? sebab sayap dia tutup telinga dia dengar Nur nyanyi. Tak sedap langsung. Hahaha.

Okay, hanya nak berkongsi satu drama and satu novel. Tajuk dia Sesal Separuh Nyawa. Lakonan Ayda Jebat dengan Aiman Hakim Reza.
Cerita ni dah lama ditayangkan pun. Novel pun dah lama diterbitkan. Tapi Nur baru  baca n baru tengok drama dia. Sebab kes terminat dekat Ayda Jebat since dia berlakon cite Awak Sangat Nakal. Dah terminat tanpa sengaja. Haha. Semua Drama drama dia nur download and tengok balik. Semua nur rasa “ Alaa, ruginya, semua cerita dia best kot. Haha.

Dalam banyak banyak drama, Nur terjatuh cinta dengan drama Sesal Separuh Nyawa ni.
Kenapa ? Sebab banyak pengajaran yang Nur dapat.
Salah satunya, pegangan Agama. Longgarnya pegangan agama rosaklah semua hubungan.
Yang lain lain tuh kena la tgk sendiri.. hehe
Asalnya Nur download jumpa sampai episode 20 je. Dia dah la ada sampai episode 30. Mana  cari lagi 10 episode? Dah la start tengok dah. Jadi mesti kena habiskan. So Nur kuar gak kedai buku cari Novel dia . sanggup kau. Haha. dah lepas beli buku, baru nur jumpa sampai episode 30. Kau Nampak tak ? haha, xpe la. Novel lain cerita lain kan.


Sinopsis

“Awak rasa kita takkan jumpa lagi lepas ni?”- Fara “Kita dah janji kan kita akan jadi kawan sampai bila-bila?” - Razlan  

Pertemuan pertama di padang sekolah ketika berusia 12 tahun telah mengikat Fara dan Razlan dalam satu hubungan dan janji. Malangnya perhubungan baik tersebut tidak disenangi oleh Datin Mona dan Datin Liza disebabkan dendam lama yang disimpan.

Sengaja memisahkan mereka, Datin Liza telah menghantar Fara ke Melaka untuk terus menetap di sana dan ketika itulah bermulanya persahabatan baik antara Fara dan Fendi.    

Setelah sembilan tahun berlalu, Fara dan Razlan dipertemukan semula apabila mereka belajar di satu universiti yang sama di Dublin. Pertemuan yang langsung tidak Razlan sedari sehingga Fara dijadikan sebagai mangsa bulinya.
Fara yang kecewa dengan penerimaan Razlan, membuat keputusan untuk menukar pengajiannya ke Amsterdam dan belajar di sebuah universiti bersama-sama Fendi.  
“Kau masih tak nampak, eh? Kau ni buta sangat ke?”- Fara “Dah malam, gelap. Memanglah susah nak nampak.” - Razlan
“Kau memang dah lupa!” - Fara “Weiii… Ingat kau nangis-nangis ni aku kesah?” - Fara
“Aku kesah sebab ada benda yang tak boleh diganti!” - Fara  
Setelah menyedari siapa Fara sebenarnya, Razlan terus mencari. Bermula dari situ, hubungan mereka kembali bertaut sehingga membibitkan rasa cinta dan menyebabkan Melissa, adik angkat Razlan dan Fendi cemburu.
Dalam diam, berbagai-bagai usaha yang mereka lakukan untuk memastikan Fara dan Razlan berpisah.
Datin Mona dan Datin Liza yang mengetahui tentang perhubungan tersebut tetap menentang keras dan turut melakukan berbagai-bagai usaha untuk memisahkan mereka. Nekad, Fara dan Razlan membuat keputusan untuk berkahwin walaupun keluarga masing-masing membantah.  
Ketika persiapan sedang giat dilakukan dan hanya tinggal tiga hari sahaja lagi majlis pernikahan berlangsung, Razlan menghilangkan diri. Fara kecewa dan lebih mengecewakan lagi apabila dia mengetahui hilangnya Razlan adalah kerana menikahi Melissa, adik angkatnya sendiri.
Akibat luka yang Razlan tinggalkan, Fara terus hanyut dengan dunianya sendiri. Berbagai-bagai perkara yang dilakukan olehnya semakin menghancurkan diri sendiri.
Bimbang dengan keadaan Fara yang sudah tidak mampu dikawal, sekali lagi Datin Liza menghantarnya ke Melaka untuk menguruskan perniagaannya di sana.Setelah dua tahun berlalu, Razlan kembali menuntut janji.
Mampukah Fara menerima huluran tangan Razlan setelah dilukai dan disakiti? Atau dia terus menerima huluran cinta Fendi yang sentiasa ada di sisinya kala susah dan senang?







Fara kat belakang tu ha...



dating kat sekolah :P



Gaduh nak balik Malaysia 

Coverline, tapi ada yang makan hati.. haha

Melisa dan Fara


















































No comments:

Post a Comment