Friday, 18 March 2016

Doraemon - Stand By Me

Sapa otak cartoon ? Haha. Even Nur perempuan and dah berumur 22 tahun. Nur still layan cartoon. Antara cartoon yang Nur tak pernah miss setiap minggu, Doraemon la. Sampai family pun dah bebel. Kalah budak kecik kalau layan cartoon. Alaa, nak buat cmne. Cartoon ni, cute cute saja. Geram tau. 

Okay, nak cerita pasal antara cartoon yang dah buat Nur menitiskan air mata. Hati Nur tisu sikit kalau bab cerita friendship ni. Dulu Nur pernah baca dah komik dia ni. Baca komik dia pun Nur dah nangis. Ni apatah lagi filem kan. Murah je air mata ni even untuk cartoon. Senang gila nak nangis. Haha. Kalau uolls tgk pun, berani kuku la, uolls pun akan nangis. Tapi uolls kena hayati betul betul lah cerita ni. Tak tau la kalau uolls hati batu, tengok cerita ni pun uolls tak nangis. Kalau Nur, tengok beratus kali pun still meleleh je air mata. Haha. 

Sewashi, cucu Nobita di abad 22 merasakan dirinya susah kerana hutang yang dtinggalkan oleh Nobita hingga ke generasinya. Sewashi melihat kemasa lampau kehidupan harian Nobita. Bagi Sewashi, andai Nobita terus terusan begini, Sewashi tidak akan pernah hidup senang. Lalu dia mengutuskan untuk menghantar Doraemon, robot kucing abad ke 22 untuk membantu Nobita dan membuatkan Nobita bahagia. Pada awalnya, Doraemon menolak cadangan Sewashi. Akhirnya Sewashi telah programkan Doraemon tidak dapat pulang ke masa depan sehingga Doraemon mampu membuatkan Nobita bahagia. Akhirnya Doraemon terpaksa akur.

  • Berjayakah misi Doraemon membahagiakan Nobita ?
  • Berjayakah Nobita mengubah masa depannya ?
  • Adakah Doraemon akan pulang ke masa hadapan ?
Uolls rasa ? ( Ceh, acah certa baru. padahal dah lapuk pun )

Apa yang Nur tengok cerita ni. Nur rasa Nobita untung ada sahabat macam Doraemon ni. Nur pun macam nak ada robot kucing macam ni. Hehe. Tapi Nur dah ada pendengar setia pun Nur dah cukup bersyukur. Yang tak pernah jemu dengar masalah Nur sejak bertahun dahulu. Thank You. Syukur Allah pinjamkan dia untuk Nur.





No comments:

Post a Comment