“Nur,
esok u mula kerja di kedai. Tapi kerana minggu ini masih tak cukup. Jadi besok
u datang office pukul 8 pagi, kemudian baru u pergi kedai. Pukul 4 u balik, I
ganti disana. Hari isnin, pukul 9 pagi u pergi kedai terus . “ – Miss Ng
“Nur
dah nak kena kerja kedai dah ke start esok ? “ – Nur
“
Ya, I rasa u lebih sesuai kerja sana. Sini pun u tau kan, kerja tak tetap. tak
ada order, kilang shutdown. Nanti you punya gaji kena potong. Tapi kalau you
tak selesa kerja sana, you bagitau I u tak selesa. Sementara u cuba dulu. “ –
Miss Ng
Apa yang di dengar sekali lalu ja. Huhu. 23.03.2016. genap
la setahun Nur di angkasa unik ni. Tapi tak sampai setahun Nur disini, Nur dah
nak kena tukar.Sejujurnya, Nur dah mulai sayang kilang ni. Selesa kerja sini.
Dengan kawan kawan apa semua. Kat kedai tuh nanti Nur hanya ngadap bos je.
Huhu. Nur paling sayang cuti Nur. Sabtu ahad tuh. Tak tahu cuti dia cmne nanti
kat sana. If diorang decide Nur kerja lapan jam and still dapat cuti macam kilang ni bagus lah. Nur stay je kat sana. Tapi itu semua impossible la. Apa yang nak
dirungutkan kerja sana ? Firstly, dekat sana amat laj jauh dari rumah. Pekan
nu. Nur dah la naik moto. Aish. Kalau g dengan keta. Kena bayar parking. Sana
sunyi. Tapi satu yang Nur suka dekat sana. Masjid yang dekat sangat. Boleh la
Nur solat kat sana. Tak payah nak mencelah solat sana sini macam dekat kilang. Tu
antara kelebihan yang Nur Nampak. Kelebihan yang majikan Nur Nampak, x de
shutdown. Hoho. Tapi kelemahan dia?Nur tak dak kawan la kat sana. Kalau kat
sini Nur boleh kawan dengan kak zatul. Miss Low pun blh jugak. Walaupun
kekadang dia tuh agak annoying. Tapi dy cute and kelakar jugak. Kekadang Nur
gelak sampai sakit perut. Selain Miss Low dengan kak zatul. Geng production pun
tak kalah jugak. Macam Faizal and Uncle Jay la yang paling kelakar dalam
production. Ada je akal diorang. Kak wati, fiqah, uncle weng, ijat, awie and
yazid pun ok je. Senang nak minta tolong apa apa. Dekat sini kami dah macam
satu family dah. Sayang diorang semua sebenarnya. Hmm. Nur mesti akan rindu kat sana. Walaupun kerja
sini pressure. Tapi Nur cuba atasi. Cuba baiki dari hari ke hari. Kekadang tuh
salah kita jugak. And biasa lah, kita kerja dengan orang. So kena akur la
kehendak dengan orang. Doakan Nur kerja sementara je kat sana. Huhu.Tanpa sedar
kan. setension tension Nur kerja sini. Nur susah nak stay lama lama. Tapi Nur
pk nak beli kereta, nak sambung belajar. Nak sambung belajar tuh takkan nak guna
duit parents lagi kot. Bohongla kalau Nur cakap Nur tak teringin nak buat
degree. Ramai yang akan cakap. Masa muda ni la nak belajar. Nanti dah tua susah nak belajar.
Bagi Nur, apay yang dah jadi dekat Nur semua kehendak Allah. Allah tak bagi apa
yang Nur nak sekarang. Tapi Allah apa yang Nur perlukan. Bab nak belajar tuh,
hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Kita ikhtiar cara lain.
Maka esok , bermula lah tugas baru ditempat
baru. Positif je Nur. Jangan fikir negative kat tempat baru tu.Wish me luck. J
No comments:
Post a Comment