Hi hi hi...
Sekian lama Nur tak update blog. Hmm. dah sebulan pun.
Okay, hari ni dah masuk Ramadhan yang ke 27. Tanpa disedari,
ramadhan hampir melabuhkan tirai. Tak dinafikan , timbul sedikit rasa kesal dalam hati kerana tak dapat nak tunaikan apa yang Nur hajatkan sepanjang bulan Ramadhan.
Ramadhan kali ni banyak buat Nur buka mata. Memberi impak yang sungguh besar dalam hidup Nur. yang baik akan Nur sentiasa ingat dan pertingkatkan. Yang buruk ? Of course ada. Jadikan tuh sebagai pengajaran. Apa yang Nur harap. Nur tak dapat ingat apa yang dah jadi dekat Nur. Nur akui, masih fobia dengan ini semua. Tak ada sapa yang memahami apa yang Nur rasa . Betul. Semakin kita meningkat dewasa, kita akan semakin matang. tak perlu nak berkongsi dengan sapa2. Kerna apa ? Kerna manusia tak mampu nak tenangkan kita. tak mampu nak pujuk kita. Tak mampu nak faham kita. Ayat keramat yang selalu manusia guna bila kita down, bila ada bnda buruk jadi dekat kita, ayat ni femes. " huhu, sabar la " , " ujian"
yes. Ujian. jadi kat diorang baru diorang faham.
tak dinafikan, Nur hampir tidak waras, hampir lakukan perkara bodoh bila teringat benda tuh.
Alhamdulillah, masih tersimpan sebesar zarah iman Nur, lalu nur batalkan niat nur.
Kalu Nur tak fikir apa2, entah apa yang jadi dekat Nur kan.
Wow!!!! cabaran di usia Nur 22 tahun. begitu berat. Tapi Nur kena berani sahut.
Dari luah ke manusia. Lebih baik luah pada yang Maha Esa.
Nur sebak memikir semua tuh. Tapi kuatkan diri. Masih ramai yang diuji lagi teruk dari ni.
Tabah la...
(eceyh )
okay, lebih kurang 3 hari lagi kita nak menyambut Syawal. Preparation macam mana? haha. Nur tak da pape preparation. Baju raya pun x de... hamek !!! ralat ke ? tak la.. ramai lagi yang tak bertukar baju raya. contoh terdekat, My dad. :'(. Rasa ayah jarang tukar baju raya. Baju raya anak diutamakan. ya la. Kami bukan orang senang. So this year, nak jadi macam ayah la. Haha. Tak tukar baju raya. Pakai mana yang ada je. Berbelanja ikut kemampuan kan. :)
(melalut banyak )
okay last but not least.
di kesempatan yang ada, Nur dan keluarga menyusun sepuluh jari memohon maaf andai kata kami sekeluarga ada buat salah. Nur minta maaf if ada entry2 Nur sebelum ni ada buat anda2 semua terasa, marah, kecil hati. Maaf ya. Semoga kita dapat bertemu lagi dengan ramadhan yang akan datang.
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN
No comments:
Post a Comment