Assalamualaikum
Hi hi hi...
Sudah terlambatkah Nur nak ucapkan Selamat Hari Raya ?
Ouh, semestinya tidak kan.
Raya kan sebulan...
so, SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI...
MAAF ZAHIR DAN BATIN
Hari ni 11 July 2016 bersamaan 6 Syawal 1437H.
Apa yang nak dikongsikan ni ?
Luahan perasaan ke ?
hmm...
Seminggu bercuti hari raya, hari ni 1st day datang kerja. Perasaan malas tuh tak payah nak cakap la. Dah Nur pun dah tak shat masuk hari keberapa dah ni.
Sakit sakit pun Nur kena jaga orang lain.
Lumrah. Hehe.
Ingin Nur kogsikan pengalaman raya Nur. Namun lebih kepada luhan hati. Nur tak ada sapa2 lagi utk dikongsi.
Hari raya kami x semeriah dulu. Sejak kejadian tuh, keluarga kami berkumpul tak sempurna.
Tak seperti dahulu. Nur kesal. Tahun ni dah masuk tahun ke 5 kami tak sebahagia dulu.
Nur tak tahu nak cakap apa. Nur serba slah actually. Nur tak tahu nak percayakan siapa. Tapi kalau tgk melalui bukti. Cap N & Cap H slah. Tapi Nur tak pasti sama ada mungkin diorg tak salah kan.
Serius nur kata kan, Nur berada ditengah tengah. Dua2 Nur sayang. Tapi Cap N semakin lain. Cap N yang skg bukan lagi Cap N yang dulu. Hidup dy penuh emosi. Dia rasa apa yang dia buat semua betul. Tapi act x. kekadang sampai Nur hampir hilang respect kedia. Nur tak tahu nak wat cmne lagi dgn dia.
Pagi 1 Syawal, Nur dikejutkan dengan satu berita yang begitu memeranjatkan. Dari siapa Nur tahu ? Hmmm.. Dari Cap A. Pagi tuh Nur nangis. Kenapa ? Nur tak sanggup nak hadapi nya lagi. Kenapa Cap N rosakkan kepercayaan Nur kedia ? Nur percaya kan dia 100%. Nur fikir dia berubah sejak hadirnya someone yang special dalam hidup dia. Nur tak nak dy jadi bahan cacian Cap A. kenapa ?
Sebab Nur nak hentikan perbalahan ni, Nur nak semua bersatu, aman damai seperti sebelum ni. Tak faham drama apa lagi yang akan mereka cuba lakonkan lagi. Nur Rindu kemesraan dulu. Namun semuanya musnah sejak kejadian lima tahun yang lalu.
Pada awalnya, Nur fikir Cap N akan berlembut. Namun tekaan Nur meleset sama sekali. Cap N semakin biadap, Ego terlalu tinggi. Entah bila semuanya nak berdamai ? Bila semua nak bersatu ? Nur pun tak tahu. Nur tak mampu nak pujuk kedua dua belah pihak. Sebab Nur tahu Cap N yang salah. Jadi Nur malu nak berdepan dgn Cap A, slowtalk dgn Cap A untuk maafkan Cap N. Nak nasihatkan Cap N ? Hmm, Nur ni siapa pada dia. Nur jauh lebih muda dari dia.Apa2 yang Nur cuba sampaikan pasti sahaja ibarat mencurah air ke daun keladi. Tak da pape pun.
Tapi andai suatu hari nanti Nur dah 'pergi' , apa yang nak inginkan, keluarga NUr bersatu seperti sebelum ni. Nur nak Cap A and Cap N berdamai seperti sebelum ni.
:'(
No comments:
Post a Comment