Friday, 16 November 2018

Bukan Bonda : Kebenaran Terungkai ?

 
Bonda dah dibenarkan pulang. Semua orang mesti lah happy kan. Apatah lagi bonda aku. Aku ?
Happy campur risau. Sebab malam ni kebenaran mungkin akan terungkai.
Sampai di rumah, kami semua berborak macam biasa. Telefon bimbit maksu ku berdering. Maksu terus keluar menjawab panggilan. Selang beberapa minit, maksu masuk semula.

Bonda : Siapa Call ?
Maksu : Kawan aku. Dia nak mai jenguk hang. Dah aku gitau dia hang sakit
Bonda : isk la. baguih noh kawan hang. Adik, ada tetamu nak mai. Sediakan apa yang patut.
Aku : Baik .

Maksu pandang aku sambil menggeleng kepala. Fahamlah aku siapa tetamu yang maksu ku maksudkan.

Selepas beberapa minit, sebuah kereta Myvi bewarna kuning, berhenti di hadapan rumah aku.

Ustazah Hanum : Assalamualaikum
Bonda : Waalaikumussalam. Masuklah

Mereka masuk dan bersalaman dengan semua penghuni di rumah ni. Bonda aku seperti biasa tidak menyambut huluran salam sesiapa pun. Aku lihat mata bonda meliar ke sana sini.

Ustazah : Sihat ?
Soal ustazah dengan senyuman

Bonda : hmm.. macam ni la. Baru keluar  hospital. Letih sikit la. Minta maaf la noh. Nak tidur. Mengantuk sangat ni.

Ustazah hanya tersenyum .  Bonda aku tanpa segan silu terus baring di ruang tamu. Sambil berdengkur seperti yang dibuat buat. Sambil berdengkur sambil bonda gelak. Ustazah memulakan rawatan. Mulut ustazah terkumat kamit membaca sesuatu yang aku kira potongan potongan ayat suci Al Quran. Pintu rumah dibuka seluas luasnya. Pintu dapur pun dibuka.
Kami semua dikehendaki berkumpul di satu tempat dan laluan utama tidak dihalang. Bukan apa. Ustazah kata, mudah ‘benda’ tu nak keluar. Bonda tidak sedarkan diri. Ustazah Hanum memulakan proses merawat bonda ku. Ustazah membaca beberapa potong ayat suci Al Quran bersama sebotol air ditangan. Air yang siap dibaca dengan ayat suci Al Quran disapu ke muka bonda. Selepas beberapa minit, bonda bangun dan menggelupur sambil terjerit. Sebelum itu, ustazah dah pesan. Siap sedia dan pegang tangan serta kaki bonda kuat kuat. Bonda akan mengamuk. Tapi betapa kuatnya ‘benda’ tu, 8 orang lelaki yang berbadan sasa cekam dia pun, boleh terlepas sikit. Sampai ada yang kena penumbuk. Sayu hati lihat keadaan bonda macam tu. Maka soal jawab antara Ustazah Hanum dan ‘benda’ tu pun berlaku.

Ustazah : hang dari mana ni ?
‘bonda’ : ( hanya merengus kasar )
Ustazah : hang buat apa dalam dia ni
‘ bonda ‘ : ni tempat aku ( dengan suara yang garau )
Ustazah : jangan kacau dia. Keluar dari badan dia sekarang
‘bonda’ : tak boleh. Ni tempat aku. Jangan kacau.

Ustazah membaca membaca beberapa potong ayat suci Al Quran Sambil menggenggam  jari jemari ‘bonda’ ku.  Tidak semena mena ‘bonda’ menjerit.

‘Bonda’ : sakit lah perempuan. Hang buat apa kacau aku. Aku tak kacau hang pun
Ustazah : kalau tak mau sakit, hang keluar sekarang. Nak keluar ka tak mau ?
‘Bonda ‘ : Okay. Aku keluar. Jangan buat aku. Aku sakit.

Hampir satu jam ‘bonda’ dan ustazah bertarung. Akhirnya bonda pitam. Kata ustazah, ‘ benda’ tu ada di jari-jari dia. Sebab tu bila kita pegang jari dia, dia sakit.

Kami kira semuanya dah selamat. Tapi sebenarnya belum lagi.  Semasa kami berbual dengan ustazah bertanyakan itu ini pada ustazah, tiba tiba ustazah diam dan bangun menuju ke bilik kak Nisa. Ustazah senyum.

Ustazah : Qaynisa, Qaynisa tidur ada rasa sesuatu tak ? Mimpi pelik pelik ke ?
Kak Nisa : Mimpi pelik tu ada la. Kenapa ustazah ?
Ustazah : Bilik Qaynisa ni, ada hantu raya.
Kak Nisa : Serius ustazah ?
Ustazah : Betul sayang. Qaynisa punya belaan ke ?
Kak Nisa : Mana ada ustazah. Boleh halau ke tak ?
Ustazah : In Shaa Allah boleh.

Kak Nisa dah pucat mukanya. Kalau toreh muka dia tu memang sah la satu titik darah pun x keluar . Ustazah pandang sekeliling bilik Kak Nisa sambil membaca sesuatu. Dalam beberapa minit aku lihat ustazah seperti memasukkan sesuatu kedalam botol kosong yang aku beri pada dia tadi.

Ustazah : Alhamdulillah. ‘Benda’ tu dah taka da. Qaysara, tahu tak bilik Qaysara pun ada ?
Aku : Hah ? Bilik Ara ada hantu raya juga ke ?
Ustazah tersenyum dan menjawab.
‘’ Tak. Bilik Qaysara bukan ada hantu raya. Tapi ada ‘harimau akar’.Pernah tak ada  dengar macam kucing cakar cakar perabot bilik Qaysara ?’’.

Aku terdiam sejenak memikirkan sesuatu. Kemudian baru aku teringat yang beberapa bulan yang lalu. Bonda pernah bagitau aku yang dia terdengar macam ada benda cakar perabot bilik aku. Aku sangkalkan dan katakan itu kucing aku punya kerja. Beria ria bonda bagitau yang semua kucing aku dalam sangkar. Aku memang jenis tak percaya. Sebab bagi aku tak logic. Mana ada hantu siang siang. Pukul 4.30 petang pulak tuh. Bonda aku bagitau yang dia dengar bunyi tu tatkala langit tengah mendung nak hujan. Lepas azan solat asar. Baru benda tu berhenti bunyi.Lepas azan asar, bonda bukak pintu bilik aku. Bilik aku dalam keadaan rapi seperti sedia kala. Haha. walaupun aku tak percaya yang ada entiti asing dalam bilik aku,m alam tuh aku tidur dengan ayat ruqyah terpasang la juga sampai ke pagi. Haha. Dia acah percaya dengan tak percaya ja sebenarnya. Selain Bonda, Alaina pernah jugak bagitau yang ada sesuatu dekat belakang pintu bilik aku.Tapi aku jenis malas nak percaya.
Jadi bila ustazah kata ada benda dalam bilik aku, mula rasa berdiri bulu roma. Entah berapa lama aku dengan ‘harimau akar’ tuh berkongsi bilik.Ustazah pun halau benda tuh guna kaedah yang sama macam dia lakukan di bilik kak Nisa tadi . Ustazah masuk bilik bonda aku, ustazah cakap, bilik bonda tak ada apa apa. Bersih.
Lepas tu, ustazah mengorak langkah menuju ke dapur. Haha. Yang ni aku rasa macam seram sikit la. Sesampai saja kat dapur, ustazah senyum and tanya

Ustazah : Qaynisa, jujur ustazah tanya. Family ni ada membela ke ?
Kak Nisa : Tak ada ustazah. Kenapa ?
Ustazah : Ni. Ada perempuan tua. Nenek kebayan dekat peti sejuk tu. Nampak macam dia dah lama bertapak kat sini. Bukan Family ni punya ke ?
Kak Nisa : Tak ada ustazah. Memang tak membela apa apa pun.
Ustazah : banyak juga ‘benda’ ni bertapak dalam rumah Qaynisa ni. Dekat ampaian baju tu ada sekor. Tapi yang tuh bertuan. Ada orang dari lorong sini jugak yang membela. Depan rumah bawah pokok nangka tu pun ada sekor. Tak apa la. Ustazah buang yang ‘nenek’ ni punya ye.

Tak sangka lak banyak pulak ‘benda’ ni dalam rumah aku. Dah macam sarang diorang pulak. Patut la kadang kadang aku raa macam ada benda yang perhatikan aku kalau aku cuci pinggan lewat-lewat malam. Selalu aku sangkalkan ja. Tak sangka rupanya ‘benda’ tu.
Lepas ustazah halau nenek kebaya dekat dapur,kami berkumpul di ruang tamu dan berborak. Semua dah sangka yang semua dah selamat. Sebenarnya tak lagi. Masa kami dok borak borak tu, aku terperasan yang bonda lain macam. Meratib macam orang dok mengaji tu. Aku cuit kak Nisa and tanya. Ustazah pun perasan. Ustazah cuba pegang kepala bonda. Tapi bonda tepis kasar tangan ustazah  dan berdengus.

Ustazah : laa… ada lagi ka ?
‘Bonda’ : Aku nak p mana ? dah ni memang tempat aku.
Ustazah : Balik pada tuan hang la.
‘Bonda’ : Tuan aku tak mau aku. Dia suruh aku duduk sini.
Ustazah : Kalau hang tak mau sakit, hang keluar sekarang.
‘Bonda’ : Aku tak ada tempat. Sini tempat aku.

Ustazah diam sejenak seperti mencari sesuatu. Tiba tiba ustazah bersuara.
“ Sesiapa dekat sini tolong berdiri menghadap kiblat dan azan”.
Abah aku melaungkan azan. Semasa azan dilaungkan, sekali lagi bonda dan ustazah bergelut.  Semasa proses merawat ni,‘ bonda’ menjerit.
‘Bonda’ : Aku panas!!!!! Aku Sakit!!!!
Ustazah : Kalau tak mau sakit, hang keluar.
‘Bonda’ : Aku tak mau !!!!

Dada bonda ditekan dan tumbuk oleh ustazah. Sebab ‘benda’ tu degil and tak mau keluar. Aku yang tengok bonda meraung menjerit, aku tak sampai hati. Hampir saja aku halang apa ustazah buat. Aku tak sanggup tengok dia sakit. Setelah setengah jam ustazah dan bonda bergelut.
“ jangan buat lagi. Aku keluar”. Kata bonda.
Akhirnya bonda pengsan.
“Sesiapa kat sini yang boleh baca yassin, tolong baca. Jangan berhenti”. Kata ustazah dengan sebak dan air mata ustzah pun mengalir.

Ustazah menarik aku dan kak Nisa ke dapur.
Ustazah : Qaynisa, Qaysara. Bonda mungkin dah tak lama. ‘Benda’ tuh dah lama bertapak dalam badan bonda . Kes bonda ni, ada dua sebab. Sebab pertama, Saka. Bonda mungkin ada terima apa apa barang dari seseorang dan simpan. Sekarang bonda dah jadi tuan dia tanpa bonda sedar. Yang kedua, hasad dengki. Ada orang hantar santau dekat bonda. Dan minta maaf ustazah nak cakap. Yang hantar benda ni, adik beradik awak berdua sendiri. Dia iri dengan bonda. Depan bonda dia senyum. Belakang bonda dia buat benda macam ni dekat bonda.
Kak Nisa : Siapa ?
Ustazah : ustazah rasa Qaynisa tahu siapa orang dia. Dia dengki sebab orang orang yang dia sayang, rapat dengan bonda.
Kak Nisa : Ya. Nisa tahu.

Kak Nisa tahu ? siapa dia ? Aku tak pasti.

Malam tu semua orang mengelilingi bonda. Bonda dah sedar tapi tidak terdaya. Bonda memanggilaku dan Kak Nisa dan berkata sesuatu. Dengan suara yang sangat perlahan.

Bonda : Qaysara, Qaynisa. Bonda sayang awak berdua. Kalau bonda tak ada. Jangan gaduh. Qaynisa, jaga adik baik baik. Kalau Qaynisa kahwin sekali pun. Jaga adik. Sayang Adik. Jaga adik untuk bonda ya. Bonda nak jalan jauh ni.
Kak Nisa : Nisa jaga adik. Bonda jangan risau. Bonda tak pergi jauh. Bonda kena ada dengan kami.
Aku terdiam seribu bahasa. Aku akan kehilangan bonda ke malam ni ? Tak !!! benda ni tak akan berlaku.  Dan tak boleh berlaku. Kami semua tidur mengelilingi bonda.

Keesokkan pagi, semua bangun check, bonda bernafas ke tak lagi. Alhamdulillah, umur bonda dipanjangkan lagi. Kak Nisa bekerja seperti biasa.
 Tepat pukul 10.30, kaum muslimat mengelilingi bonda. Bacaan yassin dimulakan. Bonda hanya mampu baring dan tak boleh bergerak. Aku lihat air mata bonda mengalir disaat yassin dibacakan.

Pukul 11.30,aku menerima panggilan dari Kak Nisa.
Kak Nisa : Ara, kejap lagi, Nek kiah nak pergi rumah. Ara jangan jauh dari bonda ya ?
Aku : Kenapa pulak ?
Kak Nisa : Jangan banyak soal. Ikut cakap Kak Nisa . Araa jangan jauh dari bonda. Jangan bagi dia dekat dengan bonda. Genggang tangan bonda sambil bacakan yassin.
Aku : Dengan Araa pun nak berahsia. Okey la. Assalamualaikum

Aku menamatkan panggilan. Sejenak aku terfikir. Adakah ini semua angkara Nek Kiah ? Tapi kenapa ? Nek Kiah dengan bonda kan baik. Tak kan Nek Kiah yang punya angkara ? 




Thursday, 15 November 2018

Bukan Bonda : Pengalaman Alaina


Aku menerima khabar dari Araa yang bonda admit ward. Aku pun tak pasti kenapa bonda di masukkan ke hospital kerana Araa belum memaklumkan lagi kepada aku.
 Sesampai aku di depan ward bilik Bonda, aku berdebar. Terasa ada yang memerhati. Aku tak jadi melangkah ke bilik. Lantas aku mengeluarkan telefon bimbit dan cuba menghubungi Araa.

“ hah ! buat apa tuh ? “. Sergah Araa dari belakang.
“ Assalamualaikum Qaysara. Jangan sergah selalu. Bagi la salam dulu “, ucap ku lembut.
“ hee, Waalaikumussalam Alaina.Maaf buat awak terkejut.  Apa yang awak tercegat dekat pintu ni. Jom la masuk. Bonda mesti suka jumpa awak. Sebab awak dah lama tak datang jumpa dia ”.

Araa. Sentiasa happy walau jauh disudut hati dia siapa tahu apa yang dia rasa. Kami masuk ke bilik bonda. Setapak kaki aku melangkah, aku berdebar. Isk. Dah kenapa perlu ada rasa macam ni.

“ Assalamualaikum Bonda “. Serentak kami berdua memberi salam.
“ Waalaikumussalam”. Maksu dan kak Nisa menjawab salam.

Aku atur langkah untuk bersalaman.Aku hulur tangan nak bersalaman dengan bonda. Bonda tidak menyambut huluran ku malah bonda menggeleng kepala. Aku tersentak. Cepat cepat Araa berbisik pada ku “Awak, tangan bonda sakit. Tak boleh sentuh “. Aku hanya mengangguk.

Kami mula berborak. Tapi aku perasan, setiap kali aku pandang bonda. Bonda cuba mengelak dari bertentang mata dengan aku. Araa ada pernah bagitau aku yang sekarang bonda tak boleh bercakap. Hanya berbunyi “hmmm” sahaja.  Oleh sebab tuh Bonda tak bersuara dan  hanya mendengar perbualan kami dan senyum. Apa yang aku pelik dengan bonda hari ni. Bonda tak sepeti yang selalu aku lihat. Air muka bonda pun dah berubah. Gerak hati aku mengatakan yang ini bukan bonda. Berborak punya berborak, guard dah datang ke ward menandakan  tamat sudah waktu melawat. Sebelum semua pulang, dengan tidak semena mena bonda bersuara.

Bonda : Adik, tidur dengan siapa malam ni ? Kak Nisa kan tidur sini. Takkan adik Tidur sorang ?
Araa : Sorang la kot.
Bonda : Alaina, tolong teman Araa tidur boleh ? Kesian dia tidur sorang
Alaina : In shaa Allah bonda. Aina temankan. Araa, saya balik dengan awak la ye. Tadi saya datang naik grab je.
Araa : Boleh je.

Kami semua bersalaman. Seperti tadi jugak, Bonda mengelak untuk berjabat tangan dengan kami semua. Sebelum kami keluar, aku sedikit terperanjat bila mana aku melihat yang sedang duduk diatas katil tuh bukan bonda yang selalu aku nampak.Tapi  apa yang aku nampak, seorang wanita tua yang dah uzur. Bonda senyum padaku yang aku boleh dikatakan senyuman misteri la. Ada sesuatu yang tak kena yang berlaku dalam family Qaysara ni. Tak apa Araa. Malam ni Aina teman awak. Kita tengok apa yang dah jadi. Cepat-cepat aku keluarkan telefon bimbit aku untuk meminta keizinan umi.

Aku : Assalamualaikum Umi!  Aina tak boleh rumah tau malam ni. Aina bermalam di rumah Araa. Bonda admit ward . Tak da yang teman dia
Umi : Waalaikumussalam. Ha ye la. Baik baik awak berdua tu. Kalau ada apa apa, call umi ye.

Sepanjang perjalan, kami hanya berbual kosong. Tapi hati aku masih berdebar . Atas sebab apa, aku tak pasti. Sesampai ja kami di rumah Araa,terasa Seperti ada  yang memandang kami.

“ Bismillahhirohmanirrohim. Assalamualaikum “. Serentak kami berdua memberi salam dan melangkah masuk. Entah kenapa terasa bulu roma berdiri. Seperti ada ‘benda’ dalam rumah ni.

Setelah kami selesai membersihkan diri dan solat isyak. Araa mengemas tempat tidur untuk kami berdua.

Aku : Araa, dah nak tidur ke ? kita borak dulu nak ?
Araa : Mungkin dah nak tidur , mungkin belum jugak. Kenapa ? nak layan movie ka ?
Aku : Tak la. Saya nak baca buku buku awak tuh. Boleh pinjam ?
Araa : boleh ja.

Sambil aku membaca novel, sambil kami berborak. Tiba tiba terdengar pintu rumah di goncang macam ada yang nak pecah masuk. Aku pandang Araa.

“ Tak ada apa awak. Kucing Araa tu nak masuk “. Jawab Araa Slumber. Haha. Kononnya cool la tuh. Nak sedapkan hati kita. Araa Araa. Nak sedapkan hati pun, fikir logic. Kucing awak yang satu tidur sebelah awak. Yang lagi 4 kan dah kurung dalam sangkar. Kucing apanya. Aku hanya senyum . Aku berhenti baca novel dan sambung berborak dengan Araa. Dalam hati, aku membaca beberapa potong ayat Al Quran yang Pernah walid ajarkan kepada aku dulu sebagai pelindung diri. Selang beberapa minit, terdengar macam ada orang sedang berkemas dekat dapur.  Sekali lagi Araa jawab “ Kucing tu “. Sah. Itu bukan kucing Araa. Tu ‘ benda’ lain.Kami sambung berborak sampai Araa terlena. Aku ? Susah aku nak lelapkan mata kalau ada benda yang tak kena disekeliling aku ni.

Aku terus menyambung baca novel. Tiba tiba aku terdengar, ada tapak kaki berjalan menuju ke dapur. Aku abaikan. Aku sambung membaca novel. Jam dinding aku perhatikan. Oh! 12.30 malam. Patut la. Waktu ‘dia’ time macam ni. Aku abaikan bunyi dia.

Pukul 1.00 pagi, perut rasa memulas pula.  Waktu waktu gini la yang dia nak buat hal pun perut ni.
Niat di hati nak kejutkan Qaysara. Tapi nyenyak pulak budak ni tidur. Tak gamak nak ganggu lena dia. Mesti dia letih. Aku beranikan diri untuk ke toilet. Semua lampu dalam rumah aku nyalakan.  Sekali lagi aku dengar ada bunyi dekat dapur. Macam ada orang tengah mengemas kat dapur tu. Aku yang nak memerut tadi pun tak jadi.Terus aku menapak ke dapur. Kuat hati aku mengatakan yang ‘benda’  tu ada dekat dapur. Setapak demi setapak aku mengatur langkah ke dapur. Suis lampu dapur aku bukak. Dan ya ! tak ada sesiapa pun. Tapi apa yang aku nampak, dapur berselerak, paip air dekat sink tu pun terbuka.  Sedangkan sebelum tidur aku dan Araa dah kemas pun semuanya.  Aku pun kemas semula barang yang bersepah. Tong air yang jatuh pun aku dah angkat dan lap balik lantai sampai kering. Setelah aku pastikan semua dalam keadaan kemas dan bersih, aku mengatur langkah ke bilik tidur.

Pukul 3.00 pagi, aku masih tak dapat nak lelapkan mata aku. Terasa ada yang memerhati. Hati aku terasa berdebar. Aku berzikir dan beberapa potong ayat suci Al Quran aku alunkan untuk hilangkan rasa berdebar dihati.
Tiba tiba , “ prank !!!!! “ Bunyi kaca jatuh. Ha sudah. Dia buat hal lagi. Tak cukup dengan tu, bunyi macam ada tong air jatuh. Aku memandang Araa di sebelah. Tak sedar ke dia ni. Sebab bunyi kuat macam ni. Tidur mati ke? Lepas tu aku baru teringat yang si Araa ni tidur memang tak kan dengar bunyi apa dah. Sebab dia ni kalau tidur, memang jenis sumbat telinga dia dengan Ear Phone. Bunyi bom meletop pun belum tentu dia dengar.
Dah macam macam aku dengar dia bunyi. Aku pun dah malas nak ambil tahu sangat. Aku terus berzikir dan ‘dia’ masih buat kacau dekat dapur. Pintu bilik tidur ni pun, ada bunyi orang tolak nak masuk tapi tak boleh. Aku abaikan.

Pukul 5.00 pagi, sayup sayup aku dengar orang masjid dah mula baca mengaji. Bunyi bunyi yang mengganggu aku tadi, dah tak ada. Aku ke bilik air, bersihkan diri dan berwuduk. Aku menunggu Qaysara di sejadah. Pukul 5.45 azan subuh berkumandang. Araa bangun dari tidur terus dia menapak ke bilik air untuk mandi dan berwudu’. Kami solat bersama. Selesai solat. Aku baru rasa nak tidur. Baru rasa mengantuk. Aku terus tidur dan Araa terus ke dapur.

Pukul 8.30 Araa kejutkan aku. “Awak, bangun lah.Sarapan jom. Kejap lagi ada nak pergi hospital kan”, dengan malas aku bangun ke bilik air dan cuci muka. Sampai di meja makan, dah siap terhidang nasi lemak dan teh o lemon. Sambil sarapan, kami berborak.

Araa : Awak, lepas makan kita ke hospital okay, hantar breakfast dekat bonda and kak nisa
Aku : boleh ja.
Araa : Awak tahu tak, tadikan masa Araa masuk dapur, dapur ni bersepah tau. Dengan tong air jatuh. Habis penuh air kat dapur. Pinggan dengan gelas pun pecah.
Aku : Bersepah ? tapi kita dah kemas kan sebelum tidur ? ( saja aku nak uji Araa )
Araa : ye la kita dah kemas. Kan Araa dah cakap kucing gaduh semalam. Tu yang bersepah.
Aku : Tapi Araa lupa ke yang semalam Araa dah kurung semua kucing Araa ?

Araa terdiam. Seperti memikirkan sesuatu. Perbualan kami terhenti dengan soalan aku tu. Lepas kami selesai makan, terus kami ke hospital. Hantar makanan.Yang aku pasti, memang rumah Araa ada 'dia'. 'Dia' yang aku nampak di hospital. 







Tuesday, 13 November 2018

Bukan Bonda : Pengalaman Qaysara ( Part 1 )


Apa yang berlaku  beberapa bulan yang lalu sungguh tidak terduga. Sebelum ini aku sangka semua ini tak pernah wujud di alam nyata. Hanya hiburan semata mata. Setelah apa yang terjadi kepada aku serta keluarga aku tempoh hari, aku mula percaya tentang ‘kewujudannya’ di di alam ini.

Aku Qaysara. Seorang gadis yang tinggal di Bandar bersama seorang kakak dan seorang ibu saudara yang aku memanggilnya sebagai Bonda.  Bonda , seorang wanita berusian 40-an dan masih belum berkahwin. Kami adik beradik sememangnya akrab dengan bonda. Laporan kesihatan bonda sangat tidak memuaskan. Dia pengidap penyakit buah pinggang, kencing manis dan Pulmonary Embolism ( saluran paru paru tersekat dengan gumpalan darah beku). Ibu serta abah aku tinggal di kampung. Aku dan kakak aku berhijrah ke Bandar kerana mudah dan senang untuk kami ke tempat kerja disamping menajaga bonda aku yang sakit. Bonda aku tidak berkahwin. Jadi kami berdua diibaratkan sebagai anak-anaknya.

Alkisahnya bermula, pada bulan Ramadhan yang lalu, bonda kerap sakit. Kerap demam. Pergi jumpa doctor , doctor cakap tak da apa apa pun. Jantung dalam keadaan yang  elok. Setiap kali berjumpa doctor,dia tak demam. Balik rumah, demam. Jadi mak aku pun ikhtiar, ambil ‘air tawar’ dekat orang yang lebih ariff tentang hal macam ni (aku bagi nama dia Mak Senah la ye). Mak aku pun cerita la dekat Mak Senah apa jadi. Mak Senah minta mak datang jumpa dia.Tapi Bonda aku menolak untuk berjumpa Mak Senah.Katanya dia dalam keadaan sihat.. Dia minum ‘air tawar’ tu nanti baik la. Bonda aku akan okay setiap kali dia minum air tu ja. Kalau tak minum , dia demam teruk.  Oh ya, Mak aku lepas pergi jumpa Mak Senah ambil ‘air tawar’, kaki mak aku lebam lebam and bengkak. Mak aku ada cakap dengan kami, yang Mak Senah bagitau dia, Bonda aku berkemungkinan kena santau, ada benda menumpang, atau ada saka. So ‘ benda tuh’ tengah kacau Bonda aku sekarang ni. Aku tak percayakan mak aku sebab bagi aku benda ni mengarut . Guys, benda jadi masa bulan puasa. So aku bertekak la dengan mak aku  yang mana ada hantu time bulan puasa. Kan semua dah kena ikat. Tapi mak aku diam ja, sebab dia malas nak bertekak dengan aku. Haha. Bila mak aku cerita , aku dengar je, tapi langsung tak percaya. Sepanjang bulan puasa tu, semua orang dalam rumah tu asyik tak sihat. Ada ja yang tak kena dengan diorang. Kecuali aku. Dalam mimpi diorang nampak macam-macam. Yang paling teruk kena, kakak aku dengan mak aku. Mak aku asyik demam, bengkak kaki yang tetiba tak ada sebab. Kakak aku pun alami benda yang sama. Aku ? Alhamdulillah, sepanjang diorang sakit tu, aku tak ada apa apa. Sihat Alhamdulillah.
Benda ni berlarutan sampai ke 29 Ramadhan. Haha. Kali ni aku pulak yang demam. Haha. orang raya, aku demam sampai tak bangun 3 hari jugak la. Yang lain dah sihat. Aku pulak yang demam. And Bonda aku ? Ya. Dia masih demam. Kiranya selama sebulan ni dia memang demam. Tak baik langsung.

Cuti raya tamat. 27 Ogos 2018, aku dan kakak aku mula bekerja seperti biasa. Sekitar  pukul 3 petang macam tuh, kakak aku call, yang Bonda aku sekarang dekat Hospital.  Elok elok kakak aku sampai rumah, dia Nampak Bonda aku dah nangis. Sebab tangan dia tak boleh gerak and sakit kalau ada orang sentuh.  Bawak p hospital pun, doctor tak tahu apa yang x kena. Doctor pelik, sebab jantung , paru paru semua okay. Semua doctor pakar check tengok tak da masalah. Pakar tulang, pakar jantung. Semua kata Bonda aku dalam keadaan yang sangat sihat. Tapi diorang tak tahu kenapa dia jadi macam ni.
Aku sampai hospital, macam biasa aku hulur tangan nak salam, dia macam berdengus marah tak nak. Dia dah tak boleh cakap. Yang dia tahu , Cuma bunyi “ herggh… hmmm “ itu saja. Sebak jugak rasa, sebab pagi sebelum aku p kerja, dia siapkan bekal tengah hari untuk aku, pesan itu pesan ini. Elok petang, dia dah jadi macam ni.  Malam tu , Bonda aku kena admit ward. So tinggal aku sorang ja la kat rumah. So aku ajak kawan baik aku, Alaina. Dia ni ayah dia ustaz. Ada pondok  sendiri. Kira Alaina ni budak pondok la. Malam pukul 10 macam tu, aku g ambil Alaina di rumah dia. Beli makan apa semua. Kami balik rumah. Sesampai ja kami kat rumah Alaina diam ja masuk tu. Aku tegur kenapa? Baru dia ajak berborak. Kami pun berborak la sementara mata nak pejam. Elok ja kami berborak, dengar macam ada orang tolak pintu rumah aku. Tapi tak boleh. Sebab berkunci. Kami berdua saling berpandangan. Aku cakap Alaina. “ Tak da apa awak. Kucing Araa tu nak masuk “.Husnuzon. Padahal kepala otak fikir perompak semua ada.  Alaina senyum saja. Kami pun sambung  borak lagi. Kali ni , bunyi ada benda jatuh kat dapur. Memang kuat . Sekali lagi aku cakap, “ kucing tu “. Borak punya borak, akhirnya aku pun terlelap. 
Aku terjaga bila azan subuh berkumandang. Niat di hati nak kejutkan Alaina. Tapi aku Nampak Alaina siap bertelekung sambil senyum menunggu aku atas sejadah. Aku ke toilet mandi and berwuduk . Kami solat subuh sekali. Lepas solat , Alaina nak tidur. Sebab dia cakap semalam dia tak tidur. So aku tak fikir apa apa. Aku terus ke dapur nak siapkan sarapan. Elok sampai ke dapur, aku perasan lantai dapur , basah. Tong air minuman jatuh. Dalam hati aku berbisik “ gaduh sakan kucing kucing aku ni “. Aku pun mulakan tugas aku masak nasi lemak. Lepas siapkan sarapan, aku ke hospital hantar sarapan untuk kakak aku dan Bonda aku. Saja aku bawak lebih nasi lemak tu. Boleh dikatakan sesuai untuk 4-5 orang makan.Masa aku hantar sarapan tuh dalam pukul 8.30 pagi. Elok aku sampai kat rumah, dalam pukul 9 macam tu, kakak aku call aku suruh hantar nasi lemak lagi. Sebab dia cakap , Bonda aku nak lagi. Dia makan sorang dia saja. Kakak aku minta dia tak bagi ( Masa ni Bonda aku dah start boleh cakap dah). Aku agak terkejut la sebab setengah periuk nasi aku bagi dekat diorang, yang boleh makan 4-5 orang, Bonda aku sorang ja habiskan nasi tu.
Dalam pukul 10 macam tu aku p hospital balik hantar nasi lemak lagi. Elok aku masuk ja dekat ward tu. Bonda aku kata. “ Ha tu, sampai dah. Adik, bawak nasi tak ? Bonda lapar. Kakak tak bagi Bonda makan “ . Aku senyum sambil hulur bekal. Bonda aku makan dengan gelojohnya. Kakak aku usik nak ambil nasi tu sikit. Dia cekam tangan kakak aku sambil mengerang marah. Tak bagi kakak aku makan. Aku tengok dia pelik dan dengan perasaan penuh tanda tanya. “ kenapa dia macam ni ? “. Tapi aku pandang reaksi kakak aku biasa saja.
Selang beberapa minit. Maksu aku msuk ke dalam bilik ward tu. Bonda aku bersuara “ hang mai buat apa? Aku tak suka hang mai. Hang nak kacau aku kan ? aku panas ni . Adik halau perempuan ni keluar.
Aku pandang mak su aku dengan penuh tanda tanya. Mak su aku tarik aku keluar dari ward.

            Mak Su : Ara, tu bukan Bonda .
            Aku : Maksud mak su?
Mak Su : Mak su pelik dengan perangai Bonda, jadi maksu jumpa orang yang pandai dalam hal ni. Orang kampong maksu. Dia bagi air yang dia dah di bacakan ayat al quran ni. Mak su bagi dia minum , dan sapu ke muka dia sambil selawat. Tahu apa jadi ? Bonda mengamuk. Katil tuh bergoyang macam nak patah. Lepas pada tu dia memang tak mau jumpa maksu langsung. Setiap kali dia jumpa maksu, dia akan maki maksu. Maksu nak bawak dia berubat boleh ?
Aku : bawak la maksu. Dia pun kakak maksu.

Sejujurnya aku pun tak percaya yang benda ni boleh jadi dalam family aku. Petang tu, nurse masuk bilik Bonda aku dan cakap, Bonda aku boleh discaj dah. Sebab Bonda aku sihat. Tak ada laporan yang menyatakan Bonda aku sakit. Semua happy yang dia dah boleh discaj. Apatah lagi maksu aku. Sebab dia tak sabar nak bawak Bonda aku berubat. Sebelum discaj, biasa la. perempuan. Mesti ada nak berwefie bagai. Kononnya nak nak record semua kenangan dengan family saat happy. Aku pun ajak semua berwefie. Bonda aku pun aku ajak dia berwefie sekali. Lepas berwefie semua. Aku tengok balik gambar yang aku ambik tu. Lepas aku tengok ja gambar tu, berdiri bulu roma aku. Tau kenapa ? hmm.. sebab yang ada dalam gambar tuh, bukan Bonda aku. Tapi Nampak seraut wajah orang tua yang dah uzur. Sambil senyum. Dan senyuman dia tuh sesuatu sangat. Aku diam. Aku tak tunjuk dekat sesiapa pun gambar tuh. Aku pandang Bonda aku. Dia senyum dekat aku. Bukan senyum biasa wei. Senyum ada makna. Senyum senyum misteri campur seram gitu. Aku pun senyum kekok dekat dia. Dia angguk ja dan senyum lagi dan terus berlalu ke toilet nak tukar baju. Aku ? Terdiam tak terkata apa.