Apa yang berlaku
beberapa bulan yang lalu sungguh tidak terduga. Sebelum ini aku sangka
semua ini tak pernah wujud di alam nyata. Hanya hiburan semata mata. Setelah
apa yang terjadi kepada aku serta keluarga aku tempoh hari, aku mula percaya
tentang ‘kewujudannya’ di di alam ini.
Aku Qaysara. Seorang gadis yang tinggal di Bandar
bersama seorang kakak dan seorang ibu saudara yang aku memanggilnya sebagai
Bonda. Bonda , seorang wanita berusian
40-an dan masih belum berkahwin. Kami adik beradik sememangnya akrab dengan
bonda. Laporan kesihatan bonda sangat tidak memuaskan. Dia pengidap penyakit
buah pinggang, kencing manis dan Pulmonary Embolism ( saluran paru paru tersekat
dengan gumpalan darah beku). Ibu serta abah aku tinggal di kampung. Aku dan
kakak aku berhijrah ke Bandar kerana mudah dan senang untuk kami ke tempat
kerja disamping menajaga bonda aku yang sakit. Bonda aku tidak berkahwin. Jadi kami
berdua diibaratkan sebagai anak-anaknya.
Alkisahnya bermula, pada bulan Ramadhan yang lalu, bonda
kerap sakit. Kerap demam. Pergi jumpa doctor , doctor cakap tak da apa apa pun.
Jantung dalam keadaan yang elok. Setiap
kali berjumpa doctor,dia tak demam. Balik rumah, demam. Jadi mak aku pun
ikhtiar, ambil ‘air tawar’ dekat orang yang lebih ariff tentang hal macam ni (aku
bagi nama dia Mak Senah la ye). Mak aku pun cerita la dekat Mak Senah apa jadi.
Mak Senah minta mak datang jumpa dia.Tapi Bonda aku menolak untuk berjumpa Mak
Senah.Katanya dia dalam keadaan sihat.. Dia minum ‘air tawar’ tu nanti baik la.
Bonda aku akan okay setiap kali dia minum air tu ja. Kalau tak minum , dia
demam teruk. Oh ya, Mak aku lepas pergi
jumpa Mak Senah ambil ‘air tawar’, kaki mak aku lebam lebam and bengkak. Mak
aku ada cakap dengan kami, yang Mak Senah bagitau dia, Bonda aku berkemungkinan
kena santau, ada benda menumpang, atau ada saka. So ‘ benda tuh’ tengah kacau Bonda
aku sekarang ni. Aku tak percayakan mak aku sebab bagi aku benda ni mengarut .
Guys, benda jadi masa bulan puasa. So aku bertekak la dengan mak aku yang mana ada hantu time bulan puasa. Kan
semua dah kena ikat. Tapi mak aku diam ja, sebab dia malas nak bertekak dengan
aku. Haha. Bila mak aku cerita , aku dengar je, tapi langsung tak percaya.
Sepanjang bulan puasa tu, semua orang dalam rumah tu asyik tak sihat. Ada ja
yang tak kena dengan diorang. Kecuali aku. Dalam mimpi diorang nampak
macam-macam. Yang paling teruk kena, kakak aku dengan mak aku. Mak aku asyik
demam, bengkak kaki yang tetiba tak ada sebab. Kakak aku pun alami benda yang
sama. Aku ? Alhamdulillah, sepanjang diorang sakit tu, aku tak ada apa apa.
Sihat Alhamdulillah.
Benda ni berlarutan sampai ke 29 Ramadhan. Haha. Kali ni aku
pulak yang demam. Haha. orang raya, aku demam sampai tak bangun 3 hari jugak
la. Yang lain dah sihat. Aku pulak yang demam. And Bonda aku ? Ya. Dia masih
demam. Kiranya selama sebulan ni dia memang demam. Tak baik langsung.
Cuti raya tamat. 27 Ogos 2018, aku dan kakak aku mula
bekerja seperti biasa. Sekitar pukul 3
petang macam tuh, kakak aku call, yang Bonda aku sekarang dekat Hospital. Elok elok kakak aku sampai rumah, dia Nampak Bonda
aku dah nangis. Sebab tangan dia tak boleh gerak and sakit kalau ada orang
sentuh. Bawak p hospital pun, doctor tak
tahu apa yang x kena. Doctor pelik, sebab jantung , paru paru semua okay. Semua
doctor pakar check tengok tak da masalah. Pakar tulang, pakar jantung. Semua
kata Bonda aku dalam keadaan yang sangat sihat. Tapi diorang tak tahu kenapa
dia jadi macam ni.
Aku sampai hospital, macam biasa aku hulur tangan nak salam,
dia macam berdengus marah tak nak. Dia dah tak boleh cakap. Yang dia tahu ,
Cuma bunyi “ herggh… hmmm “ itu saja. Sebak jugak rasa, sebab pagi sebelum aku
p kerja, dia siapkan bekal tengah hari untuk aku, pesan itu pesan ini. Elok
petang, dia dah jadi macam ni. Malam tu
, Bonda aku kena admit ward. So tinggal aku sorang ja la kat rumah. So aku ajak
kawan baik aku, Alaina. Dia ni ayah dia ustaz. Ada pondok sendiri. Kira Alaina ni budak pondok la. Malam
pukul 10 macam tu, aku g ambil Alaina di rumah dia. Beli makan apa semua. Kami
balik rumah. Sesampai ja kami kat rumah Alaina diam ja masuk tu. Aku tegur
kenapa? Baru dia ajak berborak. Kami pun berborak la sementara mata nak pejam.
Elok ja kami berborak, dengar macam ada orang tolak pintu rumah aku. Tapi tak
boleh. Sebab berkunci. Kami berdua saling berpandangan. Aku cakap Alaina. “ Tak
da apa awak. Kucing Araa tu nak masuk “.Husnuzon. Padahal kepala otak fikir
perompak semua ada. Alaina senyum saja.
Kami pun sambung borak lagi. Kali ni ,
bunyi ada benda jatuh kat dapur. Memang kuat . Sekali lagi aku cakap, “ kucing
tu “. Borak punya borak, akhirnya aku pun terlelap.
Aku terjaga bila azan subuh berkumandang. Niat di hati nak
kejutkan Alaina. Tapi aku Nampak Alaina siap bertelekung sambil senyum menunggu
aku atas sejadah. Aku ke toilet mandi and berwuduk . Kami solat subuh sekali.
Lepas solat , Alaina nak tidur. Sebab dia cakap semalam dia tak tidur. So aku
tak fikir apa apa. Aku terus ke dapur nak siapkan sarapan. Elok sampai ke
dapur, aku perasan lantai dapur , basah. Tong air minuman jatuh. Dalam hati aku
berbisik “ gaduh sakan kucing kucing aku ni “. Aku pun mulakan tugas aku masak
nasi lemak. Lepas siapkan sarapan, aku ke hospital hantar sarapan untuk kakak
aku dan Bonda aku. Saja aku bawak lebih nasi lemak tu. Boleh dikatakan sesuai
untuk 4-5 orang makan.Masa aku hantar sarapan tuh dalam pukul 8.30 pagi. Elok
aku sampai kat rumah, dalam pukul 9 macam tu, kakak aku call aku suruh hantar
nasi lemak lagi. Sebab dia cakap , Bonda aku nak lagi. Dia makan sorang dia saja.
Kakak aku minta dia tak bagi ( Masa ni Bonda aku dah start boleh cakap dah). Aku
agak terkejut la sebab setengah periuk nasi aku bagi dekat diorang, yang boleh
makan 4-5 orang, Bonda aku sorang ja habiskan nasi tu.
Dalam pukul 10 macam tu aku p hospital balik hantar nasi
lemak lagi. Elok aku masuk ja dekat ward tu. Bonda aku kata. “ Ha tu, sampai
dah. Adik, bawak nasi tak ? Bonda lapar. Kakak tak bagi Bonda makan “ . Aku
senyum sambil hulur bekal. Bonda aku makan dengan gelojohnya. Kakak aku usik
nak ambil nasi tu sikit. Dia cekam tangan kakak aku sambil mengerang marah. Tak
bagi kakak aku makan. Aku tengok dia pelik dan dengan perasaan penuh tanda
tanya. “ kenapa dia macam ni ? “. Tapi aku pandang reaksi kakak aku biasa saja.
Selang beberapa minit. Maksu aku msuk ke dalam bilik ward tu.
Bonda aku bersuara “ hang mai buat apa? Aku tak suka hang mai. Hang nak kacau
aku kan ? aku panas ni . Adik halau perempuan ni keluar.
Aku pandang mak su aku dengan penuh tanda tanya. Mak su aku
tarik aku keluar dari ward.
Mak Su
: Ara, tu bukan Bonda .
Aku :
Maksud mak su?
Mak Su : Mak su pelik dengan
perangai Bonda, jadi maksu jumpa orang yang pandai dalam hal ni. Orang kampong
maksu. Dia bagi air yang dia dah di bacakan ayat al quran ni. Mak su bagi dia
minum , dan sapu ke muka dia sambil selawat. Tahu apa jadi ? Bonda mengamuk.
Katil tuh bergoyang macam nak patah. Lepas pada tu dia memang tak mau jumpa
maksu langsung. Setiap kali dia jumpa maksu, dia akan maki maksu. Maksu nak
bawak dia berubat boleh ?
Aku : bawak la maksu. Dia pun kakak
maksu.
Sejujurnya aku pun tak percaya yang benda ni boleh jadi
dalam family aku. Petang tu, nurse masuk bilik Bonda aku dan cakap, Bonda aku
boleh discaj dah. Sebab Bonda aku sihat. Tak ada laporan yang menyatakan Bonda
aku sakit. Semua happy yang dia dah boleh discaj. Apatah lagi maksu aku. Sebab
dia tak sabar nak bawak Bonda aku berubat. Sebelum discaj, biasa la. perempuan.
Mesti ada nak berwefie bagai. Kononnya nak nak record semua kenangan dengan
family saat happy. Aku pun ajak semua berwefie. Bonda aku pun aku ajak dia
berwefie sekali. Lepas berwefie semua. Aku tengok balik gambar yang aku ambik
tu. Lepas aku tengok ja gambar tu, berdiri bulu roma aku. Tau kenapa ? hmm..
sebab yang ada dalam gambar tuh, bukan Bonda aku. Tapi Nampak seraut wajah
orang tua yang dah uzur. Sambil senyum. Dan senyuman dia tuh sesuatu sangat.
Aku diam. Aku tak tunjuk dekat sesiapa pun gambar tuh. Aku pandang Bonda aku.
Dia senyum dekat aku. Bukan senyum biasa wei. Senyum ada makna. Senyum senyum
misteri campur seram gitu. Aku pun senyum kekok dekat dia. Dia angguk ja dan
senyum lagi dan terus berlalu ke toilet nak tukar baju. Aku ? Terdiam tak
terkata apa.
No comments:
Post a Comment