Aku menerima
khabar dari Araa yang bonda admit ward. Aku pun tak pasti kenapa bonda di
masukkan ke hospital kerana Araa belum memaklumkan lagi kepada aku.
Sesampai aku di depan ward bilik Bonda, aku
berdebar. Terasa ada yang memerhati. Aku tak jadi melangkah ke bilik. Lantas
aku mengeluarkan telefon bimbit dan cuba menghubungi Araa.
“ hah ! buat
apa tuh ? “. Sergah Araa dari belakang.
“
Assalamualaikum Qaysara. Jangan sergah selalu. Bagi la salam dulu “, ucap ku
lembut.
“ hee, Waalaikumussalam
Alaina.Maaf buat awak terkejut. Apa yang
awak tercegat dekat pintu ni. Jom la masuk. Bonda mesti suka jumpa awak. Sebab
awak dah lama tak datang jumpa dia ”.
Araa.
Sentiasa happy walau jauh disudut hati dia siapa tahu apa yang dia rasa. Kami
masuk ke bilik bonda. Setapak kaki aku melangkah, aku berdebar. Isk. Dah kenapa
perlu ada rasa macam ni.
“
Assalamualaikum Bonda “. Serentak kami berdua memberi salam.
“
Waalaikumussalam”. Maksu dan kak Nisa menjawab salam.
Aku atur
langkah untuk bersalaman.Aku hulur tangan nak bersalaman dengan bonda. Bonda tidak
menyambut huluran ku malah bonda menggeleng kepala. Aku tersentak. Cepat cepat
Araa berbisik pada ku “Awak, tangan bonda sakit. Tak boleh sentuh “. Aku hanya
mengangguk.
Kami mula
berborak. Tapi aku perasan, setiap kali aku pandang bonda. Bonda cuba mengelak
dari bertentang mata dengan aku. Araa ada pernah bagitau aku yang sekarang
bonda tak boleh bercakap. Hanya berbunyi “hmmm” sahaja. Oleh sebab tuh Bonda tak bersuara dan hanya mendengar perbualan kami dan senyum. Apa
yang aku pelik dengan bonda hari ni. Bonda tak sepeti yang selalu aku lihat.
Air muka bonda pun dah berubah. Gerak hati aku mengatakan yang ini bukan bonda.
Berborak punya berborak, guard dah datang ke ward menandakan tamat sudah waktu melawat. Sebelum semua
pulang, dengan tidak semena mena bonda bersuara.
Bonda :
Adik, tidur dengan siapa malam ni ? Kak Nisa kan tidur sini. Takkan adik Tidur
sorang ?
Araa :
Sorang la kot.
Bonda :
Alaina, tolong teman Araa tidur boleh ? Kesian dia tidur sorang
Alaina : In
shaa Allah bonda. Aina temankan. Araa, saya balik dengan awak la ye. Tadi saya
datang naik grab je.
Araa : Boleh
je.
Kami semua
bersalaman. Seperti tadi jugak, Bonda mengelak untuk berjabat tangan dengan
kami semua. Sebelum kami keluar, aku sedikit terperanjat bila mana aku melihat
yang sedang duduk diatas katil tuh bukan bonda yang selalu aku nampak.Tapi apa yang aku nampak, seorang wanita tua yang
dah uzur. Bonda senyum padaku yang aku boleh dikatakan senyuman misteri la. Ada
sesuatu yang tak kena yang berlaku dalam family Qaysara ni. Tak apa Araa. Malam
ni Aina teman awak. Kita tengok apa yang dah jadi. Cepat-cepat aku keluarkan
telefon bimbit aku untuk meminta keizinan umi.
Aku :
Assalamualaikum Umi! Aina tak boleh
rumah tau malam ni. Aina bermalam di rumah Araa. Bonda admit ward . Tak da yang
teman dia
Umi :
Waalaikumussalam. Ha ye la. Baik baik awak berdua tu. Kalau ada apa apa, call
umi ye.
Sepanjang
perjalan, kami hanya berbual kosong. Tapi hati aku masih berdebar . Atas sebab
apa, aku tak pasti. Sesampai ja kami di rumah Araa,terasa Seperti ada yang memandang kami.
“
Bismillahhirohmanirrohim. Assalamualaikum “. Serentak kami berdua memberi salam
dan melangkah masuk. Entah kenapa terasa bulu roma berdiri. Seperti ada ‘benda’
dalam rumah ni.
Setelah kami
selesai membersihkan diri dan solat isyak. Araa mengemas tempat tidur untuk
kami berdua.
Aku : Araa,
dah nak tidur ke ? kita borak dulu nak ?
Araa :
Mungkin dah nak tidur , mungkin belum jugak. Kenapa ? nak layan movie ka ?
Aku : Tak
la. Saya nak baca buku buku awak tuh. Boleh pinjam ?
Araa : boleh
ja.
Sambil aku
membaca novel, sambil kami berborak. Tiba tiba terdengar pintu rumah di goncang
macam ada yang nak pecah masuk. Aku pandang Araa.
“ Tak ada
apa awak. Kucing Araa tu nak masuk “. Jawab Araa Slumber. Haha. Kononnya cool
la tuh. Nak sedapkan hati kita. Araa Araa. Nak sedapkan hati pun, fikir logic.
Kucing awak yang satu tidur sebelah awak. Yang lagi 4 kan dah kurung dalam
sangkar. Kucing apanya. Aku hanya senyum . Aku berhenti baca novel dan sambung
berborak dengan Araa. Dalam hati, aku membaca beberapa potong ayat Al Quran
yang Pernah walid ajarkan kepada aku dulu sebagai pelindung diri. Selang
beberapa minit, terdengar macam ada orang sedang berkemas dekat dapur. Sekali lagi Araa jawab “ Kucing tu “. Sah. Itu
bukan kucing Araa. Tu ‘ benda’ lain.Kami sambung berborak sampai Araa terlena.
Aku ? Susah aku nak lelapkan mata kalau ada benda yang tak kena disekeliling
aku ni.
Aku terus
menyambung baca novel. Tiba tiba aku terdengar, ada tapak kaki berjalan menuju
ke dapur. Aku abaikan. Aku sambung membaca novel. Jam dinding aku perhatikan.
Oh! 12.30 malam. Patut la. Waktu ‘dia’ time macam ni. Aku abaikan bunyi dia.
Pukul 1.00
pagi, perut rasa memulas pula. Waktu
waktu gini la yang dia nak buat hal pun perut ni.
Niat di hati
nak kejutkan Qaysara. Tapi nyenyak pulak budak ni tidur. Tak gamak nak ganggu
lena dia. Mesti dia letih. Aku beranikan diri untuk ke toilet. Semua lampu
dalam rumah aku nyalakan. Sekali lagi
aku dengar ada bunyi dekat dapur. Macam ada orang tengah mengemas kat dapur tu.
Aku yang nak memerut tadi pun tak jadi.Terus aku menapak ke dapur. Kuat hati
aku mengatakan yang ‘benda’ tu ada dekat
dapur. Setapak demi setapak aku mengatur langkah ke dapur. Suis lampu dapur aku
bukak. Dan ya ! tak ada sesiapa pun. Tapi apa yang aku nampak, dapur berselerak,
paip air dekat sink tu pun terbuka.
Sedangkan sebelum tidur aku dan Araa dah kemas pun semuanya. Aku pun kemas semula barang yang bersepah.
Tong air yang jatuh pun aku dah angkat dan lap balik lantai sampai kering.
Setelah aku pastikan semua dalam keadaan kemas dan bersih, aku mengatur langkah
ke bilik tidur.
Pukul 3.00
pagi, aku masih tak dapat nak lelapkan mata aku. Terasa ada yang memerhati.
Hati aku terasa berdebar. Aku berzikir dan beberapa potong ayat suci Al Quran
aku alunkan untuk hilangkan rasa berdebar dihati.
Tiba tiba ,
“ prank !!!!! “ Bunyi kaca jatuh. Ha sudah. Dia buat hal lagi. Tak cukup dengan
tu, bunyi macam ada tong air jatuh. Aku memandang Araa di sebelah. Tak sedar ke
dia ni. Sebab bunyi kuat macam ni. Tidur mati ke? Lepas tu aku baru teringat
yang si Araa ni tidur memang tak kan dengar bunyi apa dah. Sebab dia ni kalau
tidur, memang jenis sumbat telinga dia dengan Ear Phone. Bunyi bom meletop pun belum
tentu dia dengar.
Dah macam
macam aku dengar dia bunyi. Aku pun dah malas nak ambil tahu sangat. Aku terus
berzikir dan ‘dia’ masih buat kacau dekat dapur. Pintu bilik tidur ni pun, ada
bunyi orang tolak nak masuk tapi tak boleh. Aku abaikan.
Pukul 5.00
pagi, sayup sayup aku dengar orang masjid dah mula baca mengaji. Bunyi bunyi
yang mengganggu aku tadi, dah tak ada. Aku ke bilik air, bersihkan diri dan
berwuduk. Aku menunggu Qaysara di sejadah. Pukul 5.45 azan subuh berkumandang.
Araa bangun dari tidur terus dia menapak ke bilik air untuk mandi dan berwudu’.
Kami solat bersama. Selesai solat. Aku baru rasa nak tidur. Baru rasa
mengantuk. Aku terus tidur dan Araa terus ke dapur.
Pukul 8.30
Araa kejutkan aku. “Awak, bangun lah.Sarapan jom. Kejap lagi ada nak pergi
hospital kan”, dengan malas aku bangun ke bilik air dan cuci muka. Sampai di
meja makan, dah siap terhidang nasi lemak dan teh o lemon. Sambil sarapan, kami
berborak.
Araa : Awak,
lepas makan kita ke hospital okay, hantar breakfast dekat bonda and kak nisa
Aku : boleh
ja.
Araa : Awak
tahu tak, tadikan masa Araa masuk dapur, dapur ni bersepah tau. Dengan tong air
jatuh. Habis penuh air kat dapur. Pinggan dengan gelas pun pecah.
Aku :
Bersepah ? tapi kita dah kemas kan sebelum tidur ? ( saja aku nak uji Araa )
Araa : ye la
kita dah kemas. Kan Araa dah cakap kucing gaduh semalam. Tu yang bersepah.
Aku : Tapi
Araa lupa ke yang semalam Araa dah kurung semua kucing Araa ?
Araa
terdiam. Seperti memikirkan sesuatu. Perbualan kami terhenti dengan
soalan aku
tu. Lepas kami selesai makan, terus kami ke hospital. Hantar
makanan.Yang aku pasti, memang rumah Araa ada 'dia'. 'Dia' yang aku
nampak di hospital.

No comments:
Post a Comment