Bonda dah
dibenarkan pulang. Semua orang mesti lah happy kan. Apatah lagi bonda aku. Aku
?
Happy campur
risau. Sebab malam ni kebenaran mungkin akan terungkai.
Sampai di
rumah, kami semua berborak macam biasa. Telefon bimbit maksu ku berdering.
Maksu terus keluar menjawab panggilan. Selang beberapa minit, maksu masuk
semula.
Bonda :
Siapa Call ?
Maksu :
Kawan aku. Dia nak mai jenguk hang. Dah aku gitau dia hang sakit
Bonda : isk
la. baguih noh kawan hang. Adik, ada tetamu nak mai. Sediakan apa yang patut.
Aku : Baik .
Maksu
pandang aku sambil menggeleng kepala. Fahamlah aku siapa tetamu yang maksu ku
maksudkan.
Selepas
beberapa minit, sebuah kereta Myvi bewarna kuning, berhenti di hadapan rumah
aku.
Ustazah
Hanum : Assalamualaikum
Bonda :
Waalaikumussalam. Masuklah
Mereka masuk
dan bersalaman dengan semua penghuni di rumah ni. Bonda aku seperti biasa tidak
menyambut huluran salam sesiapa pun. Aku lihat mata bonda meliar ke sana sini.
Ustazah :
Sihat ?
Soal ustazah
dengan senyuman
Bonda : hmm..
macam ni la. Baru keluar hospital. Letih
sikit la. Minta maaf la noh. Nak tidur. Mengantuk sangat ni.
Ustazah
hanya tersenyum . Bonda aku tanpa segan
silu terus baring di ruang tamu. Sambil berdengkur seperti yang dibuat buat.
Sambil berdengkur sambil bonda gelak. Ustazah memulakan rawatan. Mulut ustazah
terkumat kamit membaca sesuatu yang aku kira potongan potongan ayat suci Al
Quran. Pintu rumah dibuka seluas luasnya. Pintu dapur pun dibuka.
Kami semua
dikehendaki berkumpul di satu tempat dan laluan utama tidak dihalang. Bukan
apa. Ustazah kata, mudah ‘benda’ tu nak keluar. Bonda tidak sedarkan diri.
Ustazah Hanum memulakan proses merawat bonda ku. Ustazah membaca beberapa
potong ayat suci Al Quran bersama sebotol air ditangan. Air yang siap dibaca
dengan ayat suci Al Quran disapu ke muka bonda. Selepas beberapa minit, bonda
bangun dan menggelupur sambil terjerit. Sebelum itu, ustazah dah pesan. Siap
sedia dan pegang tangan serta kaki bonda kuat kuat. Bonda akan mengamuk. Tapi
betapa kuatnya ‘benda’ tu, 8 orang lelaki yang berbadan sasa cekam dia pun,
boleh terlepas sikit. Sampai ada yang kena penumbuk. Sayu hati lihat keadaan
bonda macam tu. Maka soal jawab antara Ustazah Hanum dan ‘benda’ tu pun
berlaku.
Ustazah : hang
dari mana ni ?
‘bonda’ : ( hanya
merengus kasar )
Ustazah :
hang buat apa dalam dia ni
‘ bonda ‘ :
ni tempat aku ( dengan suara yang garau )
Ustazah :
jangan kacau dia. Keluar dari badan dia sekarang
‘bonda’ :
tak boleh. Ni tempat aku. Jangan kacau.
Ustazah
membaca membaca beberapa potong ayat suci Al Quran Sambil menggenggam jari jemari ‘bonda’ ku. Tidak semena mena ‘bonda’ menjerit.
‘Bonda’ :
sakit lah perempuan. Hang buat apa kacau aku. Aku tak kacau hang pun
Ustazah :
kalau tak mau sakit, hang keluar sekarang. Nak keluar ka tak mau ?
‘Bonda ‘ :
Okay. Aku keluar. Jangan buat aku. Aku sakit.
Hampir satu
jam ‘bonda’ dan ustazah bertarung. Akhirnya bonda pitam. Kata ustazah, ‘ benda’
tu ada di jari-jari dia. Sebab tu bila kita pegang jari dia, dia sakit.
Kami kira
semuanya dah selamat. Tapi sebenarnya belum lagi. Semasa kami berbual dengan ustazah
bertanyakan itu ini pada ustazah, tiba tiba ustazah diam dan bangun menuju ke
bilik kak Nisa. Ustazah senyum.
Ustazah :
Qaynisa, Qaynisa tidur ada rasa sesuatu tak ? Mimpi pelik pelik ke ?
Kak Nisa :
Mimpi pelik tu ada la. Kenapa ustazah ?
Ustazah :
Bilik Qaynisa ni, ada hantu raya.
Kak Nisa :
Serius ustazah ?
Ustazah :
Betul sayang. Qaynisa punya belaan ke ?
Kak Nisa :
Mana ada ustazah. Boleh halau ke tak ?
Ustazah : In
Shaa Allah boleh.
Kak Nisa dah
pucat mukanya. Kalau toreh muka dia tu memang sah la satu titik darah pun x
keluar . Ustazah pandang sekeliling bilik Kak Nisa sambil membaca sesuatu.
Dalam beberapa minit aku lihat ustazah seperti memasukkan sesuatu kedalam botol
kosong yang aku beri pada dia tadi.
Ustazah :
Alhamdulillah. ‘Benda’ tu dah taka da. Qaysara, tahu tak bilik Qaysara pun ada
?
Aku : Hah ?
Bilik Ara ada hantu raya juga ke ?
Ustazah
tersenyum dan menjawab.
‘’ Tak.
Bilik Qaysara bukan ada hantu raya. Tapi ada ‘harimau akar’.Pernah tak ada dengar macam kucing cakar cakar perabot bilik
Qaysara ?’’.
Aku terdiam
sejenak memikirkan sesuatu. Kemudian baru aku teringat yang beberapa bulan yang
lalu. Bonda pernah bagitau aku yang dia terdengar macam ada benda cakar perabot
bilik aku. Aku sangkalkan dan katakan itu kucing aku punya kerja. Beria ria
bonda bagitau yang semua kucing aku dalam sangkar. Aku memang jenis tak
percaya. Sebab bagi aku tak logic. Mana ada hantu siang siang. Pukul 4.30
petang pulak tuh. Bonda aku bagitau yang dia dengar bunyi tu tatkala langit
tengah mendung nak hujan. Lepas azan solat asar. Baru benda tu berhenti
bunyi.Lepas azan asar, bonda bukak pintu bilik aku. Bilik aku dalam keadaan
rapi seperti sedia kala. Haha. walaupun aku tak percaya yang ada entiti asing
dalam bilik aku,m alam tuh aku tidur dengan ayat ruqyah terpasang la juga
sampai ke pagi. Haha. Dia acah percaya dengan tak percaya ja sebenarnya. Selain
Bonda, Alaina pernah jugak bagitau yang ada sesuatu dekat belakang pintu bilik
aku.Tapi aku jenis malas nak percaya.
Jadi bila
ustazah kata ada benda dalam bilik aku, mula rasa berdiri bulu roma. Entah
berapa lama aku dengan ‘harimau akar’ tuh berkongsi bilik.Ustazah pun halau
benda tuh guna kaedah yang sama macam dia lakukan di bilik kak Nisa tadi . Ustazah
masuk bilik bonda aku, ustazah cakap, bilik bonda tak ada apa apa. Bersih.
Lepas tu,
ustazah mengorak langkah menuju ke dapur. Haha. Yang ni aku rasa macam seram
sikit la. Sesampai saja kat dapur, ustazah senyum and tanya
Ustazah :
Qaynisa, jujur ustazah tanya. Family ni ada membela ke ?
Kak Nisa : Tak
ada ustazah. Kenapa ?
Ustazah :
Ni. Ada perempuan tua. Nenek kebayan dekat peti sejuk tu. Nampak macam dia dah
lama bertapak kat sini. Bukan Family ni punya ke ?
Kak Nisa : Tak
ada ustazah. Memang tak membela apa apa pun.
Ustazah :
banyak juga ‘benda’ ni bertapak dalam rumah Qaynisa ni. Dekat ampaian baju tu
ada sekor. Tapi yang tuh bertuan. Ada orang dari lorong sini jugak yang
membela. Depan rumah bawah pokok nangka tu pun ada sekor. Tak apa la. Ustazah
buang yang ‘nenek’ ni punya ye.
Tak sangka
lak banyak pulak ‘benda’ ni dalam rumah aku. Dah macam sarang diorang pulak. Patut
la kadang kadang aku raa macam ada benda yang perhatikan aku kalau aku cuci
pinggan lewat-lewat malam. Selalu aku sangkalkan ja. Tak sangka rupanya ‘benda’
tu.
Lepas ustazah
halau nenek kebaya dekat dapur,kami berkumpul di ruang tamu dan berborak. Semua
dah sangka yang semua dah selamat. Sebenarnya tak lagi. Masa kami dok borak
borak tu, aku terperasan yang bonda lain macam. Meratib macam orang dok mengaji
tu. Aku cuit kak Nisa and tanya. Ustazah pun perasan. Ustazah cuba pegang
kepala bonda. Tapi bonda tepis kasar tangan ustazah dan berdengus.
Ustazah : laa…
ada lagi ka ?
‘Bonda’ :
Aku nak p mana ? dah ni memang tempat aku.
Ustazah :
Balik pada tuan hang la.
‘Bonda’ :
Tuan aku tak mau aku. Dia suruh aku duduk sini.
Ustazah :
Kalau hang tak mau sakit, hang keluar sekarang.
‘Bonda’ :
Aku tak ada tempat. Sini tempat aku.
Ustazah diam
sejenak seperti mencari sesuatu. Tiba tiba ustazah bersuara.
“ Sesiapa
dekat sini tolong berdiri menghadap kiblat dan azan”.
Abah aku
melaungkan azan. Semasa azan dilaungkan, sekali lagi bonda dan ustazah
bergelut. Semasa proses merawat ni,‘ bonda’
menjerit.
‘Bonda’ :
Aku panas!!!!! Aku Sakit!!!!
Ustazah :
Kalau tak mau sakit, hang keluar.
‘Bonda’ :
Aku tak mau !!!!
Dada bonda
ditekan dan tumbuk oleh ustazah. Sebab ‘benda’ tu degil and tak mau keluar. Aku
yang tengok bonda meraung menjerit, aku tak sampai hati. Hampir saja aku halang
apa ustazah buat. Aku tak sanggup tengok dia sakit. Setelah setengah jam
ustazah dan bonda bergelut.
“ jangan
buat lagi. Aku keluar”. Kata bonda.
Akhirnya
bonda pengsan.
“Sesiapa kat
sini yang boleh baca yassin, tolong baca. Jangan berhenti”. Kata ustazah dengan
sebak dan air mata ustzah pun mengalir.
Ustazah menarik
aku dan kak Nisa ke dapur.
Ustazah :
Qaynisa, Qaysara. Bonda mungkin dah tak lama. ‘Benda’ tuh dah lama bertapak dalam
badan bonda . Kes bonda ni, ada dua sebab. Sebab pertama, Saka. Bonda mungkin
ada terima apa apa barang dari seseorang dan simpan. Sekarang bonda dah jadi
tuan dia tanpa bonda sedar. Yang kedua, hasad dengki. Ada orang hantar santau
dekat bonda. Dan minta maaf ustazah nak cakap. Yang hantar benda ni, adik
beradik awak berdua sendiri. Dia iri dengan bonda. Depan bonda dia senyum.
Belakang bonda dia buat benda macam ni dekat bonda.
Kak Nisa :
Siapa ?
Ustazah :
ustazah rasa Qaynisa tahu siapa orang dia. Dia dengki sebab orang orang yang
dia sayang, rapat dengan bonda.
Kak Nisa :
Ya. Nisa tahu.
Kak Nisa
tahu ? siapa dia ? Aku tak pasti.
Malam tu
semua orang mengelilingi bonda. Bonda dah sedar tapi tidak terdaya. Bonda
memanggilaku dan Kak Nisa dan berkata sesuatu. Dengan suara yang sangat
perlahan.
Bonda :
Qaysara, Qaynisa. Bonda sayang awak berdua. Kalau bonda tak ada. Jangan gaduh.
Qaynisa, jaga adik baik baik. Kalau Qaynisa kahwin sekali pun. Jaga adik.
Sayang Adik. Jaga adik untuk bonda ya. Bonda nak jalan jauh ni.
Kak Nisa :
Nisa jaga adik. Bonda jangan risau. Bonda tak pergi jauh. Bonda kena ada dengan
kami.
Aku terdiam
seribu bahasa. Aku akan kehilangan bonda ke malam ni ? Tak !!! benda ni tak akan
berlaku. Dan tak boleh berlaku. Kami
semua tidur mengelilingi bonda.
Keesokkan pagi,
semua bangun check, bonda bernafas ke tak lagi. Alhamdulillah, umur bonda
dipanjangkan lagi. Kak Nisa bekerja seperti biasa.
Tepat pukul 10.30, kaum muslimat mengelilingi
bonda. Bacaan yassin dimulakan. Bonda hanya mampu baring dan tak boleh
bergerak. Aku lihat air mata bonda mengalir disaat yassin dibacakan.
Pukul 11.30,aku
menerima panggilan dari Kak Nisa.
Kak Nisa :
Ara, kejap lagi, Nek kiah nak pergi rumah. Ara jangan jauh dari bonda ya ?
Aku : Kenapa
pulak ?
Kak Nisa :
Jangan banyak soal. Ikut cakap Kak Nisa . Araa jangan jauh dari bonda. Jangan bagi
dia dekat dengan bonda. Genggang tangan bonda sambil bacakan yassin.
Aku : Dengan
Araa pun nak berahsia. Okey la. Assalamualaikum
Aku
menamatkan panggilan. Sejenak aku terfikir. Adakah ini semua angkara Nek Kiah ?
Tapi kenapa ? Nek Kiah dengan bonda kan baik. Tak kan Nek Kiah yang punya
angkara ?
No comments:
Post a Comment