Thursday, 29 September 2016

Jodoh ?

Assalamualaikum...
Hi hi hi

Sebulan dah x lepak sini. Selalu sunyi kan ? Sekarang Nur dah tak berapa nak rasa sunyi dah ...
Tau kenapa ?
Sebab Nur dah ada kawan baru...
Haha. Tapi kawan utk sebulan je kot . Nur nak kena pindah g tempat baru... bukan nak balik kilang balik..
Tapi cawangan baru . So, sorang lagi la kita...
Harap tempat baru tuh tak seseram tempat sekarang.
harap la kan.

Sekarang nur dah berusia 20+ kan...
so dah ramai yang dah bertunang, nikah, dah dapat anak pun tak kurang jgk la kan..
haha, rasa mcm baru kita semua masuk sekolah menengah kan..
tup tup uolls dah ada small family ...
alala, jodoh uolls awal...
haha
normal la kalau kita g kendri kgkwan, g visit baby diorg, reunion..
fav ques akan ditanya,
"kau bila lagi ?"
hahaha,
asal x g tgk org mati, diorg tak nak tanya,
" kau bila lak nak mati ? "
:P
belum sampai jodoh...
tak kurang jugak ada yang akan risik tanya
" dah ada calon ke ? "
Bila nur cakap Nur single, semua " nipu la x de"
ntah la... takut ke ?
xtaw la...haha, dah terlalu lama single....
dan dah selesa pun....
walau kekadang terfikir la jugak siapa jodoh kita kan... haha .  Biarlah, kalau ada tuh ada la... Bukan apa,
takut.. Takut apa ? mestilah takut, dah ready ke nak masuk alam perkahwinan dari segi fizikal dan mental? sementara ada masalah skg pun ngs cari org g... ni dah kawen kalau ada masalah x kan nak ngadu cerita rumah tangga lak ...
so kena ready tuh..
sekarang ni , jaga hati, jaga iman....
jaga hubungan dengan Allah dulu,



okay, dah melalut....
nanti lepak.
daaaa



Monday, 29 August 2016

Ini Akan Berlalu

Assalamualaikum,
Hi hi hi...

Kembali ke tempat kerja hari ni,
fikiran kusut sgt...
otak tak leh fikir dgn betul...
dengan smlm dpat berita org tuh cari ini,
dengan jari ni terlancang type g cerita semua kat orglain...
dah lebih sepuluh tahun pendam, tetiba g cerita,
tah pape la...

so datang kerja rini, biasa la kerja sorang...
dah tgh x de mood, sakit pale semua ada...
sambil bukak skit hiburan, sambil settlekan monthly report,
terdetik dalam hati ni nak bukak fb...
bila dah bukak fb tuh, nampak satu status ni...
member alam maya nur, si burn Abu bakar kongsikan...
sekali lalu bca,
tetiba rasa,
ya, betul.... ini akan berlalu....
Nur kongsi kat sini,
supaya semua blh dapat pengajaran dalam cerita ni...


Al kisah...
Seorang raja meminta tukang emasnya yg sudah tua utk menuliskan sesuatu di cincinnya.
Raja itu berpesan, "Tuliskanlah sesuatu kepada beta yg dapat kamu simpulkan daripada seluruh pengalaman dan perjalanan hidupmu, supaya beta pun boleh mengambil pengajaran daripadanya".
Berbulan2 si tukang emas yg tua itu membuat cincin yg dikehendaki sang raja, tetapi yg sulitnya adalah apa yg patut ditulis di cincin emas yg kecil itu.
Akhirnya setelah lama berfikir panjang, si tukang emas itu pun menyerahkan cincinnya pada sang raja.
Dengan tersenyum, sang raja membaca tulisan kecil di cincin itu.
Bunyinya,
"INI AKAN BERLALU"
Awalnya sang raja tidak terlalu mengerti dgn apa yg tertulis di cincin itu.
Suatu hari, tatkala sang raja sedang gundah menghadapi masalah yg berat, dia membaca tulisan di cincin itu dan dia menjadi kembali tenang,
“Ini akan berlalu.”
Dan tatkala sang raja sedang gembira ber-senang2 dan memperoleh berbagai nikmat, dia secara tak sengaja membaca tulisan di cincin itu, segera dia menjadi rendah hati kembali kerana dia mengerti nikmat yg dikecap itu tidak akan kekal lama.
Benar.
Ketika kita punya masalah besar atau sedang dalam keadaan terlalu gembira, ingatlah kalimat ini,
"Ini akan berlalu."
Kalimat ini, kalau direnungkan dgn dalam akan menghantarkan kita pada keseimbangan hidup yg kita kecapi sekarang.
Tiada satupun yg kekal.
Jadi, ketika kita punya masalah, jangan terlalu bersedih.
Dan ketika kita dalam kesenangan, nikmatilah ia dgn sederhana.
Ingatlah....
Apapun yg kita hadapi saat ini, semuanya akan berlalu.
Janganlah menunggu tua baru bertaubat, kerana kematian menjemput tidak mengenal waktu.
Janganlah menunggu kaya baru memberi, tapi memberilah maka kamu akan semakin
kaya...
Janganlah menunggu orang share baru kita baca tapi sharelah renungan ini, jika ia baik dan bermanfaat kepada semua
teman supaya boleh menjadi pengajaran bagi mereka yang
menerimanya...
Sedikit Perkongsian..
Besar Pengertian.
Selamat Membaca..

Thursday, 25 August 2016

Kuat....

Assalamualaikum...
Hi hi hi

Semakin kerap plak blog diupdate ye tahun ni...
okay actually x de la apa sangat nk story.
Just terbaca entry zaman sekolah.
Masa tuh diuji dengan satu ujian yg sgt besar. Hadirnya seorang sahabat bg nasihat dekat Nur.
Bila baca balik, namapk ujian tuh kecik.
Ujian sekarang lagi besar.
Tapi masa tuh Nur rasa tuh ujian terbesar dalam hidup Nur. Selepas berjaya diatasi,
nampak benda tuh kecik.
Betulkan ? Allah takkan bagi ujian diluar kemampuan hamba-Nya. Sekarang Nur yakin,
ujian yang Nur alami skarang,
In syaa Allah mampu diatasi.

Semalam (25.08.2016) , bangun awal pagi, siap barang nak g kerja.
Sementara tuh , bkak fb. Scroll punya scroll...
Terjumpa satu status ni,
tetiba rasa pedih. sedih.
Masa drive nak g kerja, sepanjang jalan mata nur berkaca je,
kabur jalan air mata lindung, tapi drive je, tangan pun degil x nak seka air mata.
Syukur nothing happen to me.

Tibanya di tempat kerja, mood melayang entah kemana.
Nur x de kekuatan. Cuba mencari kekuatan,
Tapi gagal. Cuba utk lupa . Tapi masih gagal.
Perlukan seseorang untuk luah segalanya.
Tapi lantas tersedar, sampai bila nak bergantung harap kepada org?
tak boleh berdikari ?
jadi kuat sendri?
Nur akui, malu sebenarnya nak bercerita ke orang,
tapi tak kuat nak terus simpan.
Tak tau sampai bila...
Bila nak berubah tuh ,entah la.
:'(

Wednesday, 17 August 2016

Semakin Tidak Mengenali Siapa Diri Awak

Assalamualaikum...
Hi hi hi....

Hari sesi nak meluah plak...
Hmmm...
Kebelakangan ni rekod kesihatan Nur amat lah buruk..
Sakit selalu. Tapi pretending nothing happen.
Nur tak nak family Nur.
Sebab dah makan aty.
okay, kebiasaan Nur sakit, Nur memang ska merapu.
Tetiba satu malam nur terbuka hati nak tanya someone.
Apa dia rasa kalau org yang dy sayang kejar  orang lain?
kita buat macam macam untuk dia, tapi dia nampak orang lain ?
kita susah x pe. janji dy senang. tapi dia x nampak pun semua tuh ?
selesai dia bagi jawapan dkat nur.
tapi dia nak tahu samada nur perli dy ke ?
pada awalnya nur nafikan...
selepas beberapa hari baru nur jujur.
nur bukan tak nak jujur awal2.
tapi nur tahu dia melenting. and apa yang rasa betul. Dia memang melenting.
haih, nur dah cakap...
apa yang kita bncang, ckp sampai situ je...
tak payah nak lanjut. tapi dia marah
nur x expect nur dgn dia rapat mcm dlu...
tapi just ckp tak perlu selindung pape.
nur cuma doa satu hari nanti dia sedar.
dia sdar apa yang nur rasa selama ni.
jangan dia sedar waktu nur dah x de sudah...
ok bye.
dah malas nak type....

Saturday, 13 August 2016

Kesilapanku Keegoanmu

Besar kesilapanku
Besar lagi kesilapanmu
Hampa yang kau rasakan
Hampa lagi perasaanku
Kau cuba menyatakan
Aku membuat kesilapan
Yang tak mungkin kau maafkan lagi
Ku tak mungkin kau perlu disisi

Besar kesalahanku
Besar lagi keegoanmu
Berkali ku beri alasan
Berkali kali kau menolaknya
Kau ingin ku menyalakan
Diri ini bagai lilin
Dan terbakar oleh perbuatanmu

Suasana sepi kini
Menambahkan hening dalam hatiku
Mengadil sikapmu biar dijiwamu
Aku telah tiada
Waktu begini diusik kenangan silam yang bertandang
Lalu kubiarkan ia menabahkan hati ini

Kekasihku cukup engkau buatku begini
Luka ini usah engkau berdarahkan kembali
Aku masih cinta padamu
Aku masih setia padamu
Kembalilah engkau kepadaku seperti dahulu

Di dalam rindu ku menangis
Di dalam kalbu ku terasa
Teringatmu di kala derita yang memisahkan kita
Di dalam sendu ku berseru
Yang terukir dalam hatiku
Kekasih bukalah pintu untuk sekali ini
Aku cinta kepadamu










Wednesday, 27 July 2016

Dah Kenapa ?

Assalamualaikum...
Hi hi hi

Hari ni dah 27 July 2016.
Mood hari ni ? Tak tau la nak gambarkan macam mana...
dah satu jam depan pc ni, satu apa tak jadi...
Rasa nak ngs, Mud nak kerja mmg x de langsung.
Nur tak tahu la kan, tapi apa yang pasti nur x de mud sejak semalam.
Bangun pagi ni rasa lemah, rasa rasa syahdu.
Tetiba teringat orang yang dah x de,
x mampu nak bt apa kan, hanya mampu sedekahkan al fatihah.
drive nak mai kerja td, nasib la x terjun sawah bendang. Otak kelaut gila.
Duk fikir seorang kawan whatsapp Nur semalam. Macam menganjing Nur je :'(.
Entah apa lah yang dia tak puas aty tu,
hari ni mesti serba x kena.
dah la dok sedih, tetiba sakit datang,
dari semalam dok sakit.
Datang kerja ni pun acah kuat. Padahal mmg tak langsung.
Tak pe la Nur,
perjalanan hidup Allah dah susun cantik dah..
Redha saja lah...
Stay strong Nur.


Monday, 11 July 2016

Syawal menjelma lagi ( Story One )

Assalamualaikum
Hi hi hi...

Sudah terlambatkah Nur nak ucapkan Selamat Hari Raya ?
Ouh, semestinya tidak kan.
Raya kan sebulan...
so, SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI...
MAAF ZAHIR DAN BATIN

Hari ni 11 July 2016 bersamaan 6 Syawal 1437H.

Apa yang nak dikongsikan ni ?
Luahan perasaan ke ?
hmm...

Seminggu bercuti hari raya, hari ni 1st day datang kerja. Perasaan malas tuh tak payah nak cakap la. Dah Nur pun dah tak shat masuk hari keberapa dah ni.
Sakit sakit pun Nur kena jaga orang lain.
Lumrah. Hehe.

Ingin Nur kogsikan pengalaman raya Nur. Namun lebih kepada luhan hati. Nur tak ada sapa2 lagi utk dikongsi.

Hari raya kami x semeriah dulu. Sejak kejadian tuh, keluarga kami berkumpul tak sempurna.
Tak seperti dahulu. Nur kesal. Tahun ni dah masuk tahun ke 5 kami tak sebahagia dulu.
Nur tak tahu nak cakap apa. Nur serba slah actually. Nur tak tahu nak percayakan siapa. Tapi kalau tgk melalui bukti. Cap N & Cap H slah. Tapi Nur tak pasti sama ada mungkin diorg tak salah kan.
Serius nur kata kan, Nur berada ditengah tengah. Dua2 Nur sayang. Tapi Cap N semakin lain. Cap N yang skg bukan lagi Cap N yang dulu. Hidup dy penuh emosi. Dia rasa apa yang dia buat semua betul. Tapi act x. kekadang sampai Nur hampir hilang respect kedia. Nur tak tahu nak wat cmne lagi dgn dia.

Pagi 1 Syawal, Nur dikejutkan dengan satu berita yang begitu memeranjatkan. Dari siapa Nur tahu ? Hmmm.. Dari Cap A. Pagi tuh Nur nangis. Kenapa ? Nur tak sanggup nak hadapi nya lagi. Kenapa Cap N rosakkan kepercayaan Nur kedia ? Nur percaya kan dia 100%. Nur fikir dia berubah sejak hadirnya someone yang special dalam hidup dia. Nur tak nak dy jadi bahan cacian Cap A. kenapa ?
Sebab Nur nak hentikan perbalahan ni, Nur nak semua bersatu, aman damai seperti sebelum ni. Tak faham drama apa lagi yang akan mereka cuba lakonkan lagi. Nur Rindu kemesraan dulu. Namun semuanya musnah sejak kejadian lima tahun yang lalu.

Pada awalnya, Nur fikir Cap N akan berlembut. Namun tekaan Nur meleset sama sekali. Cap N semakin biadap, Ego terlalu tinggi. Entah bila semuanya nak berdamai ?  Bila semua nak bersatu ? Nur pun tak tahu. Nur tak mampu nak pujuk kedua dua belah pihak. Sebab Nur tahu Cap N yang salah. Jadi Nur malu nak berdepan dgn Cap A, slowtalk dgn Cap A untuk maafkan Cap N. Nak nasihatkan Cap N ? Hmm, Nur ni siapa pada dia. Nur jauh lebih muda dari dia.Apa2 yang Nur cuba sampaikan pasti sahaja ibarat mencurah air ke daun keladi. Tak da pape pun.

Tapi andai suatu hari nanti Nur dah 'pergi' , apa yang nak inginkan, keluarga NUr bersatu seperti sebelum ni. Nur nak Cap A and Cap N berdamai seperti sebelum ni.
:'(