Wednesday, 19 July 2017

Kita Kahwin Nak ???

Setelah beberapa bulan menyepi, hari ni terasa hati terusik hendak bertanya khabar dia, my best friend .
Telefon bimbit berwarna putih di atas meja lantas aku capai. Jari jemari pantas mencari nama dia didalam aplikasi Whatsapp.  Setelah jumpa apa yang dicari, sejenak aku pun terfikir,
“ eh, x pe ke kalau aku chat dia ni , sekarang dah pukul 12 malam dah pun. Kot dia dah tidur ke, busy ke dia . Hmm, x pe la. Hantar je la, redha je kalau dia nak balas “. Pantas jari jemari ku menaip sesuatu ,
                “ Assalamualaikum, dah tidur ? ke busy ? “
Hatiku berdebar menunggu. Satu minit berlalu. Lantas telefon bimbit ku letakkan semuala diatas meja.
Beep! Beep! Beep!
“Eh, ada vibrate la, dia dah balas kot “. Terjerit kecil aku. Terpapar nama Haris di screen. Tersenyum aku sendiri sambil mengomel , “ ha, reply pun dia , ingat dah lupa dah dah balas chat BFF dia ni “.

“ Waalaikumussalam Irdina, aku tak tidur lagi. Busy sikit siapkan kerja, tapi kalau kau nak chat aku, boleh je, demi kau ,” – Haris .

                “ Eleh , sangat ! padahal kau tak sukakan aku chat kau “. Butang send ku tekan .

“ Eh, mana ada. Kau ni suka je buruk sangka dengan aku. Lama kau tak mesej aku. Kau busy ke ? kau sihat ? “ – Haris

Aku hanya mencebik. Tak mesej konon. Tunggu dia.

“ Eh hello ! aku hantar ok, kau yang tak reply. Remember ? 012-8676786? My new number ? “  Sent.

                “ La… Tu number kau ke? Mana Aku tau. Kalau aku tau aku dah balas “ –Haris.

Eh, mamat ni, perasaan dia hot la tu yang tak nak balas chat number yang dia tak kenal. Kepala ku gelengkan sambil jari sibuk merangka chat nak dibalas .

“ Alasan poyo la. Kau nak cakap kau hot? Tak nak balas chat number tak kenal? Berapa juta langsung number kau tak kenal duk chat kau ni ? By the way, aku ada something nak share dengan kau ni. “

Beep! Beep! Beep!

Wah, cepat juga mamat ni balas.

                “ kenapa Ir? Ada masalah ke ? macam serious je.cerita la. aku sudi mendengar.” –Haris

“ Is, aku sedih, tertekan , kecewa, semua la. Aku tak mampu nak tanggung semua ni sendiri Is. Aku lemah. Tak kuat. Entah untuk berapa lama lagi aku perlu hadapi ni semua. Aku nak keluar dari sini Is. Aku tak nak stay sini lagi “ balas ku.

“ Ir! Ir! Ir! Sabar. Are you okay ? I think it’s the time untuk kau fikirkan hal jodoh ni. Kau kahwin la Ir. Kau boleh keluar dari situ. Aku tak sanggup tengok kau tertekan macam ni Ir.” –Haris.

Mamat ni. Setiap kali aku mengadu. Asyik suruh aku kahwin je.

“ Jodoh ? Jodoh tak de, Bodoh ada la. Kau fikir senang ke nak fikir hal kahwin ni, aku tak ready la. Aku bukan perempuan yang baik. Jodoh kan cerminan diri kita. Nak dapat yang baik kena jadi baik dulu. “  balas ku lagi.

“ Alaa, Ir, kau dah baik. You are perfect. Kau ni memilih sangat ni “ –Haris.

“ Is, Nobody is perfect okay. Aku Nampak baik sebab Allah tutup aib aku Is. Kalau Allah buka aib aku, Wallahhualam. “ Sent.

“ Perghh ! Ayat kau Ir. Ir, You are twenty three now. Bukan makin muda umur tu. Makin tua tau. Kalau kau tak kahwin, sampai ke sudah kau andartu. “ –Haris.

Urghh! Dah mula dah dia. Tunggu kau aku tarbiyahkan sikit.

“Eh aku ketuk jugak budak ni nanti. Ketuk tak haram k, sebab tak bersentuh kulit. Aku ketuk pakai hanger. Is, dalam hidup ada perkara yang pasti dengan tak pasti. Kahwin ? tak semua orang akan kahwin dalam dunia ni. Tapi kematian itu pasti.Mana la tau kan. mungkin aku berjodoh dengan kematian dulu. Tak sempat nak andartu kau”

“ Eh still haram. Sebab kau nak aniayai aku. Ayat kau Ir malam ni, dah kenapa, baik lah ustazah “ –Haris.

“ Tak adanya nak aniaya. Do you know what ? You are so annoying. Suka kacau aku. Sebab tuh patut aku ketuk kau pun “ balasku.

“ Eh , aku baik la. bila aku annoying ? “ –Hariz.

Aku hanya menggeleng kepala. Dah mula dah perangai dia.

“ Ye la Is. Kau mana annoying. Kau kan baik, dah tuh, handsome plak. Pandai, macho, sado, apa lagi ? “. Tempelakku.

“ Amboi, bodek. Tapi Ir, to be honest. Kalau kau nak bahagia, kau kahwin la Ir. “ –Haris.

Aku mengeluh kecil. Kahwen lagi.

“ Is, kau kawan baik aku. You are my best friend Forever. Tapi Is, aku nak bagitau kau ni. Haris dan Irdina tak akan  rapat lagi lepas kita kahwen. For sure my husband tak akan bagi aku rapat dengan kau macam ni tau. Wife kau pun mesti cemburu kalau kau rapat dengan perempuan lain. Lepas kita masing masing dah kahwen, kita bukan lagi BFF. Kita hanya kawan biasa je. “ .Balasku. Sejujurnya aku berat nak tinggalkan Is. Dia kawan terbaik yang pernah aku ada, Sentiasa melindungi aku.

“ Ir, dah 13 tahun kita kawan. Takkan lepas kahwen kau nak lupakan friendship kita ?  Wife aku tuh nanti, pandai la aku pujuk. Dia kena faham. Kau tuh kawan baik aku. Kawan lama. Aku pilih dia sebab aku sayang, aku kasih dan aku cintakan dia. Dia mesti faham. Dan kau kena explain dekat husband kau macam tu. Jangan tinggalkan aku lepas masing masing dah kahwen. Kau tetap BFF aku. Aku perlukan kau juga kekadang. And I  always be there for you dear. “ –Haris.

Gila mamat ni. Lepas kahwen nak harap terus rapat macam ni. Eh dia fikir husband aku, wife dia nk berfikiran terbuka macam dia. Nonsense. Mang tak la cerita dia. Is is. Aku tak tahu apa bakal jadi antara kita selepas masing masing dah berumah tangga.

***


Sedang aku terleka mengemas bilikku, aku terjumpa beberapa keping gambar . Sambil aku belek gambar gambar tu, sekeping gambar terjatuh atas lantas aku capai . Aku mengukir senyuman. Gambar aku dan Haris.
“ Haris! Entah apa khabarnya sekarang ye ? dah habis belajar ke ? Masih disini atau dah merantau ? “ omel aku sendiri . Poyo la Ir. Baru dua minggu lepas kau berwhatsapp. Hari ni kau buat buat flash back macam lama tak berhubung. Bisik hati ku. Aku tersenyum sendiri.. Gambar-gambar tersebut aku tingalkan di atas meja. Nanti baru fikir mana nak simpan gambar gambar ni.. Aku meneruskan kerja aku yang masih tertunda.
“ Assalamualaikum anak ibu. Anak ibu buat apa tu ? “ , ibu tiba-tiba muncul di muka pintu bilik ku.
“ Waalaikumussalam ibu. Ir kemas kemas bilik Ir ni ha. Mengisi masa lapang Ir”, jawabku ringkas.
“ Rajin anak ibu hari ni ye , Ibu temankan ye. Sambil boleh borak dengan anak ibu ni“, ucap ibu sambil mengucap kepala ku. Aku hanya mengangguk dan tersenyum.


. Ibu tak sedar anak ibu ni dah besar ye .. Rasanya ibu dah banyak benda yang ibu dah terlepas pandang dengan anak dara ibu ni . So tell me.  How’s your day? “ Ibu memulakan perbualan sambil turut membantu aku mengemas.
“Kalau ibu nak tahu, hari-hari Ir sebelum ni tak menarik langsung. But today is special day for me”, jawab ku sambil tersenyum.
I see. Tak nak share dengan ibu ke apa yang menyebabkan hari ni jadi special sangat untuk princess  ibu ni ? “, ibu masih tekun menyusun buku buku di rak.
Sebab hari ni ada bidadari Ir temankan Ir mengemas. Ir rindu ibu. Rindu nak berborak dengan ibu macam ni. Dah lama rasanya ibu tak luangkan masa dengan Ir.”, balasku seraya memeluk ibu.
Ibu terdiam. Satu kucupan didahi aku terima. Tidak semena mena air mata ibu mengalir.
Kenapa ibu menangis ? Ir ada salah dengan ibu ke ? Ir minta maaf andai Ir ada tersalah kata. Tak terlintas di hati Ir nak sakitkan hati ibu. Maafkan Ir ibu “. Aku dah mula gelisah dengan riaksi ibu.
Ibu minta maaf sayang, ibu gagal jadi ibu yang baik untuk anak ibu ni. Sampai ibu tak sedar anak ibu dah besar.  Ibu terlampau busy dengan kerja langsung lupa tanggujawab sebagai  seorang ibu. Ir tak salah. Ibu yang salah. Maafkan ibu sayang “, ibu menarik ku dan memelukku erat. Air mataku mengalir. Ya. Sungguh aku rindu saat bersama ibu. Ibu terlampau sibuk dengan kerja. Tapi aku tak pernah menyalahkan ibu.
“ Ala, Ir tak kisah pun. Ir sayang ibu. Ir tak pernah salahkan ibu. Ir faham ibu busy. Selain Ir comel, bijak, Ir jugak seorang yang memahami  “, ucap aku sambil mengangkat kening sebelah.
Ibu ketawa.
“ Anak ibu ni memang jenis kuat perasan kan. Masuk bakul angkat sendiri ke sayang ? “, ibu mencuit hidung ku. Aku hanya tersengih.
“Dah sebulan Ir buka butik pakaian muslimah tu? Ok tak business ? ‘, ibu mengubah topic
“ Oh ya  Ibu. Sangat mendapat sambutan. Thank you bu dah hadiahkan butik tu untuk Ir. Sambutan dia lain macam sangat bu. Hingga Ir dan Nani tak menang tangan tau bu “, sangat teruja nak berkongsi dengan ibu. Ibu hadiahkan aku sebuah butik selepas aku tamat pengajian di USM. Nani atau Hanani Safira ialah sahabat baik ku.
Ibu hanya tersenyum sambil meneruskan aktiviti mengemas .
“ibu tau tak semalam ada orang nak buat tempahan untuk 50 pasang baju nak disiapkan dalam masa sebulan. Dah tu customer tu sangat fussy. Pening Ir  melayan dia . Nani dah naik hantu. Lepas tu kan bu…. “ sedang aku bersemangat mencerita. Tetiba.
“ Irdina Hayla binti Haydar . Boleh ibu tahu siapa lelaki dalam gambar ni ? “ ibu memberikan sekeping gambar kepada ku. Aku terdiam. Tapi berlagak slumber. Eh hello. Ni Irdina Hayla la. Tak akan cepat melatah punya.
“ Oh, ini Haris bu. Haris Amsyar. Dia kawan baik Ir. Dah 13 tahun Ir kenal dia bu. Selain Nani, dia tempat Ir kongsi semua masalah Ir. Alhamdulillah dia amat memahami Ir. Dan dia banyak bagi nasihat dekat Ir. Ir tak ada rasa curiga langsung dengan dia ibu. I can trust him”, ucap aku dengan. Perghh. Dalam hati. Bup bap bup bap. Risau kemain ibu marah.



“ But don’t trust him 100% Princess .  When you trust on people 100%, it may hurt you a lot dear “, ucap ibu dengan nada yang serius.
“ Err, can you make it clear ? I’m sorry, but I don’t understand what do you mean ? “ balas ku . Aku bingung.
Ibu mengeluh.
“ Selalu ke Ir jumpa Haris ? “, tanya ibu.
“ Tak ada la selalu ibu. Tapi selalu berhubung melalui whatsapp je”, jawab ku jujur.
“ Ir mulakan perbualan atau dia ? “ , soal ibu lagi.
“ Selalunya Ir la. Dia jarang nak contact Ir dulu. Tapi selalu tak pernah dia tak balas chat  Ir. Kenapa ibu tanya ? “, aku semakin bingung.
Do you love him ? “ , ibu semakin serius.
Alaa, dah kenapa ibu nak tanya soal love love ni.
“ Ma ma mana ada ibu . Ir dengan Is kawan je la. Ir sayang dia sebagai kawan. Not more than that “, arghh… soal ini. Entah betul atau tak aku beri jawapan pada ibu.
“ I knew this boy. Kalau tak salah ibu, ni budak satu kelas dengan Ir dulu kan masa sekolah menengah. Dan Ir pernah jatuh cinta dengan dia ? Am I right ? “
Ha sudah. Mana ibu tahu soal ni ?
“ Mana ibu tahu ? Yes. You’re right. Tapi itu zaman dulu. Sekarang dah tak”, sku cuba bertenang.
Relax la Ir. Ibu makan nasi. Bukan makan kau. Aku pura pura sibuk mengemas almari pakaian pula.
Ibu menarik ku.
look at my eyes and said you doesn’t love him ? “ ibu merenung tepat mata aku dan masih memegang tangan ku.
Aku semakin gelisah.  Tapi aku tiada pilihan.
Honestly bu, I’m confused with my feeling toward him. Sometime I feel I do love him. Sometime I feel I just love him as my friend’, akhirnya aku jujur.
Akhirnya ibu melepaskan tangan ku. Ibu mengeluh.
My beauty princess Irdina, boleh ibu meminta sesuatu dari Ir ? “ 
Pelik . Ibu tak pernah minta apa apa dari aku . Tak ada apa kot
“ Pelik ? Ibu tak pernah minta apa apa dari Ir. In shaa Allah. Demi Ibu boleh “, balas ku.
“ Jauhi Haris mulai sekarang. Jangan contact dia lagi “, ibu bangun dan bergerak ke pintu.
But why ? Ir dah tak boleh kawan dengan Is ? Apa salah Is ? “ ,
“ I will let you know soon. “ balas ibu ringkas.
So tell me now why ? “ aku semakin gelisah. Ada apa semua ini ?
“ One day. Someday. But not today. Don’t ask me why. Do it for me. Demi ibu. I have to go. I love you”, Ibu berlalu pergi.
“ Ibu!!! “
Tapi tidak sekali ibu pandang aku. Ibu  mencapai kunci kereta dan terus keluar. Aku ditinggalkan dalam keadaan penuh tanda tanya. Apa masalah ibu dengan Haris ?






















Tuesday, 14 March 2017

Tercipta Untuk Ku



Prolog

“ Mel, wait a minute . We need to talk    Rafique mengejar ku dari belakang. Apa lagi si Rafique ni nak  .

“ Nak cakap apa lagi abang ”, aku cuba mengelak. Namun pantas Rafique menghalang ku.

“ Mel, abang minta maaf. Abang masih sayangkan Mel. Balik pada abang . Please ? “ , rayu Rafique.

“ Abang dah hilang akal ke? Terima lah hakikat yang Mel bukan untuk abang. Abang tu Suami orang, dah ada anak pun. Mel pula tu…. “ Hampir aku terlepas status diri  aku yang sebenarnya. 

“ Mel pula apa? “  , Air muka Rafique berubah. 
Aku hanya mampu tunduk. Aku belum bersedia nak mendedahkan status diri aku yang sebenarnya. Tak ada siapa pun tahu status aku yang sebenarnya. Kecuali ahli keluarga ku dan keluarga si dia. 

“ Mel, jawab la. Mel pula apa ? “ , tanya Rafique bertalu talu.

“ Sebenarnya Mel, Mel dah…. “ , Aduh, nak bagitau ke tak nak .. 

“ Sebenarnya Mel dah bertunang. Dan bakal melangsungkan perkahwinannya “, tersentak aku mendengarnya. Suara lelaki ni similar sangat di telinga aku. 

“ Kau siapa bro nak masuk campur hal orang. Tak payah menyibuk la. “ balas Rafique. 

“ Harus aku masuk campur kalau melibatkan Mel. “,balas lelaki tadi dengan bersahaja. Aku hanya mampu diam , tak mampu bersuara.

“ Sememangnya siapa kau pada dia ?“, Soal Rafique dengan tidak puas hati. 

“ Aku Izz Amsyar, tunang Armel Marissa “ Izz senyum sinis.

Wednesday, 28 December 2016

Memory 2016 Part Two

Terkilan
Kalau nak sebut pasai terkilan, memang banyak.
Tapi antara yang paling Nur terkilan,
bila satu hari Nur pergi rumah someone..
N Nur terjumpa something yang sangat Nur kenal. Nur x tahu kenapa hari jadi dia tahun tuh, Nur tergerak hati nak beli hadiah tuh untuk dia.
Bagi dia mungkin hadiah tuh murah, tapi bagi Nur, hadiah tuh agak mahal, sebab masa tuh Nur kerja kedai makan je, tolong makcik.
Seminggu dapat la rm50. Tiap tiap minggu menabung and cari yang terbaik untuk dia.
akhirnya cukup duit and beli dekat dia.
Tapi Allah nak tunjuk, tahun ni baru Nur tau, hadiah tu dia x guna,
Rasa terkilan sangat. X pe la.. Dah orang tak nak hargai kita nak buat macam mana kan.

Hilangnya Tempat Bergantung
Yang ni, hehe
nampak sangat ngade. Tak de la..
Selama ni Nur hanya ada sorang je insan yang selalu Nur kongsi semua segala masalah.
Semua hal keluarga Nur, Boleh dikatakan 70% dia tahu, Family pun kenal dia.
Siapa dia ? Tak de sape sape pun. Kak angkat Nur ja.
Kami satu sekolah dari 2007-2010.
Apa yang hilangnya?
Nur ingat masa march-april, dia agak busy.
Nur teringatkan dia sampai mimpi mimpi.
Pastu satu pagi tuh masa nak jogging, dia whatsapp, cakap nanti dia terus stay KL.
Masa tuh tak tau nak rasa apa..
haha, tanpa sedar air mata jatuh.
Cengeng gila.
Tak dela, cuma rasa dia makin jauh,

Kesihatan
Sepanjang tahun 2016 ni, memang Nur kerap sakit. Sakit biasa je.
Gastrik, demam n blablabla...
Tapi alhamdulillah bila Allah permudahkan segalanya.
Sepanjang Nur sakit, Nur x de nak susahkan family or sapa sapa...
kekadang Nur sakit pun diorang tak tau..
ahaha,
Hanya perlu rehat je terus baik semua sakit sakit tuh

urm, actually banyak lagi yang terjadi sepanjang 2016 ni, cuma malas nak ulas panjang panjang.
Tak semua kenangan perlu kita catat dan perlu diingat selalu.
Ada juga kenangan yang perlu kita lupakan,
Tak dinafikan banyak kenangan pahit sepanjang 2016.
Cuma kenangan kenangan tuh Nur tak nak ingat dah.
Biar semua tuh jadi mimpi ngeri dan anggap semuanya tak pernah terjadi.

Harapan 2017
Harapan Nur 2017 , harap sangat Nur jadi lebih kuat dari tahun sebelumnya,
Bukan lagi hati tisu, semoga Nur lebih matang dalam hadapi pelbagai masalah,
Moga beristiqomah dalam setiap perubahan yang ingin Nur lakukan.
Terima kasih kepada kengkawan yang masih sentiasa berada disisi Nur,
yang sentiasa ada untuk sambut Nur dari belakang tatkala Nur hampir jatuh.
Pada yang dah x mau stay dah tuh xpe.
Siapa la kita nak paksa paksa kan..
hehe..
Makin kita meningkat dewasa,
makin kita kenal mana kawan mana lawan.

sampai sini je Nur celoteh.
Bye.


Tuesday, 27 December 2016

Memory 2016 Part One

Assalamualaikum
Hi hi hi

" Menghitung hari,
Detik demi detik "

Eh, x payah nak menghitung hari sangat la.
Sedar tak sedar, 2016 akan melabuhkan tirai dan meninggal kan kita,
Masa pantas berlalu kan? Rasanya baru je kita ucapkan selamat tinggal tahun 2015.
Tup Tup ! Dah nak masuk 2017 dah.
Dunia akhir zaman.

Apa yang dah jadi sepanjang 2016 ?
Secara jujur Nur rasa,
2016 tahun yang paling banyak ujian yang terpaksa Nur tempuh.
Ada juga sejarah hitam yang kalau boleh Nur tak mau ingat.
Tapi adat lah, yang tak mau ingat tuh la yang selalu di ingat.
Ye dok ?
hehe

Pindah Tempat Kerja
urm, tahun 2016, tahun dimana company nur bukak kedai baharu.
So nur terpaksa urus hal kedai.
Dari situ, pelbagai cabaran nur hadapi satu persatu.
Dari tak biasa kerja dengan big bos,
Bila dah kerja kedai ni, nak tak nak kena biasakan diri kerja dengan big boss la..
Apa apa urusan pun semua nya melalui Big boss...
Ye la, Nur plak  jenis tak biasa kerja dengan lelaki.
Awkward tau.
Hari berganti minggu, minggu berganti bulan..
Akhirnya Nur dapat biasakan diri dengan tempat kerja baru ni.
Alhamdulillah walau tiada teman untuk berbicara macam dekat office tuh,
tapi Nur dah dapat sesuaikan diri dengan tempat kerja ni.
Sekitar Ogos 2016,
Big boss ada bagitau Nur yang dia akan buka satu lagi cawangan kedai di Taman Ria.
Kiranya dekat sangat la dengan office.
So, dia minta Nur carikan pekerja,
Akhirnya ada sorang budak perempuan ni,
muda 2 tahun dari Nur,
ha dia la kerja dengan Nur. Nur train dia.
sebab big boss nak hantar nur ke cawangan baru katanya.
aleh aleh, hujung bulan october,
ex officemate nur nak resign.
so Nur terpaksa balik office.
ni sekarang ni dia tengah countdown nak tinggal kan office.
Nur plak yang sedih.
huwaaa.
Nur pun nak resign la (Ek?! nak makan apa ? pasir ? )

(to be continued )








Thursday, 22 December 2016

Kisah Kita - Nieyl Feat Sabhi Sadi

Terdiam kamu tanpa bicara
Tak mengulas apa kan terjadi

Membisu aku kerana buntu
Tak dapat ku memutuskan kisah kita

Cinta telah berakhir
Kita tak mampu jadikannya cinta sebenar

Cinta telah berakhir
Kita tak mampu jadikannya cinta sebenar

Semua akan tahu segalanya
Kau dan aku ternyata cuma sebentar

Cinta telah berakhir
Kita tak mampu jadikannya cinta sebenar
Semua akan tahu segalanya
Kau dan aku ternyata cuma sebentar

Cinta telah berakhir
Kita tak mampu jadikannya cinta sebenar
Semua akan tahu segalanya
Kau dan aku ternyata cuma sebentar

Kisah kita ternyata cuma sebentar




Alyah - Sesal Separuh Nyawa

Andai pastinya ku tahu Takkan aku tinggalkanmu Namun masih keliru teringat masa lalu
Tetap tiada ku lupakan Indah setiap sentuhan Cinta yang kau tinggalkan Kekalnya berdampingan Mana harus ku hamparkan Rindu tiada kesudahan Sesal biar separuh nyawa takkan hilang Masih terasa nafasmu Lembut menusuk jiwa ku Dengan dihembus bayu Membawa khabar rindu Tapi sulit ku teruskan Engkau jauh ke hadapan Aku, tabah berjalan sembunyikan harapan Mana harus ku hamparkan Rindu tiada kesudahan Sesal biar separuh nyawa takkan hilang Separuh sayangmu di hati Separuh lagi kau bawa pergi Tiada arah jodoh kita Tuhan tentukannya Mana harus ku hamparkan Rindu tiada kesudahan Sesal biar separuh nyawa takkan hilang Mana harus ku hamparkan Rindu tiada kesudahan Sesal biar separuh nyawa takkan hilang





Tuesday, 20 December 2016

Sesal Separuh Nyawa

Assalamualaikum
Hi hi hi

“ Andai pastinya ku tahu
Takkan aku tinggalkan mu “

Gedebush !!! burung yang terbang tinggi jatuh. Kenapa ? sebab sayap dia tutup telinga dia dengar Nur nyanyi. Tak sedap langsung. Hahaha.

Okay, hanya nak berkongsi satu drama and satu novel. Tajuk dia Sesal Separuh Nyawa. Lakonan Ayda Jebat dengan Aiman Hakim Reza.
Cerita ni dah lama ditayangkan pun. Novel pun dah lama diterbitkan. Tapi Nur baru  baca n baru tengok drama dia. Sebab kes terminat dekat Ayda Jebat since dia berlakon cite Awak Sangat Nakal. Dah terminat tanpa sengaja. Haha. Semua Drama drama dia nur download and tengok balik. Semua nur rasa “ Alaa, ruginya, semua cerita dia best kot. Haha.

Dalam banyak banyak drama, Nur terjatuh cinta dengan drama Sesal Separuh Nyawa ni.
Kenapa ? Sebab banyak pengajaran yang Nur dapat.
Salah satunya, pegangan Agama. Longgarnya pegangan agama rosaklah semua hubungan.
Yang lain lain tuh kena la tgk sendiri.. hehe
Asalnya Nur download jumpa sampai episode 20 je. Dia dah la ada sampai episode 30. Mana  cari lagi 10 episode? Dah la start tengok dah. Jadi mesti kena habiskan. So Nur kuar gak kedai buku cari Novel dia . sanggup kau. Haha. dah lepas beli buku, baru nur jumpa sampai episode 30. Kau Nampak tak ? haha, xpe la. Novel lain cerita lain kan.


Sinopsis

“Awak rasa kita takkan jumpa lagi lepas ni?”- Fara “Kita dah janji kan kita akan jadi kawan sampai bila-bila?” - Razlan  

Pertemuan pertama di padang sekolah ketika berusia 12 tahun telah mengikat Fara dan Razlan dalam satu hubungan dan janji. Malangnya perhubungan baik tersebut tidak disenangi oleh Datin Mona dan Datin Liza disebabkan dendam lama yang disimpan.

Sengaja memisahkan mereka, Datin Liza telah menghantar Fara ke Melaka untuk terus menetap di sana dan ketika itulah bermulanya persahabatan baik antara Fara dan Fendi.    

Setelah sembilan tahun berlalu, Fara dan Razlan dipertemukan semula apabila mereka belajar di satu universiti yang sama di Dublin. Pertemuan yang langsung tidak Razlan sedari sehingga Fara dijadikan sebagai mangsa bulinya.
Fara yang kecewa dengan penerimaan Razlan, membuat keputusan untuk menukar pengajiannya ke Amsterdam dan belajar di sebuah universiti bersama-sama Fendi.  
“Kau masih tak nampak, eh? Kau ni buta sangat ke?”- Fara “Dah malam, gelap. Memanglah susah nak nampak.” - Razlan
“Kau memang dah lupa!” - Fara “Weiii… Ingat kau nangis-nangis ni aku kesah?” - Fara
“Aku kesah sebab ada benda yang tak boleh diganti!” - Fara  
Setelah menyedari siapa Fara sebenarnya, Razlan terus mencari. Bermula dari situ, hubungan mereka kembali bertaut sehingga membibitkan rasa cinta dan menyebabkan Melissa, adik angkat Razlan dan Fendi cemburu.
Dalam diam, berbagai-bagai usaha yang mereka lakukan untuk memastikan Fara dan Razlan berpisah.
Datin Mona dan Datin Liza yang mengetahui tentang perhubungan tersebut tetap menentang keras dan turut melakukan berbagai-bagai usaha untuk memisahkan mereka. Nekad, Fara dan Razlan membuat keputusan untuk berkahwin walaupun keluarga masing-masing membantah.  
Ketika persiapan sedang giat dilakukan dan hanya tinggal tiga hari sahaja lagi majlis pernikahan berlangsung, Razlan menghilangkan diri. Fara kecewa dan lebih mengecewakan lagi apabila dia mengetahui hilangnya Razlan adalah kerana menikahi Melissa, adik angkatnya sendiri.
Akibat luka yang Razlan tinggalkan, Fara terus hanyut dengan dunianya sendiri. Berbagai-bagai perkara yang dilakukan olehnya semakin menghancurkan diri sendiri.
Bimbang dengan keadaan Fara yang sudah tidak mampu dikawal, sekali lagi Datin Liza menghantarnya ke Melaka untuk menguruskan perniagaannya di sana.Setelah dua tahun berlalu, Razlan kembali menuntut janji.
Mampukah Fara menerima huluran tangan Razlan setelah dilukai dan disakiti? Atau dia terus menerima huluran cinta Fendi yang sentiasa ada di sisinya kala susah dan senang?







Fara kat belakang tu ha...



dating kat sekolah :P



Gaduh nak balik Malaysia 

Coverline, tapi ada yang makan hati.. haha

Melisa dan Fara